Monday, July 11, 2011

Hinakah Aku sebagai BUDAK GEMUK

Aku melihat wajah ku di cermin.... tanpa seutas benang tersalut di sekujur tubuh yang selalu menjadi bahan hinaan dan jugak bahan lawak orang yang tak pernah mengerti erti sebuah kehidupan sebagai BUDAK GEMUK!!!.... .aku kesian melihat sekujur tubuh ini.... fikiran ku melayang memikirkan sampai bila tubuh ini perlu dihina dan dicaci?

Apa salah aku? dosa kan aku menjadi gemuk? susah ke meraka kalau aku gemuk? pernah kan aku mintak makan dan minum dari mereka? pernah kan aku mintak dilahirkan sebagai wanita gemuk?... Patut kah aku menyalah abah aku kerana membiarkan aku begini... tapi..... aku juga salah.. salah kerana cepat berputus asa... Aku telah cuba berdiet acapan kali.... tapi aku berakhir dengan kecundangan. ....

Tayangan filem di TV sering membuat kan aku tersinggung dan acap kali menyebabkan aku mengalirkan air mata... Orag gemuk sering disuakan dengan kuat makan yang melampau.... tak tahu malu... dan sering di perkotak katik kan seperti badut bodoh...  sehingga ada filem yang menanyangkan seorg pelakon gemuk yg terpaksa diangkat mengunakan crane gara2 terjatuh di tongkang?... . dimana agak nya pendirian pelakon itu? membiarkan diri di malukan.... dan yg paling teruk... kami warga gemuk merasakan lakonan itu melampau dan memalukan kan kami.... bukan itu sahaja, banyak jugak watak2 pelakon gemuk dijadikan betul2 bahan lawak, apabila ada sesetengah adegan tuh menayang kan kerusi patah dan jugak bagaimana hina nya bila perempuan gemuk tuh berminat dgn lelaki normal.....

Aku adalah anak perempuan tunggal dari sebuah keluarga kecil. Mak aku berketurunan pakistan.... memang terkenal dengan tubuh yang gempal, tinggi dan besar. Bapaku pulak seorang lelaki bertubuh kecil. Ibuku masa muda nya cantik dan lansing.... setelah melahirkan 4 orang anak, baru lah tubuh ibuku menjadi berisi...

Dari kecil.... zaman bersekolah.. ... zaman kerja.... aku masih dijadikan bahan hinaan, bahan lawak dan kadang2 aku merasakan aku seperti badut bergerak. Segala tingkah dan laku aku dijadikan perhatian... Semuanya jadi lawak bagi mereka yang mengerti erti kesakitan... Mereka gembira dengan kesedihan aku... kadang2 lawak mereka seperti mendorong aku mahu meninggal kan dunia ini secepat mungkin... Aku trauma, sehingga kadang2 aku mula terpikir untuk tidak berkawan dan bersosial... kerana aku tak tahan dengan padahnya.... ..

Aku adalah manusia biasa yang punya perasaan dan naluri seperti org lain. Pernah org lain berfikir aper perasaan mereka kalau meraka berada ditempat aku..... Kalau bercakap pasal lelaki.... lebih memalukan... .. perasaan ku sering menjadi hinaan dan lawak mereka. Ada yang sanggup mengatakan aku tak ukur baju pada badan sendiri. Salah ker sekiranya aku berminat dengan makluk ciptaan Allah yang bernama lelaki? Aku tak pernah minta untuk dibalas rasa cinta. Kerana aku tahu aku memang tak layak untuk menerima CINTA dari seorang lelaki. Lelaki mana lah yang sanggup berteman kan perempuan gemuk seperti aku....sekarang aku sudah akur dengan takdir ilahi pada aku. Aku telah membuang jauh perasaan aku.....

Dulu selalu aku dipermainkan. Acapkali aku menerima panggil dari entah mana2 lelaki mahu berkenalan.. . aku jadi binggong... tapi aku masih melayan mereaka dengan baik kerana bagiku yang penting ialah kejujuran. Aku akan berkata pada meraka bagaiman rupa paras ku yang sebenar... dan meraka pun akan memberikan kata2 manis yang rupa paras bukan ukuran.... aku diajak keluar untuk berjumpa.... hari pertama perjumpaan ajer, aku sudah dilayan seperti sampah... aku tak diajak berborak, malah kawan ku pulak yang jadi teman berbual nya... selepas tuh, dia akan berbisik dengan kawan2 dia dan gelak2 dihadapan aku... kemudian aku dihantar pulang.... dan selepas itu pasti... ianya adalah perjumpaan kali terakhir dan tiada lagi panggilan telepon.....

Pernah suatu ketika dahulu, masa aku mula2 masuk kerja... aku terima panggilan dari site, menyatakan niatnya nak berkenalan dengan aku.... dari belakang aku boleh mendengar suara2 mereka yag sedang gelak2.... aku tanya kan pada dia, pernah jumpa aku ker.... dia cakap tak pernah, tapi difahamkan aku nih boleh tahan org nya.... aku katakan pada nya yang dia telah ditipu org kawan2 nya kerana aku bukan sepertimana yang digambarkan pada dia. 

Keesokan harinya dia dtg ke opis nak berjumpa dengan aku....  aku tampil dan dia agak terkejut... kemudiaan aku pretand like notting happen.... aku minta diri sebab byk keje... dan dia pun beredar dengan kawan nya.... melangkah keluar dari opis aku... lantas kedengar suara mereka sedang tergelak.... kebetulan pada masa yg sama aku pun mahu turun kebawah berjumpa boss aku ingin mengambil document... aku dari belakang dengar dengan jelas " aku ingatkan intan... tapi gozilla...hhahahah. .. sebijik macam dugong... hahahah"  memang **** lah korang kene kan aku cukup2... mati aku kalau dia carik aku lagi lepas nih....." kata2 tuh masih segar diingatan aku samapai sekarang. Aku tak pernah mintak mereka suka pada aku... dan aku jugak tak pernah mintak meraka berkenalan dengan aku.... tapi kenapa aku diperlakukan sedemikian rupa....

Aku baik dengan org aku diakatanya syok dengan lelaki tuh. Aku sering disalah anggap.... kadang2 aku jadi keliru.... Aku sentiasa ingat pesan MAK, biar muka buruk asal kan perangai baik. Itu pasal aku baik dengan suma org. Dan suma org baik didepan aku, dibelakang aku, aku dijadikan bahan gelak. itu pasal aku benci gathering dan function. Sebab sudah pasti aku akan dijadikan bahan ketawa.....

Pernah suatu hati aku terima satu panggilan telepon yang agak menguris perasaan aku. "wei perempuan, engko nih sedar diri lah sikit, jangan suka2 cakap kat org yg ko tuh suka kat aku... aku nih tak berminat dengan dugong macam engko nih, bersepah lagi perempuan kat luar tuh.... engko tahu tak org dah perli2 aku pasal engko. Engko yang syok sendiri kenapa pulak aku yg jadi bahan perlian org......cermin diri engko baik2 tau..." tup talian ditutup... aku kebinggungan. ... aper sume nih? Masih segar lagi pangillan tuh ditelinga aku. Bagaimana aku dihina dan kedengaran dengan jelas suara org dibelakang yg sedang gelak2 kan aku.....

Terlalu byk bende pahit dalam hidup ku.... banyak sangat.... Aku boleh dijadikan bahan lawak dalam keadaan aper pun... even about seksual... katil patah lah... kalau kawin ngan aku tak payah beli tilam lah.... banayak air lah... banjir lah.... macam2 lah.... sume nya bahan lawak pada mereka.....

sampai bila aku perlu lalui suma ini........aku sedih dengan sekujur tubuh yang tidak berdosa nih..... Adakah aku ditakdir kan begini? adakah aku tak layak tuk dicintai dan menyintai? Apakah tak de ruang untuk aku didunia nih? .....
SAMPAI BILA........

18 comments:

  1. sabar,,,kita mampu berubah tp hati jgn berubah,,pelan2,pelbagai cara utk kuruskan badan,,,sy cadangkan herbalife,,awak pun dah bekerja,,tentunya mampu membeli produk tersebut,,sy hanya student gemok yg hanya melalui hari2 di universiti dgn ejekan,,mak ayah pun tak kaya sgt,,ingat dah keje baru nak beli produk pelangsingan,,,herbalife ramai kawan2 sy yg mampu telah menggunakannya,,nyata bekesan,,,apapun,,hidup perlu di teruskan,,good luck

    ReplyDelete
  2. sabar ya..biarkanlah apa org nak ckp...mmg sakit, mmg perit..tapi kita tak ada kuasa untuk menutup mulut manusia...badan yang langsing ibarat tuan puteri, siapa yang tak nak?tapi, sekiranya kita gunakan badan yang cun melecun tu hanya untuk memikat lelaki, kan dah salah disisi agama..beruntung juga, kita yg berbadan besar ni...kurang sikit dosa bab2 pergaulan lelaki perempuan...tak apa..kita cuba sediki demi sedikit untuk kuruskan badan, ok?SEMANGAT! :)

    ReplyDelete
  3. org gemuk aku tak kisah la lantak la , tapi aku cukup marah bila orang gemuk naik bas express duduk sebelah aku , lagi kalau tengok dia asyik makan je,

    selalu kita dengar org gemuk bagi tau, aku gemuk bukan sebab makan

    tapi yg aku selalu lihat org gemuk ni makan nye tak tau break


    jadi persoalah jugak pada aku bila mak bapak gemuk. anak pun ikut gemuk , keturunan atau terikut cara mak bapak makan

    fikir lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm je awk tu hensem sngt nk ckp sal gemuk2 ni! Dupang!!I pun body slim xla smpai hti nk hina orng gemuk..orng gemuk lagi mulia dri ko yg suke kutuk2 orng gemuk! Hopefully one day awk akn rsa tmpat orng gemuk nnti amin...:-) Nantikan k? Nk benci2 knon.. Mcm je hensem..kaye ke bluekk!!!

      Delete
  4. Ur Try Diet Atkin i Sarankn ur...usaha k . Buktikn pada mreka yg tubuh besar x slama nya besar.. I pun mcm ur dlu now i da slim n llki muka badak yg hina i dlu.. Da mcm badak je trkjar2 ngn i.. Try k??research kt google diet Atkins..:-):-):-):-)

    ReplyDelete
  5. sabar dikk... setiap masalah ade jalan penyelesaian ... dan ada hikmah disebaliknye ....meh singgah blog akak http://chabeautyandhealthstore.blogspot.com/ ... maybe jumpa jalan penyelesaianye ... :)

    ReplyDelete
  6. sabarr!! sy paham sbb sy pun gemuk

    ReplyDelete
  7. lumrah manusia awak. mana yang cantik dipuji mana yang buruk dihina. yang kurus disayangi dan yang gemuk di hina. yang penting apa pendapat awak tentang diri awak. kalau awak set mind yang awak cantik,cantiklah awak. Begitu juga sebaliknya. Ciptaan Allah semua cantik2 berlaka, hanya manusia yang memandai2 meng-kategori sesuka hati mereka. memang bukan senang sebab saya bukan ditempat awak, tapi saya di sini hanya mampu memberi pendapat dan sokongan kepada awak. tapi apa yang penting bagi saya adalah kesihatan yang baik. kalau kurus sihat tu lebih baik, banyakkan ber-exercise n banyak minum air masak. slow2..nanti turun lah :)

    dari kawan alam maya awak :)

    ReplyDelete
  8. Sabar ya....... sedangkan sy yg hanya bbadan gempal ni sgt2 rasa terhina dan anggap dunia ni kejam sgt2..... sy faham prasaan awak....sbr ya.....

    ReplyDelete
  9. Yang penting peribadi & akhlak cantik mesti akan nampak cantik tak kira macam mana sekalipun bentuk fizikal.

    Kurus untuk lebih sihat dan ringan nak bergerak.

    Jemput datang blog saya. :)

    http://pearlvta.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Yang penting peribadi & akhlak cantik mesti akan nampak cantik tak kira macam mana sekalipun bentuk fizikal.

    Kurus untuk lebih sihat dan ringan nak bergerak.

    Jemput datang blog saya. :)

    http://pearlvta.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Kesiannya sis. Saya ada ramai kawan yg agak berisi, tapi diorang semua periang. Mana tahu entah2 didalam pun begitu juga.

    Sis cuba tgk sini.. www.noweveryonecankurus.blogspot.com/

    Jgn biarkan diri sis dibuli lagi. Kami yang baca ni pun rasa geram!

    ReplyDelete
  12. Yea yea kau gomok yea yea kau gomok.hahahahahahahahaha....

    ReplyDelete
  13. Gemuk salah kurus pun salah .nilah manusia zaman sekarang. Semua nak perfect kat mata dia sedangkan diri sendiri pun tak kemana jugak. Awak tengok the bright side dalam life awak. Awak dah ada kerja. Yap, ade orang menganggur so dekat situ awak dah lebih dari orang lain. Atleast orang gemuk ni selamat dari mata mata lelaki yang bernafsu! Kalau badan ramping tapi hanyalah jadi santapan mata buat apa. Bila kurus ,cakap rangka bergerak pulak. haih, biarlah. Apa apa pun teruskan hidup dengan happy! Awak kan ada family!

    ReplyDelete
  14. Sedihnya kisah awak .. awk kuat ya . Buktikan kat dorang , gemuk bukan satu penghinaan. jd diri sendiri . suatu hari nnti , mesti ada yg dtg pada awak dan terima awak seadanya ..
    #gemukiscute ��

    ReplyDelete
  15. Entry ni tahun 2011 kan kalau x silap. Benda pertama yg saya fikir masa baca ialah mesti susah dugaan awak terpaksa berdepan situasi ni pd tahun tu. 2017 pon masih ada si comel yg dihina tapi kbykan org mindanya dah lebih terbuka dan mula fikir kalau badan cantik tapi bahasa lahanat x guna juga. Saya juga si gemuk dengan berat 120kg dan sy faham apa yg awk lalui. Saya rasa apa yg awak rasa. Tapi jgn rendah diri dulu, gemuk atau tak kita masih manusia. Kurus bukan kelebihan dan gemuk bukan kekurangan. Perihal jodoh pulak, biar Allah yg tentukan. Lelaki yg baik dan ikhlas sygkan awak xkn nmpak kekurangan kita sbg penghalang. Dia akan buat awak rasa dihargai. Apa sangatlah saiz badan kita nk dibandingkan kasih syg dia yg besar tu kan. Saya doakan awk bahagia ok. Gemuk atau kurus x menjamin kesenangan hidup kita. Awak beruntung dah bekerja. Ada duit sendiri boleh kumpul harta sendiri. Lg satu sy nk kongsi dr pngalaman saya, semakin tinggi pelajaran seseorang semakin halus budi bahasanya. Sy bekas pelajar sekolah biasa dn kbyakan rakan bukan pelajar cemerlang dan sikap juga buruk terhadap cikgu etc . Setiap kali sy terjumpa mereka slps hbis skolah mreka selalu usik kegemukan saya mcm merela diorang x pnh nampak org gemuk pulak. Tapi bila saya dah masuk universiti org2 nya lebih menerima. Mereka layan sy sama mcm org lain. Satu penghinaan pon sy x pnh terima dan salah seorang rakan saya merupakan siswazah dr universiti luar negara. Dia sungguh berbudi bahasa. Saya dilayan seperti wanita lain. Bahkan lebih lembut dr rakan lelaki yg sy ada. Maka saya katakan, awak cubalah cari kelompok. Yg seperti ini agar kitaran awak beraura positif. Jgn risau, org gemuk pon ada tempat di dunia ni. Hargai diri awak ok? Abaikan lelaki2 longkang yg hina org gemuk tu.

    ReplyDelete
  16. saya pon gemuk..pernah cecah 103 kg...sekarang 93 kg..sbb sampai satu tahap kenapa aku nak seksa diri dengan kegemukan sendiri. nak bererak susah tengok diri sendiri kat cermin rasa buruknya gemuk..paling takut kalau2 mati dalam keadaan gemuk..pk camana susahnya nanti orang nak uruskan jenazah kita..dari situ la saya mula diet n exercise..marilah kita ubah diri kita bukan untuk orang lain tapi untk kita sendiri

    ReplyDelete

IKLAN UNTUK ANDA