Friday, December 16, 2011

Wanita Paling Rendah Di Dunia


NAGPUR – Seorang pelajar perempuan yang berusia 18 tahun di India diumumkan sebagai wanita paling rendah di dunia oleh Guinness World Records, semalam.
Jyoti Amge hanya mempunyai ketinggian  62.8 cm, iaitu lebih rendah daripada kanak-kanak berusia dua tahun.

Dia juga mempunyai ukuran 7 cm lebih rendah daripada Bridgette Jordan, dari Amerika Syarikat yang sebelum ini memegang gelaran wanita paling rendah di dunia sehingga September lalu.
Amge yang baru menyambut ulang tahun ke-18 itu menyifatkan pengumuman itu sebagai hadiah hari jadi.
“Saya berjaya meletakkan Nagpur dalam peta dunia. Kini semua orang tahu mengenai tempat ini,” kata Amge yang bercita-cita menjadi pelakon.
Namun sebelum bergelar pelakon Bollywood, Amge ingin melanjutkan pelajaran sehingga berjaya menggenggam sekeping ijazah.
Menurut Amge, dia tidak kisah menjadi wanita paling rendah di dunia malah gelaran tersebut telah membawanya mengelilingi dunia.
Gelaran wanita paling rendah di dunia bagaimanapun terus menjadi milik Pauline Musters, yang menetap di Netherlands pada 1876 hingga 1895.
Musters hanya berukuran  61 cm.

No comments:

Post a Comment

IKLAN UNTUK ANDA