Tuesday, February 15, 2011

PENANGAN CINTA MAK NYAH



Minggu lalu saya ade post kan entri tentang PENANGAN CINTA PENGKID, hari ni plak jom kita tengok tentang isu Mak Nyah atau lebih dikenali sebagai lelaki yang perwatakan persis wanita. Adakalanya lebih menonjol daripada wanita tulen.. (BETUL TAK??). Ada yang sanggup melakukan pembedahan demi cinta mereka atau naluri keperempuanan mereka.


SUMBER KOSMO:-

KUALA LUMPUR: “Saya tak kisah dan sanggup bermadu jika dia (suami) ada hubungan gelap dengan wanita lain, tapi bukan dengan manusia dua alam atau mak nyah. Sebagai wanita tulen, saya rasa terhina seolah-olah tidak berupaya melayan suami,” kata seorang wanita.

Ibu tiga cahaya mata berusia lima hingga 12 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, hatinya kini luluh lebih-lebih lagi mengetahui suami dikahwini sejak hampir 15 tahun lalu bersikap dingin terhadapnya kerana mempunyai hubungan sulit dengan mak nyah popular berasal dari Indonesia yang terkenal dengan jolokan ‘bencong’.
Hubungan terlarang itu terbongkar selepas dia menemui ratusan SMS mengandungi madah cinta dihantar bencong terbabit kepada suaminya sejak lebih tiga bulan lalu.

Menurutnya, pendedahan ini bukan bertujuan memalukan suaminya, sebalik mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mak nyah warga asing yang mengambil kesempatan menggoda lelaki warga tempatan.

Shereen:-

hai, I shereen, umur I 25. kenapa I tukar jantina? Demi cinta.. ya demi cinta suci I kepada kekasih hati, I buat yang terbaik untuknya. Buat apa I nak simpan lagi jambak* yang tidak lagi berharga dan berguna untuk I ni. Mula-mula bila family dapat tahu, mereka menetang keras dan sangat marah. Macam-macam nasihat yang I dengar, haramlah, bertentang hokum syaraklah, dosa bla..bla..

I tak terima sebarang alasan, I berkeras, apa nak jadi, jadilah, I dah nekad, akhirnya family tak dapat nak halang kehendak I. bersama kekasih hati, I ke Thailand ke hospital University of Yala. Kos RM10 ribu ditanggung kekasih I. I di sahkan sihat, tahap hormon juga baik dan pembedahan pun berjaya dilakukan.

Sungguh I tak percaya, I lalui pembedahan tersebut dengan jayanya. Lepas 2-3 hari I dah boleh balik, I rasa sungguh gembira bila berjalan terasa betul selesa sebelum keluar, doctor menyerahkan I jambak* untuk dibawa balik, tapi sebaik keluar dari hospital, I terus buang jambak* tu kelongkang., biarlah buat apa nak simpan benda tu. I nak balik sebagai seorang wanita.

Memanglah I menderita lepas pembedahan tu, tapi I tak peduli, I sanggup kerana itulah impian I selama ini. Masa I terlantar sakit, kekasih I lah yang bersungguh menjaga I, dia yang sediakan makan minum I, bawa I keklinik, tak sia-sia lansung pengorbanan I lakukan untuk dia selama ini.

Selepas 2 bulan barulah I rasa sembuh betul dan mampu menjalani hidup sebagai seorang wanita. Kini I Cuma perlu meneruskan hidup bersama kekasih I. Sebagai seorang wanita.. I harap kami akan bahagia sampai bila-bila,

Baby:-

saya.. Baby dah lah.. umur saya 29thn. Kenapa saya tukar jantina? Sebab kepuasan diri. Dah lama saya buat sejak 1998 lagi. Masa tu saya muda lagi baru 21thn. Saya buat bukan sebab orang lain, tapi kerana kehendak saya sendiri. Tuntutan hati saya untuk jadi wanita. Saya Cuma nak bahagia dan puas dalam hidup.

Dulu ye..memang saya ada kekasih, tapi tidak lagi sekarang, sekarang saya happy sangat dengan kehidupan saya kerana apa yang saya hajati selama ini dah tercapai. Saya nak hidup sebaik mungkin, saya nak jauhi perbuatan negetif dan tidak bermoral.

Saya lakukan yang terbaik dalam hidup saya., saya masuk banyak pertandingan dan program yang bermanfaat. Saya pernah memang pertandingan supermodel (1990-1992) di JB, Miss Kinta Pageant (1994) dan supermodel diBukit Bintang (1999). Jadi saya tidak melakukan perbuatan yang tidak bermoral

Masyarakat jangan hanya tahu nak salahkan orang seperti kami. Kami juga makhluk cintaan Allah, ada hati dan perasaan,. Ada hati ingin disayangi, dikasihi, ada pasangan hidup. Dapat hidup sempurna macam orang lain. Salah ke apa yang kami inginkan? Kenapa orang lain je tahu nak bahagia kami tak boleh ke?

Kesal? Ya kadang kala saya terasa juga., sedih , berdosa, macamana kalau saya mati nanti., entah apa-apa lagi rasa, tapi saya dah tak boleh berundur, segala-galanya telah berlalu dan berlaku. Saya dah tak perduli apa orang nak katakan. Yang penting saya kini bahagia, dihargai seperti wanita tulin. Walaupun dulu saya pernah lahir sebagai seorang lelaki.


jambak ~ buah zakar

Terdesak untuk mendapatkan duit menjelang Aidilfitri golongan maknyah atau pondan terpaksa menggunakan laman sembang atau sosial untuk mendapatkan pelanggan pada bulan puasa ini berbanding menunggu pelanggan di lorong-lorong.




Tindakan ini terpaksa dilakukan kerana khuatir di cekup oleh anggota penguatkuasa yang meningkatkan operasi pada bulan mulia ini.Maknyah ini mengatakan aktiviti mereka pada bulan mulia ini tersorok dan dilakukan secara senyap kerana menghormati bulan Ramadan.-harian metro.

Kesimpulannya:-

Ulama bersepakat mengatakan haram juga bagi lelaki menyerupai perempuan melalui cara berpakaian, gaya dan tingkah laku.
Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).
Itu belum lagi hal yang lain seperti masalah perkahwinan, mengerjakan haji atau umrah, bersembahyang serta pengebumian.
Selain itu, mereka berdepan kemungkinan mendapat penyakit tertentu kesan daripada pembedahan. Jadi, keseronokan mereka itu sebenarnya hanya sementara.
Hadis lain, daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): “Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).
Sudah jelas hukum haram terbabit yang mana melarang lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya. Apabila sesuatu larangan dalam nas itu disertai dengan laknat, maka hukumnya berdosa besar dan fasik sehinggalah seseorang itu bertaubat nasuha.
Perbuatan menyerupai pun dikira berdosa besar apatah lagi perbuatan mengubah anggota lelaki menjadi anggota wanita, bermakna dosanya amat berat sekali.
Menukar jantina termasuk dalam kategori dosa besar iaitu cuba mengubah ciptaan Allah atas dasar tidak puas hati dengan takdir Allah.
Alasan naluri mahu jadi perempuan tidak boleh diterima bagi mengharuskan perbuatan terkutuk itu. Jika naluri yang kononnya dijadikan hujah kuat untuk mereka melakukan semua itu bagaimana pula perkara mungkar lain seperti merogol, mencuri atau mengambil dadah?
Malah, dosa kian bertambah apabila dalam masa sama mereka mengambil kesempatan menjadikan lelaki sebagai teman sosial atau merelakan hubungan seks berlaku.
Pokok pangkalnya, setiap perbuatan yang ditegah dan dilarang Allah pasti ada sebabnya dan tetap dikira berdosa. Tiada satu alasan pun boleh diterima untuk mengharuskan atau membenarkan ia berlaku.
Menyesali rupa bentuk atau keadaan sedia ada adalah perkara yang tidak patut kita semaikan dalam diri. Tujuan kita hidup adalah untuk mengambil hikmah dari setiap kejadian yang alami.
Sebagai Muslim yang beriman, menjadi kewajipan mereka menjaga tubuh badan dengan sempurna selain dilarang sama sekali mengubah suai serta menghiasinya dengan tujuan yang diharamkan syarak.
Perbuatan mengubahsuai ciptaan Allah datangnya daripada syaitan yang sentiasa menghasut manusia. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata”. (Surah an-Nisaa’ ayat 119).
Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk”. (Surah at-Tiin ayat 4).
Walau bagaimanapun, pembedahan untuk mengembalikan atau memulihkan semula kecacatan anggota badan yang tidak berfungsi adalah harus.
Contohnya, pemindahan organ atau anggota badan yang diambil daripada orang yang hidup atau mati seperti jantung, buah pinggang dan mata kepada mereka yang memerlukannya.
Berdasarkan fatwa bekas Mufti Mesir, Sheikh Al-Hasanin Makhluf, bagi menghadiahkan anggota atau organ, ia perlu memenuhi beberapa syarat termasuk memastikan kejayaan pemindahan terbabit yang bukannya berdasarkan sangkaan, berada dalam keadaan darurat, pembedahan dan pemindahan perlu dilaksanakan dengan cermat, teliti, dan berhati-hati serta meminta keizinan terlebih dahulu daripada waris.
Pembedahan plastik bagi tujuan kecantikan juga dilarang kerana ia bertujuan untuk bermegah-megah selain melanggar fitrah dan merosakkan anggota badan.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata golongan yang menukar jantina tidak dapat menerima qada dan qadar Allah.
“Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Naluri ingin menukar jantina ini adalah antara bisikan syaitan dan iblis yang ingin merosakkan mereka.
“Kita perlu bijak memilih mana satu perkara baik dan buruk. Justeru, dalam hal ini mereka perlu membantu diri mereka melawan nafsu serta naluri buruk,” katanya.
Beliau berkata, pelbagai masalah akan menimpa terutama berkaitan perkahwinan, ibadah serta pengebumian apabila meninggal dunia kelak.
“Akibat melawan takdir Allah, setiap kebajikan dan amalan mereka lakukan tidak diterima Allah. Contohnya sembahyang, akibat penukaran jantina ini mereka perlu melakukannya mengikut cara wanita.
“Ia bukan saja merosakkan ibadah diri sendiri malah turut merosakkan ibadah orang lain. Begitu juga apabila meninggal dunia, jenazah mereka perlu disemadikan mengikut cara lelaki. Tambah menyeksakan, jenazah terpaksa dibedah semula bagi membuang alat kelamin wanita,” katanya.
Katanya, walaupun ada yang mendakwa mereka hidup bahagia, hakikatnya gagal menyembunyikan perasaan bersalah.
“Ketika usia muda, memang semuanya ingin tampil cantik tetapi apabila meningkat tua, naluri hendak cantik itu tiada lagi.
“Ditambah pula pelbagai berpenyakit, pasti mereka akan menyesal,” katanya.

3 comments:

  1. Subhanallah.. ;]

    ReplyDelete
  2. tringat pla kisah artis thailand Nong Poy.. ketika brusia 17 tahun da tukar gender.. transexual.. hmmm.. mantap wei... cantik giler... x prasan pla yg dia ni sbnrnya asal gender adalah lelaki... alahai... hhmmmm... taubat aku...

    ReplyDelete
  3. “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk”. (Surah at-Tiin ayat 4).

    Ye ke? Korang yang lahir normal ni boleh la ckp mcm tu...Yang lahir cacat, buta, bisu, syndrome, kudung tangan kaki, ape citer? Adil ke tu?

    Kalau tuhan benci sangat kaum dua alam ni, pesal pulak ciptakan diorang? kan tuhan maha kuasa, takkan x boleh kot?

    Kita manusia, tapi hukum agama mcm untuk malaikat yang xder cacat cela dan x penah buat silap.

    Yang maki hamun kaum dua alam ni bukan bgs sangat pun, seks sblm nikah, blh plak nak nasihat org lain pasal syurga neraka.

    Hidup kat dunia asyik nk slh org je, slh sendiri xkesah la kan, kompem masuk syurga.

    Spread love, not hate.

    Kalau kita hidup kat du

    ReplyDelete

IKLAN UNTUK ANDA