Tuesday, May 7, 2013

Pengalaman MB: Ujian Fizikal Inspektor Polis

Salam.. Lamanya tak update blog,  tetiba plak gatal tangan nak tulis sesuatu dalam ni.. 

Ok skrg MB nak ceter lah pengalaman MB semasa nak apply jawatan as Inspektor Polis.. Persoalan dia?? MB dapat ker tak Jawatan tu?? Check it out.. hahhaha

nak apply keje ni punya lah payah, bayangkan beribu ribu lemon org nak apply keje ni.. ingat ni cincai punya kerja kah?? cukup2 lah MB keja sebagai supervisor kat parkson, its time to UBAH.. hahahha... so try lah apply keje polisi ni.. 

sebelum nak apply kne lah tengok syarat2 dia dlu, sama ade korang2 semua ni layak atau tak.. syarat2 dia... alamakk.. google jer lah.. hahhahaha.. ok ni dia:- click jer link tu.. 

Ni berdasarkan pengalaman MB ler, yang anggota2 lain tak tahu plak pengalaman ujian fizikal dorg cam ner.. pendekkan cerita MB buat fizikal test kat Bukit Aman kL. Masa tu ada 3 org jer MB n kawan2 lain.. nasib tak ramai... ^.^


  • 1st dia tengok tinggi n berat anda..(nasib baik lepas) 
  • 2nd dia tengok tangan lurus ker tak.. (masa kat umah sebelum nak fizikal test tu ada meroyan sket ar, ehh tangan aku lurus ker tak ni?? tapi terjawabgak akhirnya apabila polis tu sendiri sahkan tangan aku lurus.. hahhaha)
  • tengok tapak kaki.. (ni aku gelak sket, kaki pun nak check ker?? ok dia nak tengok same ade kaki kita rata atau ade ruang melengkung (ayat x ble blaaa ruang melengkung.. hahahha) kalau kaki anda Flat atau rata harap anda lupakan niat anda ingin menjadi sorang anggota polis.
  • tengok kepala dan badan2 anda, why?? ni nak bagitau, semakin banyak parut2 di badan anda, semakin banyak persoalan yang anda kna jawab.. contoh parut kat tangan, polis akan tanya.. ni knapa ni?? merempit ehh?? ni knapa ni JATUH MOTOR? eksiden?? tu knapa tu?? ko jawab lah sampai dia puas hati.. (nanti dia suh tanggal baju lah, lalallla)
  • pastu larian... fuhh... 2.4KM dalam masa 15 minit.. (alaaa... kalau ulang KALAU kna polis baik, dia suh lari2 jer.. yang penting atas tu semua lepas)
  • lompat katak?? yup.. apa rasional nya lompat katak ni?? aku pun memberanikan diri bertanya, apa tujuan lompat katak ni.. masa tu di saksikan oleh DSP Sharifah rasenyer dia org utara kot.. Dia cakap, tujuan bende ni nak tahu, same ade kamu punya kaki ni kuat atau tak, sebab kalau korang penah eksiden confirm sakit buat lompatan katak tu.. so nak tipu korang tak penah eksiden, berpadah padah.. trus tak qualified.. 
  • pastu dia suh kawad, suh bejalan.. kawad, bejalan, kawad, bejalan.. sabau jer lerr... dia nak tengok kaki korang tu begesel atau tak masa bejalan, kalau begesel alamatnya reject lerr... sbb dia? fikir-fikir lah sendiri, kalau kaki ko asyik2 bergesel mase berkawad?? cam ner?? 
  • last sekali MB kne suh bagi command.. ermmm.. MB taram jer, sbb mane pnah bagi command sebelum ni.. ada kawan plak tak suh bagi command, dia kne suh nyanyi.. lagu iris ooowhhhh.. hahahha..
pastu markah pun dikira, kalau anda lulus bersedia tuk interview plak... so tggu lah panggilan interview plak dari Polis.. so MB dapat ker tak jawatan tu?? tggu sambungan seterusnya lah yerr... MB lulus n kne interview kat kelantan plak.. T.T 

p/s tggu sambungan cete ni k.. hakxx.. ;)

Sunday, January 22, 2012

Mencintai bukan bererti memiliki

Sedang jari-jemariku menari dengan rancaknya menekan  bebutang keyboard di atas meja belajarku, tersentak jiwa bagai dihiris sembilu tatkala orang yang aku pujai kini di miliki insan yang lain. Entah bagaimana epilog cintaku bersemi tatkala hati yang rentung dan pilu di ketuk oleh seorang insan yang sudah aku tinggalkan. Bukan aku  lelaki dayus yang hanya mementingkan paras dan harta si pujangga hati, tetapi pergolakan jiwa yang tidak berkesudahan merintih jiwa sanubari. 

Ya, aku tahu dia pasti melupakan aku, tetapi ayat manis bicaranya tidak pernah aku lupakan walaupun hampir 3 tahun kau ungkapkan ayat keramat itu.. "abg... Mencintai bukan bererti memiliki", jauh di sudut hati aku hanya tersenyum tatkala ayat kau ucapkan itu amat memberi makna kepadaku. Aku tahu aku telah mengkhianati perasaan cinta mu padanya, tapi sedarkah kau pujaan hati. Sedarkah? ayat yang kau ungkapkan kepadaku itu di saksikan oleh masa. Ya MASA di kala engkau dan si dia masih berada di atas garis-garis cinta, ibarat aku orang ketiga yang mengumpan  masa untuk meruntuhkan mahligai cinta istana mu kepadanya. 

Tapi apakan daya, aku hanya insan biasa yang hanya memikirkan kebahagiaan diriku, amat jauh untuk melihat kebahagiaan orang lain, lagi-lagi kebahagiaan kekasihmu. Kejamnnya aku pada kekasihmu, sanggup ku menjadi orang ketiga untuk menghancurkan mahligaimu. Tapi Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ayat yang kau lafazkan itu semakin lama semakin pudar dek kemanisan cintamu padanya. 

Aku semakin pilu, jauh penuh pengharapan. aku berjalan, aku merangkak untuk mendapatkan cahaya cintamu itu kembali, tapi semakin langkahku kehadapan semakin malap cahaya cinta itu, dan semakin lama ku berharap, semakin pudar harapan itu. Kini aku pasrah, andai takdir itu tidak memihak kepadaku, kau kekalkan lah cinta abadimu itu kepadanya, kerana aku tahu dan aku yakin, melihat kebahagiaanmu merupakan satu pengorbananku untukmu.

Wednesday, January 11, 2012

10 perkara perihal wanita yg tidak difahami jejaka



Kamu menganggap lelaki makhluk sukar difahami?

Wanita hakikatnya lebih membingungkan.




Sukarnya memahami wanita! Ada saja karenah yang perlu ditangani dan dilayan. Silap haribulan, semuanya tak kena dan ada saja yang boleh membuat si dia naik angin. Bagaimanapun, jika kamu mampu melakukanya, hubungan kalian pasti akan lebih teguh dah harmoni. Sebagai panduan, di sini dipaparkan 10 misteri klasik wanita.




1-DOMPET PEMBAWA MASALAH

Mengapa wanita gemar membawa beg bersaiz kecil? Sudahnya kamu juga terpaksa memegang dompetnya yang sarat berisi pelbagai resit, selain documen peribadi. Jika berlaku perkara tidak di ingini, tidakkah ia membahayakan?



2-BERTANYA SOALAN CEPUMAS

Mengapa wanita selalu bertanya soalan yang mereka tidak mahu mendengar jawapannya? Contohnya, bertanyakan komen sama ada teman baiknya tampak menggoda. Jika kamu menjawab “tidak”, jawapan itu akan dipersoalkan dengan hujah panjang lebar, tetapi sebaliknya jika kamu menjawab “ya” mereka pasti naik berang umpama taufan melanda.



3-JEANS WANITA

Wanita memiliki berpuluh pasang jeans berlainan potongan, seni reka - malah jika boleh hampir segala warna ingin dimiliki mereka. Berbeza dengan lelaki, semuanya nampak serupa.



4-SALAH OH SALAD

Lelaki tidak faham mengapa wanita hanya memesan salad dengan alasan tidak lapar selepas lama membelek menu dan kemudian nya menghabiskan separuh daripada makanan pasangan.



5-KONSEP MASA BERKUALITI

Selepas menemani pasangan sehari suntuk keluar membeli belah, wanita masih merungut kepada pasangan masing-masing. “Kita tidak meluangkan cukup masa bersama”.



6-JENGKEL FOBIA SERANGGA

Wanita kini rata-ratanya lebih berani dan lebih tegas berhadapan cabaran hidup tetapi bab membunuh lipas, mereka pasti mahu bantuan lelaki.



7-DILEMA “LELAKI BAIK”

Wanita sering bersungut mengenai sikap lelaki yang suka bertangguh. Tetapi jika jejaka menelefon sebaik tamat date pertama, mereka dicap “gelojoh” pula.



8-BERTEMAN KE TANDAS

Lelaki memang tak faham mengapa setiap kali ke tandas, wanita perlu ditemani segerombolan rakan rakan! Kesannya, mereka akan menghabiskan banyak masa berbual dan bermesyuarat di depan cermin bilik kecil itu sambil membelek solekan dan melihat sulaman di baju masing-masing.



9-MISTERI “MUSIM DINGIN”

Tidak kira berapa sekalipun suhu cuaca di persekitaran, wanita sering bersikap “dingin” dan merajuk tanpa sebab. Semakin dipujuk semakin panjang pula rajuk, tetapi bila tidak diendah, bertambah teruk pula jadinya. Alahai wanita, apa lagi nak kena buat ni!!!!!!!!!



10-RAMBUT BANGUN TIDUR

Mengapa wanita sanggup bangun awal mengadap cermin mendandan rambutnya sedangkan rambut mereka juga sudahnya tidak ubah seperti baru bangun daripada tidur!!!

Friday, January 6, 2012

17 Ikatan Tali Kasut yang Menarik


Sebenarnya banyak cara gak kan nak ikat tali kasut ni, 
macam2 fesyen!!!  Pada yang tak reti2 agi nak ikat tali kasut tu, 
meh sini MB ajar care nak ikat tali kasut anda supaya lebih bergaya ag...
 hakxx... mesti ramai makwe pengsan tngok anda di sebabkan
 kehenseman + cara ikatan tali kaut anda.. :P

Ada 17 cara, perhatikan betul2 k... MB pun sebenarnya pening gak!!! 
cam susah jer.. pas exam MB nak try buat lah.. pilih lah
 mana satu ikatan yang anda paling minati...











Sunday, January 1, 2012

Tragedi Berdarah Tahun Baru 2012 di UPSI


SHAH ALAM – Demonstrasi sekumpulan mahasiswa menuntut pembebasan Adam Adli Abdul Halim, yang dikaitkan dengan isu menurunkan ‘bendera’ Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lalu dan kebebasan akademik di pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pagi tadi bertukar  menjadi peristiwa berdarah.
Polis bersama pasukan FRU menahan ketua demostrasi sehingga timbul kekecohan dengan adengan tolak-menolak, termasuk kecederaan serius terhadap Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang.
Safwan terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River.
Kumpulan itu mengadakan perhimpunan di ibu negara pertengahan bulan lalu bagi menyerahkan memorandum kepada Suhakam dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. Adam dilaporkan menurunkan banting berupa bendera itu selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula di pekarangan Menara Dato’ Onn yang menempatkan ibu pejabat Umno.
Pelajar Upsi itu berhadapan dengan tekanan agar meminta maaf dan siasatan pihak berkuasa.
Difahamkan kumpulan itu cuba membawa Safwan untuk mendapatkan rawatan di klinik berdekatan dengan didakwa memecahkan pintu pusat perubatan 20 jam itu.
Namun ketiadaan doktor memaksa mereka membawanya ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim sebelum membawanya ke Hospital Slim River.
Lebih 100 pelajar yang menyertai demonstrasi ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Difahamkan, antara 55 ditahan termasuk 30 wanita telah dibebaskan.
Antara yang ditahan ialah Adam, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional Mohd Syahid Mohd Zaini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Ahmad Shukri Razab.
Kekecohan tercetus kira-kira pukul 2.25 pagi tadi apabila amaran polis untuk bersurai tidak diendahkan.
Penunjuk perasaan yang cedera dipercayai akibat ditumbuk dan ditendang. Keadaan kembali tenang sekitar 5 pagi tadi.
Usaha mendapatkan pengesahan Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Md Tahir Kasim belum berhasil.
Dalam pada itu, Jingga 13 mengecam dan menyifatkannya sebagai tindakan keras polis terhadap mahasiswa.
Ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya brutaliti dan  tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan oleh pasukan FRU yang menangkap, membelasah dan mencederakan kumpulan aktivis dan mahasiswa di Upsi malam tadi.
“Tindakan biadap di luar kewarasan manusia ini langsung tidak dapat diterima oleh mana-mana manusia yang berakal dan ia jelas sekali melampaui batas.
“Pihak Polis yang sepatutnya menjadi tempat mahasiswa kerdil bergantung harap, meminta pertolongan dan perlindungan tergamak menjadi alat penguasa bertindak zalim,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kata beliau, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan  Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar wajib bertangungjawab atas insiden ini.
“Jingga 13 juga mendesak agar kesemua 17 aktivis dan mahasiswa termasuk Setiausaha Jingga 13 Saifuddin Shafi Muhammad yang ditahan dibebaskan dengan segera tanpa syarat manakala mereka yang cedera wajib diberikan pampasan yang selayaknya,” katanya lagi.
Sumber : Sinarharian

Derita Buah Zakar Besar

LAS VEGAS: Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.



Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa. Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram.

Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.
Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai. Katanya, bukan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaannya begitu.

Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka Masuk Islam???


Heboh didalam facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkenal nih telah memeluk agama islam,Tak silap aku gambar nih diambil pada 26./12 baru-baru nih di sebuah masjid di Dubai.
Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid nih.Kalau berita nih benar alhamdulillah.Bertambah lagi umat islam didunia nih.Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa..
Semoga tahun baru 2012 ini membawa lebih banyak makna dan kebaikan kepada kita semua. Jagalah kesucian agama Islam, dan martabatkan maruah bangsa di mata dunia.

Cerita Sam and Dol

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh
bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah
minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6
ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas?
Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati
dalam air!
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam ja...
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light
dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik,
api rumah aku dah kena potong!
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada
aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau
orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang
merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang
signboard "SILA DATANG LAGI"

Friday, December 30, 2011

Kejam!!! Amalan Seterika Payu Dara (Breast Ironing)

Cameroon merupakan wilayah yang terletak di Afrika dan terkenal dengan amalan ritual dan tradisi etnik sesuatu kaum. Salah satu amalan dan budaya mereka yang sangat pelik dan aneh dan mampu mengejutkan sesiapa sahaja yang melihatnya adalah amalan tradisi mereka iaitu “breast ironing”.



Breast ironing adalah satu tradisi, yang menurut kepercayaan mereka, ahli keluarga akan cuba untuk mengempiskan payudara anak perempuan mereka. Tujuannya adalah untuk mencegah anak perempuan mereka daripada terlibat dalam hubungan seksual. Kerana mereka percaya, payudara adalah bahagian yang mampu menarik nafsu lelaki untuk melakukan aktiviti seks.
Sebaik sahaja anak perempuan mereka mencapai akil baligh dalam linkungan 9 tahun, payudara mereka akan diseterika dengan mengunakan batu arang yang dibakar di atas unggun api sehingga panas. Bayangkan betapa sakit dan terseksanya diseterika dengan batu yang panas.
Mereka terpaksa meraung dan menangis kesakitan tapi tiada sesiapa pun dapat membantu. Ini kerana, mereka berpegang teguh pada tradisi. Dipercayai, payudara kanak-kanak perempuan terbabit diseterika sebanyak dua kali sehari. Proses ini berlanjutan sehinggalah payudaya kanak-kanak tersebut menjadi tidak normal dan sangat teruk.Ibu ibu di Cameroon katanya melakukan amalan ritual ini kerana khuatir anak perempuan mereka menjadi mangsa rogol ataupun hamil anak luar nikah.

Flavien Ndonko, seorang ahli antropologi bersama program kesihatan GTZ’s German-Cameroon HIV/AIDS, berkata bahawa kesakitan ini bukan sahaja boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan kanak-kanak perempuan tersebut, tetapi juga satu bentuk sia-sia pendidikan seks.

“Ramai gadis-gadis Renata, yang menjadi ibu di usia muda, berkata dada mereka telah diseterika oleh keluarga, dan ini jelas membuktikan bahawa amalan ritual ini tidak berfungsi sebagai pencegah kehamilan dan ia merupakan satu perbuatan yang sia-sia dan mampu menyebabkan trauma”.

Oleh kerana itu, satu usaha untuk menghalang amalan ‘breast ironing’ telah dilakukan disana. Bagi Ndonko, kempen ini adalah perjuangan untuk menghormati intergriti kanak-kanak perempuan, dengan implikasi yang lebih luas untuk hak asasi manusia.

“Jika tiada sebarang tindakan yang diambil hari ini, mungkin ibu bapa akan bertindak menyerika hidung, mulut atau mana-mana bahagian lain anak gadis mareka yang mampu menarik perhatian lelaki.”



p/s Perempuan kat Malaysia nak tak breast ironing?? ble kurangkan kes2 rogol, hahahahahha terutama kat pompuan yang pakai tak cukup kain... 

IKLAN UNTUK ANDA