Tuesday, October 25, 2011

Libya & GADDAFI ...FACTS THAT CANT BE DENIED



Libya & GADDAFI ...FACTS THAT CANT BE DENIED
1. There is no electricity bill in Libya; electricity is free for all its citizens.

2. There is no interest on loans, banks in Libya are state-owned and loans given to all its citizens at 0% interest by law.

3. Home considered a human right in Libya – Gaddafi vowed that his parents would not get a house until everyone in Libya had a home. Gaddafi’s father has died while him, his wife and his mother are still living in a tent.

4. All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$50,000 ) by the government to buy their first apartment so to help start up the family.

5. Education and medical treatments are free in Libya. Before Gaddafi only 25% of Libyans are literate. Today the figure is 83%.

6. Should Libyans want to take up farming career, they would receive farming land, a farming house, equipments, seeds and livestock to kick- start their farms – all for free.

7. If Libyans cannot find the education or medical facilities they need in Libya, the government funds them to go abroad for it – not only free but they get US $2, 300/mth accommodation and car allowance.

8. In Libyan, if a Libyan buys a car, the government subsidized 50% of the price.

9. The price of petrol in Libya is $0. 14 per liter.

10. Libya has no external debt and its reserves amount to $150 billion – now frozen globally.

11. If a Libyan is unable to get employment after graduation the state would pay the average salary of the profession as if he or she is employed until employment is found.

12. A portion of Libyan oil sale is, credited directly to the bank accounts of all Libyan citizens.

13. A mother who gave birth to a child receive US $5 ,000

14. 40 loaves of bread in Libya costs $ 0.15

15. 25% of Libyans have a university degree

16. Gaddafi carried out the world’s largest irrigation project, known as the Great Man-Made River project, to make water readily available throughout the desert country.


is this..who you call a monster? the news made him look like how most of us do.but the same source as to who the media belongs to are the same people that killed him.half of us could agree that the media's pure bullshit,don't we..i refuse to believe that cruelty is an attribute alongside humanity.today's day an age is an age we call ZAMAN FITAN,the age of LIES.

Ingat lah orang yang susah


Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi,

"Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yanghantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan disimpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo
beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!" Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah
seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah pakcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup ituboleh tahan sampai satu minggu?Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalaupun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Mudah-mudahan menjadi tauladan bagi kita dan hendaklah sentiasa
bersyukur dengan apa yang ada pada kita. Kalau hidup kita susah, hidup orang lagi susah.

Monday, October 17, 2011

Chinese child got hit by car twice in China. 18 people ignoring it!



A two-year-old toddler was run over by two vans and mortally wounded, after which 18 people passed her indifferently in south China's Guangdong Province. 

Thanks to the 19th passer-by, a woman garbage collector who came to her aid about seven minutes after the first hit, the girl didn't die immediately in last Thursday's incident. But doctors said the girl died yesterday from severe brain injuries she had suffered in the accident.

Police have detained both drivers. 

After the surveillance video of the incident was put online yesterday, many netizens condemned the 18 passers-by who could have helped the girl avoid the second accident. The case was the latest to bring home the question of whether people today are too cold-blooded to help, or whether it's smart to stay away from an accident to avoid the chance of being accused of responsibility by the victim. 

The girl, identified by her parents as Yueyue, was knocked down by a van about 5:30pm last Thursday, when walking alone in a hardware wholesaling market in the city of Foshan. The car driver stopped for a while after the front wheel rolled over the girl. But he sped away soon and the rear wheel crushed her again.

A witness walked around the girl lying on the narrow street without stopping, the surveillance camera showed. Then a biker and a pedestrian passed her but ignored the girl struggling in a pool of blood. 

A second van driver, who didn't see the girl, crushed her again and fled the scene. After the second hit, Yueyue became motionless. 

Over the ensuing five minutes, 15 people passed her and each of them just took a look. None stopped to lend a hand. 

Then finally, about seven minutes after the girl was hit by the first van, the trash collector came to her aid. She rushed to help her sit up but Yueyue was paralyzed. So the woman moved her from the middle of the street to the side. She yelled for help and Yueyue's mother came and held her daughter in her arms. 

Yueyue was rushed to the General Hospital of Guangzhou Military Command, where she remained in the intensive care unit until she died yesterday afternoon. 

"She couldn't breathe on her own," said Wen Qiang, deputy director of the ICU department. 

The incident is the latest example of passers-by acting indifferently to victims injured in crimes. In this case, some blamed the parents for letting the girl walk on the street alone. More criticized the phenomenon of people passing by without helping, caused at least in part by previous extortion attempts from the injured and their families who have sometimes tried to blame the person helping.

The notorious "Nanjing Peng Yu" incident is fresh in people's minds even after five years. In 2006, in Nanjing City in east China, a young man named Peng Yu who had just gotten off a bus went to aid a 65-year-old woman who was knocked down by a fellow passenger. The woman eventually sued Peng, claiming he was the one who knocked her down. 

In September, an 88-year-old man lay helpless on a crowded avenue in Wuhan City in central China for about 90 minutes before someone took him to the hospital. The old man died from a nosebleed that blocked his airway, suffocating him.

Tuesday, October 11, 2011

Kerana Sehelai Bulu Mata


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat
maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,  "Tidak demi langit dan bumi,sungguh
tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu
sendiri ke dalam dosa "


Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru
ruang yang ada.  Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?
disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian
tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka
sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia
akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar
segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg
amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat
sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku
pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala
perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji,
apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata
sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman
api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa
dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan
segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin
famin nafsi 
 (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)


Cerita Cinta anak Kampus...


Kisah ni kisah benar aku time jadi student UiTM dulu....
As a matter affect dr kisah ni... Sampai sekarang aku remain single...
Kalau korang nk tau kenapa... Korang baca la sindri....
Slmt membaca la ye aku ucapkan....

UiTM (lokasi dirahsiakan)
Tahun 2007, last sem, part 6



Sejak dua tiga hari lepas, hujan turun membasahi bumi kampus UiTM. Cuaca yang sukar diramal bukanlah prioriti bagi sebahagian besar pelajar yang menghuni daerah ini. Tentu saja fokus kebanyakan mereka tertumpu pada peperiksaan akhir tahun kurang sebulan dari sekarang.

Aku membuang pandang ke luar jendela. Sisa-sisa hujan masih mengisi suasana persekitaran. Dada langit yang diseliputi mendung putih kekelabuan, menabiri dunia dari pandangan seorang lelaki bernama aku.

Mal jom gi kafetaria... Aku menoleh lambat-lambat. Din yang sedang duduk di birai katil kelihatan begitu rileks dan santai. Dibibirnya terselit sebatang rokok. Aku mengambil tempat disebelahnya. Kotak rokok yang terdampar diatas meja studi menjadi sasaran mataku. Kejap lagi la... Bicaraku mati seketika. Hujan-hujan macam ni, malas pulak aku nak menapak ke kafetaria tu... Sambungku lagi.

Din memandang lesu ke arahku. Sebuah keluhan kecil dilepaskannya. Asap rokok yang terhembus dari hujung bibirnya pecah tatkala dibadai angin yang menumpang lalu dari tingkap yang terbuka. Mana-mana la Mal, janji kau bahagia... Suaranya kedengaran datar sahaja. Aku tahu dia cuba menunjukkan sikap protes dengan keenggananku menemaninya ke kafetaria. Tapi entah mengapa aku terasa malas sekali hendak kemana-mana pada petang yang dingin begini. Aku lebih selesa bersenang-senang didalam bilik asrama tingkat tiga itu.

Deringan telefon bimbit bernada Pink Panther mengejutkanku. Milik Din rupanya. Dia bingkas bangkit lalu keluar dari bilik menuju ke koridor. Mungkin dia enggan perbualannya didengariku. Aku melangu sendirian. Sudah dua hari Ayu tidak menghubungiku. Bila telefon bimbitnya kuhubungi, hanya suara operator yang kedengaran. Setidak-tidaknya balaslah sms yang kukirimkan. Tapi dia tetap menyepi. Ya, aku akui aku sedang dalam proses mendapatkannya. Dalam erti kata lain, menjadikannya temanku yang istimewa. Aku sedang berusaha. Dan nampaknya respon dari Ayu agak positif. Atau adakah aku yang tersalah tafsir?

Petang, dua hari yang lepas. Sewaktu kami menyusuri koridor bilik komputer, sehabis kuliah, dia berkata sesuatu kepadaku. Katanya hal itu amat penting. Wajahnya sugul sahaja sewaktu menuturkan bait-bait bicara dihadapanku. Aku bertanya perkara apa. Namun dia hanya membisu dan cuba mempamerkan senyum. Walaupun aku tahu senyuman itu bukan lahir atas kerelaan. Pun begitu, dia berjanji akan menghubungiku dan menjelaskan apa yang selama ini dia ingin aku ketahui. Dan pantas menjadikan aku terkapai-kapai dalam arus tandatanya yang tiba-tiba menerjah fikiran? Benarlah kata orang; penantian itu adalah suatu penderitaan. Sudah dua hari aku tidak menemuinya. Gusar hatiku entah bagaimana lagi untuk kuleraikan. Hati lelakiku benar-benar tidak tenteram.

Pagi, tumpuanku terhadap pelajaran agak kurang. Fikiranku melayang entah kemana saja. Sedaya upaya kukerahkan perhatian pada apa yang disampaikan oleh Professor Rahman, namun aku gagal. Tetap jua ingatanku melayang pada Ayu. Aku rindu pada senyumannya. Aku rindu pada lirikan mata bundarnya. Aku rindu pada dirinya. Aku rindu!!! Untuk apa dia mendera perasaanku sebegini? Untuk apa??!! Kelibatnya langsung tak kelihatan. Janjinya untuk menghubungiku hanya tinggal janji. Boleh jadi gila andai terus-terusan aku melayan perasaan. Namun bagaimana pula harus aku nafikan apa yang bersarang dijiwa? Ahh, aku benci kekalutan sebegini.

Tengahari itu, suasana agak lengang. Perpustakaan yang luas dan senyap sunyi itu meminjamkan aku sedikit ketenangan. Sekurang-kurangnya itu lebih baik daripada terperap didalam bilik asrama yang pengap dan sempit. Seleraku tumpul untuk menjamah sebarang makanan. Aku hanya ingin bersendirian. Sewaktu aku sedang membelek-belek sebuah buku berkenaan kewangan, aku terperasan ada seseorang yang sedang memerhatikanku. Namun aku lebih senang untuk membiarkan sahaja. Mungkin itu hanya perasaan semata-mata. Tambah pula, aku tiada nafsu untuk ambil pusing keadaan sekelilingku buat masa ini.

Mal... Pendek dan lembut sekali suara itu, tetapi tetap perlahan. Aku mengangkat pandangan. Dihujung meja tempatku menelaah, tercegat figura Ayu. Segaris senyuman yang terselit keikhlasan menghiasi wajah manisnya. Renungannya begitu redup. Ayu... Lidahku kelu untuk meneruskan bicara. Harus apa lagi yang mampu terluah dari isi hatiku, tatkala gadis yang kurindu berdiri didepan mata. Hadirnya dia, mengusir segunung kegusaran yang mendiami perasaan. Melukis wajah pelangi dijiwa resahku. Mari... ujarnya lagi. Senyum tidak putus-putus meniti ulas bibirnya.

Aku melabuhkan punggung dibangku kayu. Suasana persekitaran taman botani yang damai dan dingin melontarkan ketulusan yang tersendiri kedalam tiap-tiap jiwa yang disapanya. Ayu mengambil tempat disebelahku. Wajahku direnungnya sekilas. Mal, maafkan aku... Kata-kata yang terlontar keluar dari kotak suaranya mengikis keheningan yang membaluti kami. Aku masih mengunci lidah. Menanti penjelasan dari Ayu. Aku tak berniat nak buat kau tertunggu-tunggu.... Sebuah keluhan kecil dilepaskannya perlahan. Sugul mula menabiri riak mukanya. Ada terlalu banyak perkara yang aku nak kau tahu... Tapi... Bicaranya putus disitu. Bagaikan ada beban yang maha berat merantai lidahnya daripada terus berkata-kata.

Hatiku dijalari rasa simpati terhadap Ayu. Naluriku membisikkan yang sesungguhnya dia tidak berdusta. Tona suara dan air mukanya mencerminkan sebuah kekeruhan yang tak tergambar. Dia tunduk merenung rerumput. Sekali-sekala, hujung kakinya menguis-nguis daun kering yang bergelimpangan.Ayu, kau ada masalah ke? Tak nak share..? Buat beberapa ketika, suasana hanya terisi oleh melodi angin dan nyanyian burung-burung kecil yang singgah diranting pepohon. Awan yang berarak perlahan, seolah-olah turut sama berkongsi rasa dengan insan kerdil yang dinaunginya.

Mal, ini bukan masa yang sesuai untuk aku ceritakan apa yang aku pendam selama ni. Aku janji, lepas exam nanti, kau akan tahu segala-galanya tentang aku Aku mula mencerna kata-kata Ayu sebentar tadi. Apa sebenarnya yang dia cuba sampaikan? Persoalan mula menggayuti tubir mindaku. Aku tak faham apa maksud kau Pandanganku mencerun ke arahnya. Beberapa helai daun kering yang gugur, melayang-layang ditiup angin lalu mendarat tidak jauh dari bangku kayu yang kami duduki. Mal, please... Aku tak nak bebankan fikiran kau... Tak lama lagi kita nak final... Lepas exam nanti kau akan tahu juga... Cuma... Aku nak minta satu je... Aku membuang pandang ke arah pokok bunga teluki merah yang tumbuh subur dihujung bangku kayu. Panorama persekitaran kian menampakkan bias-bias senja. Perhatianku kembali tertumpu kepada Ayu.

Apa dia? Aku bertanya sambil lewa. Seraya menggenggam tanganku, Ayu bersuara, Janji dengan aku, kau akan buat yang terbaik untuk final nanti... Lupakan sekejap pasal aku... Aku nak kau berjaya Mal... Aku tak mahu kau kecewa. Aku terpana. Terlalu besar apa yang kau harapkan dariku. Dan sudah tentu, perit pula untuk kugalas harapan dari sebuah permintaan yang puncaknya melangit tinggi. Sesungguhnya aku telah pun kau kecewakan Ayu. Cuma saja, tak kuungkapkan dari bibirku. Hari-hari tanpamu, takkan pernah sama seperti ketika yang lalu.

Pertemuan pada petang itu adalah pertemuan terakhir antara aku dan Ayu. Aku akui bukan mudah untuk kujalani waktu-waktu yang mendatang tanpa kehadirannya. Dengan segenap memori dan nostalgia yang tergarap didalam lipatan kenangan, dengan segaris senyum dan tawa yang mengukir kedinding ingatan, apa mungkin aku beroleh kekuatan buat menepis segala yang pernah tercipta antara dia dan aku? Harapan, apakah masih kau menyebelahiku? Ya Tuhan, teguhkanlah pendirianku dalam menghadapi semua ini.

Ahh, hari-hari terakhirku dikampus, terasa amat panjang untuk dilalui. Telah berkali kucuba menghubungi Ayu, namun hampa jua yang kuperoleh. Suasana kampus UiTM ini kian sepi. Namun tetap tiada mampu mengatasi rasa sepi yang menyelimuti hati. Sebahagian besar penghuni asrama telah kembali ke ceruk rantau masing-masing. Fikiranku buntu. Apa yang kubuat serba tak kena. Esok, aku akan berangkat pulang ke tanah tumpah darahku. Berita dari Ayu tetap tak kunjung tiba. Aku merasa seolah-olah diperbodohkan. Haruskah aku terus menanti janji? Sedangkan janji takkan mungkin terisi. Aku kembali merenung ke luar jendela, dengan pandangan dan benak yang kosong.

Mal... Mal... Tunggu..., Aku segera menoleh kearah datangnya suara itu. Hasliza tergocoh-gocoh berlari menghampiriku. Nafasnya termengah-mengah kerana penat berlari. Kau tak balik lagi ke Liza?, Pertanyaan kulontarkan sambil mataku merenung wajahnya. Mentari pagi menebarkan cahaya indahnya kesegenap ruang yang termampu dijangkau sinarnya. Nak balik la ni, aku tengah tunggu kau... Dahiku berkerut. Benakku mula tertanya-tanya, mahu apa dia menungguku? Apa pasal pulak kau tunggu aku? Bangku simen sebelah barat daya youth floor menjadi sasaran tempatku menghenyakkan punggung. Hasliza tidak segera menjawab. Dia mengambil posisi disebelahku lalu duduk tanpa dipelawa. Dari celah beg galas, dia mengeluarkan sesuatu.

Aku cuma nak serahkan benda ni kat kau, Mataku tertancap pada sekeping sampul surat berwarna ungu muda yang diunjukkan oleh Hasliza. Tidak terdapat sebarang tulisan diatasnya. Suasana direndai sepi. Bunyi kicau unggas di persekitaran, bagaikan simfoni latar yang mengisi kesunyian antara kami. Ayu minta aku tolong serahkan pada kau. Tapi... Dia pesan, buka hanya bila kau dah sampai dirumah... Aku gerak dulu... Aku membelek-belek sampul surat berwarna ungu muda. Hatiku tiba-tiba merasa geram terhadap Ayu. Bukankah dulu dia telah berjanji. Berjanji untuk menyatakan sendiri perihal hidup dan segala-gala tentang dirinya. Kini, kau telah memungkirinya Ayu.

Badan kuhempaskan ketilam empuk. Terasa selesa dan santai sekali. Tiada yang lebih indah daripada dapat kembali kerumah orang tua sendiri. Bilik ini tetap sama seperti sebelum pemergianku ke kampus dahulu. Tetap sahaja kemas dan bersih. Sudah tentu emak yang menguruskannya. Seharian dalam perjalanan, membuatkan badanku terasa pegal. Otakku pula tak henti-henti berpusing memikirkan sikap Ayu. Pelbagai andaian timbul dari dalam ruang fikirku. Namun, sekarang mindaku terlalu letih untuk berfikir. Aku ingin relaks. Dalam aku melayan perasaan, akhirnya aku terlelap.

Mal... Bangun... Dah nak masuk maghrib dah ni..! Ketukan dipintu yang bertingkah dengan suara emak, menyedarkanku dari lena yang tak mengenal waktu. Dibirai katil, aku duduk sambil menggosok mata dengan belakang tangan. Suara muazzin yang berkumandang melaungkan azan dari hujung kampung, sayup-sayup kedengaran. Aku berdiri malas. Tuala yang terlipat didalam almari pakaian segera kucapai. Langkah kuatur menuju kebilik mandi yang terletak beberapa meter dari bilikku. Ha, cepat sikit mandi tu. Boleh berjemaah sekali..! Dari arah belakang, suara bapak yang parau menerjah gegendang telinga. Aku mengangguk dua, tiga kali sebelum melangkah kedalam bilik mandi.

Selesai solat isyak dan makan malam, aku menonton televisyen diruang tamu. Rancangan komedi yang bersiaran sesekali mengundang derai tawa seisi keluargaku. Dikampus, jarang benar aku menonton televisyen. Masa seharian hanya terisi dengan aktiviti pelajaran dan pergaulan sesama teman. Sudah tentu bezanya terlalu jauh jika mahu dibandingkan dengan kehidupan bersama keluarga. Hampir pukul sebelas baru aku berganjak dari ruang tamu. Menapak kebilik dalam langkah yang malas. Sekali sekala aku menekup mulut kerana menguap.

Lambaian Ayu yang bertudung dan berkurung putih, menggamit pandanganku. Taman yang indah dengan warna warni bebunga dan nyanyian unggas gagal menambat perhatian. Aku segera berlari mendapatkannya. Ayu... Laungku dalam turun naik nafas. Kelibat Ayu kian menjauh, terselindung dibalik pepohon yang tumbuh rapat. Aku berhenti seketika. Termengah-mengah dengan peluh yang mula membasahi baju. Dalam aku mengatur nafas, bayang Ayu muncul dihadapanku. Bibrnya terukir senyum yang amat indah. Renungan matanya redup dan bersinar. Cukup membuatkan aku terpana. Ayu....Namanya kuseru perlahan. Dia langsung tidak menyahut panggilanku, hanya senyumannya yang kian mekar. Entah secara tiba-tiba, kawasan taman bunga itu diselaputi kabus putih. Makin lama makin tebal. Menyerkup aku dan Ayu kedalamnya. Beberapa detik kemudian, kabus itu kian susut lantas menghilang diusir bayu lembut yang mengelus kulit badanku. Ayu sudah tiada lagi ditempatnya. Yang tinggal hanya senyap sunyi dalam kemuraman suasana. Aku berpusing-pusing disekitar taman, mencari kelibatnya Ayu. Namun aku gagal menemui gadis yang bernama Ayu itu. Ayuuuu.... Pekikku dalam kekecewaan. Hatiku benar-benar disentuh kepiluan yang teramat.

Mal.. Mal.. Bangun... Apa ni, terpekik terlolong... Suara parau bapak menerkam gegendang telingaku. Aku terpisat-pisat bangun. Belakang tangan kugosokkan ke kelopak mata. Bapakku yang berdiri dihujung katil memandangku dengan wajah serius berbaur hairan. Ada apa pak ? Soalan ku ajukan pada bapak. Bapak tidak segera menjawab. Dia menggeleng-gelengkan kepala dengan pandangan yang mencerun kearahku. Engkau tu ha, mengigau.... Dia berhenti seketika kemudian menyambung Dah, pegi sambung tidur. Jangan lupa ambil wuduk sebelum nak tidur tu... Bapak segera berlalu meninggalkan aku dalam tandatanya. Aku berbaring kembali. Jam didinding bilik menjadi tumpuan mataku. Hampir pukul tiga pagi. Aku cuba melelapkan mata, namun sia-sia sahaja cubaanku itu. Akhirnya aku bangkit dari katil lalu beredar ke meja belajar.  Mimpi tentang Ayu berlegar-legar didalam kepalaku. Seakan-akan benar terasa, situasi bertemu Ayu itu.

Tiba-tiba aku teringat dengan sampul surat berwarna ungu muda yang diunjukkan Hasliza kepadaku semasa di youth floor pagi semalam. Segera kucapai beg galas yang tesadai di atas meja belajar. Disebalik celahan buku, terselit sampul surat ungu muda yang kucari. Tanganku pantas sahaja mengoyak hujung sampul surat lantas mengeluarkan isinya. Rangkap-rangkap didalam surat tulisan tangan milik Ayu meniti mataku. Satu persatu isinya merasuk benakku.

Assalamualaikum Mal...

Maafkan aku, sekiranya kita terpaksa bertemu dalam keadaan yang tak seperti kau inginkan. Aku tak berniat mempermainkan perasaan kau. Tapi aku sendiri tak berupaya mengelakkan semua ini. Benar, memang aku sengaja tak nak bertemu kau saat-saat akhir kita di kampus. Aku tak nak kau melihat aku dalam keadaan yang kau tak boleh terima. Aku sayangkan kau Mal. Sungguh dari hati kecilku, aku hanya menginginkan kau. Dan aku percaya, kau juga merasai apa yang aku rasai. Kerana kasihku pada kau, aku tak ingin kau kecundang dalam pelajaran kerana semata-mata memikirkan aku. Aku mahu yang terbaik untuk diri kau sendiri. Percayalah Mal, aku tak pernah merelakan perbuatanku menjauhi kau. Aku mahu kau selalu disisiku. Tapi takdir bukan seperti yang kita fikir. Aku harus akur, kalau kiranya takdirku mendahului segala-galanya. Terlalu banyak persoalan yang aku sendiri tak mampu memberi jawapan. Kau berhak membenciku atas apa yang telah aku lakukan terhadap kau. Aku terima kebencian kau itu. Ketahuilah Mal, aku sakit... Sakit yang aku sendiri tak tahu puncanya. Saban waktu aku menanggungnya. Perit, sengsara, hingga ada ketikanya aku menginginkan supaya mati menjemputku lebih awal. Doktor sendiri gagal memberikan apa-apa keputusan mengenai penyakitku. Dah puas keluargaku membawaku berubat cara kampung, namun semuanya menghampakan. Sedangkan hari demi hari aku makin terseksa. Entah sampai bila harus kutanggung derita ini. Aku hanya berserah pada Allah, Mal. Mal, walaupun tak pernah ku ucapkan kata-kata cinta pada kau, didalam hatiku kata-kata cinta itu telah kubisikkan setiap kali kau hadir untukku. Aku sentiasa rindu untuk melihat kau. Namun aku tak mahu memberikan kau harapan. Aku tak mahu kau kecewa. Dalam keadaanku yang begini, tak mungkin kau mampu kuberi bahagia. Dah banyak air mataku menitis menahan sakit dan rindu terhadap kau. Mungkin inilah pengorbananku yang terakhir. Selepas ini tiada lagi air mata yang akan mengalir dan sakit yang memeritkan. Saat kau membaca warkah ini. Aku mungkin dah tiada lagi, Mal. Pergi membawa rasa cintaku pada kau. Mal, maafkanlah aku untuk setiap kesilapan yang pernah kulakukan selama kau mengenaliku. Kau adalah hadiah yang paling istimewa buatku semasa aku hidup. Walaupun pertemuan ini cukup singkat, buat sedetik, aku merasakan begitu bahagia bila disamping kau. Kalaulah mampu kuucapkan sendiri dengan lidahku... Kenanglah aku didalam setiap doa kau Mal. Sebagai tanda ingatan dan kasih yang pernah hadir antara kita. Teruskanlah hidup kau dengan hati yang lapang. Carilah penggantiku. Aku percaya, kau pasti akan menemuinya. Selamat tinggal sayangku Akmal....

Salam Kasih Sayang Yang Berpanjangan,

                        Rohayu

Tanganku menggeletar dan tanpa sedar, air mataku menitis laju menuruni pipi. Surat dari Ayu kugenggam erat. Sedarlah aku mengapa dia sering menjauhi diri akhir-akhir ini. Rasa bersalah mencengkam hatiku. Memikirkan perkara yang bukan-bukan tentang Ayu. Aku menangis semahu-mahunya. Pintu bilikku diketuk perlahan. Terpacul wajah bapak dibalik pintu. Segera aku dirapatinya. Bahuku disapanya lembut. Surat didalam genggaman tanganku diambilnya. Kandungan surat itu dibacanya lambat-lambat. Seketika kemudian, belakang badanku diusapnya dengan kasih sayang. Sabarlah Mal, ini semua dah suratan dari Allah Suara bapak begitu lembut menyerbu pendengaranku. Pakcik Sham kau telefon bapak tadi, katanya Ayu dah kembali ke Rahmatullah... Bapak ingat nak bagitahu kau pagi nanti... Kata-kata bapak putus disitu. Seakan-akan begitu berat untuknya menutur kata-kata tersebut. Lepas solat subuh, kita sedekahkan Yassin untuk arwah... Sambung bapak sebelum berlalu.

Kisah itu telah berlalu hampir empat tahun. Kisah impian hati yang tiada kesampaian. Kenangan yang meniti masa tetap setia menemani memoriku. Entah sampai bila harus ku kunci perasaan daripada jatuh hati pada gadis lain. Sedangkan didalam benak dan fikiranku, hanya ada wajah Ayu. Adakah aku yang tak mampu menerima hakikat? Atau pengalaman menaburkan kengerian untuk aku jatuh cinta lagi? Dalam kulalui hari-hari yang mendatang, kupanjatkan doa ke hadrat Tuhan... Hadirkanlah kedalam hidupku, gadis yang memberikan aku ketenangan bila bersamanya. Yang menyenangkan pandangan dan menjadi penyejuk mata tatkala keresahan. Namun entah bila akan bersua, gadis impian, lukisan perasaan....

Sifat Kaum Adam yang Awek nak???


MENINGGIKAN SUARATau la dikurniakan suara yg 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, x elokla. Ini antara kelemahan lelaki coz mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya x bersalah.

MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar.Walaupun dah ada kekasih, dorang sukar nak setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasih sendiri..


SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa awek cantik dan seksi mulalah mata tu cam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih kat sebekah, si dia xkan peduli.Bagi dorang x salah kalau sekadar mencuci mata tapi hati kekasih kenalah jaga gak cik abang!

MENGONGKONG
Itu xleh, ini xleh, sikit-sikit nak kontrol.Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau x mula la tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu.Tapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... camne 2?

EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.x salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

MENIPU
Masalah yg ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yg x munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yg mereka mempunyai masalah yg x dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada gak yg sudah berpunya tapi mengaku solo. Berterus- teranglah wahai kaum lelaki coz pompuan lebih menghormati mereka yg memiliki sifat berterus-terang ini.


PERASANAduh... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yg hensem.Dah 2 ngaku mereka la yg jadi lelaki idaman para WANITA. Tapi, mungkin pada pompuan mereka ini biasa je.. tapi mereka yg lebih2. Bukan semua pompuan memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih2 perasan 2... ada pompuan yg lebih suka mengutuk dari memuji...he3.. sedarlah!

MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah gak kalau dapat yg mementingkan diri sendiri nih. lelaki selalunya xmau mengalah
dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan pasangannya. Mereka gak suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan  perasaan kekasih... ego katakan! xsemestinya pendapat kaum pompuan ni xleh pakai.

KURANG MEMBERIKAN PERHATIANLelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang beri perhatian x kira dalam apajua urusan. Tapi kalau urusan yg berkaitan ngan dirinya sendiri, cepat nak buat.. Jika berkaitan teman wanita,alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tapi cukuplah sekadar pasangannya ambik tau tentang dirinya coz sifat semulajadi sorang pompuan ingin bermanja dan dimanjakan.

CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu x tentu pasal dan memanjang je, rasa xselesa gak.. Agaknya lelaki yg kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Kene ingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya.Jangan cemburu buta dahla..

MATA DUITANJangan xtau ada juga lelaki mata duitan ataupun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka x kisah nak kikis duit kekasih ngan 1001 macam alasan yg adakalanya x logik diterima dek akal. Kalau kisah pompuan mata duitan kita dah biasa dengar, tapi kalau lelaki lak yg mata duitan... apa cite ni??


KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yg terlalu komited ngan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yg menimbun. Bukanlah xleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah bahagikan masa bersama teman wanita.Paling xpun, seminggu sekali luangkan masa. Bukannya pompuan xleh memahami.

PANAS BARAN
Aduiii... masalah yg xleh menimbulkan fobia terhadap seseorang pompuan apabila dapat pakwe yg panas baran. Pantang silap sikit,mahu dihambur segala kemarahannya. Ada gak kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking leh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Cuba-cubalah kawal..

KAKI MEROKOKIni satu lagi sifat kaum lelaki yg melemaskan pompuan. Asyik berasap sana sini, naik lemas ngan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit ngan makan benda berfaedah epe gak.. ni x.. asyik menyedut asap yg xmenyihatkan. bukan tegur sebab pe.. tapi sebab kite sayang kat awak la.


PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yg pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali.xrasa segan ke?? Entahlah...hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini sajayang dapat menjawabnya.

GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh.Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tapi x sedar cara mereka makan yg  gelojoh melemaskan orang pompuan.Sepatutnya, samada lelaki mahupun pompuan patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

PENTINGKAN KAWAN-KAWANSanggup membatalkan temujanji semata-mata nak bermain bola sepak ataupun menonton WWF ngan kawan-kawan. Lelaki jugak selalu mementingkan kawan2 dalam banyak hal.Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata nak habiskan masa ngan kawan2. Apa guna bercinta kalau cam 2? Kalau ada masalah lak, kawan2 sebagai tempat mengadu ngan alasan x sesuai cite kat kekasih. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri kan? jadi xkan la selaluh nak berahsia?X elokla.. cam si dia tidak penting lak..


TIDAK TAHU MEGHARGAISukar nak jumpa lelaki yg tau menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yg berpura-pura x mengambil tau walaupun menyedarinya. Mereka seboleh2nya mahu si dia terang2 menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit2 atau sekadar kiasan 2 alamatnya mereka akan berpura-pura x menyedarinya. Apa salahnya sekali2 tunjukkan sikap anda yg menghargainya seperti bagi hadiah kecil. Xpun ucapkanlah terima kasih setiap kali dia buat sesuatu..

PUTAR BELITLelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya mereka yg bersalah. Bagi mereka, putar belit ni tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya benar2 menyintai pasangan, perkara ni seharusnyaxjadi coz apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah  yg dibuat suatu hari nanti.Jujurlah pada pasangan anda.

SUKA KONTROL MACHOPeh! Nak dikatakan macho, ada gak yg x. hancur je yg lebih kot! Terutama bab sikap,mau lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh2nya mereka nak menampakkan yg diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. X perlula nak merasakan diri 2 macho kerana pompuan saja yg layak membuat penilaian terhadap 2.Kalau rasa diri 2 macho, tapi pada mata pompuan tersebut sebenarnyah xla macho sangat pada hakikatnya.. ha3..


Thursday, October 6, 2011

Kesan Kenaikan Harga Rokok

tipu lah kesan paling ketara adalah "perokok-perokok akan meninggalkan tabiat lama mereka, iaitu merokok"... bullshit.. ya MB perokok, tapi tak pikir ker kesan buruk dia yang akan datang.. sampai bila harga rokok nak di naikkan?? sampai harga sekotak rokok mencecah RM100 sekotak??? nak harga rokok senilai dengan harga2 dadah di pasaran???

Bangang lah, kalau kita tngok sebab dadahlah ada anak2 sanggup nak bunuh mak, nak bunuh ayah, nak bunuh nenek sebab utama dia nak lepaskan gian.. jgn heran lah kalau suatu hari nanti rokok punca utama berlakunya pekara2 yang MB sebutkan tadi..

Yang kerajaan nak naikkan buat ape??? saje nak amek cukai banyak2... kalau betul nak tngok kesan positif dia, HARAMKAN JER LAH PENJUALAN ROKOK DI MALAYSIA NI!! abes cete, nii saje nak bunuh rakyat..  Baru fair, kerajaan tak menindas rakyat, and rakyat pun dapat lah berhenti merokok sebab rokok dah tak jual di malaysia... 

Kalau korg sokong kerajaan naikkan harga rokok memang korang pun bangang, korang sepatutnya cakap HARAMKAN PENJUALAN ROKOK, so orang2 perokok tegar ni dapat berhenti merokok. Betul tak?? ni baru win-win situation, kerajaan nak rakyat dia bebas asap rokok, nak rakyat yang sihat, so haramkan lah penjualan rokok n rakyat pun tak merokok!!! bukan dengan naikkan harga rokok... 

P/S ko naikkan harga rokok, lagi lah ramai penyeludup2 rokok kat luar sane menjadi jutawan!!! hahahahahaha... 

IKLAN UNTUK ANDA