Sunday, May 8, 2011

Tahukah anda berapa PENDAPATAN yang di raih oleh Dato Lee Chong Wei???

Tak payah nak bagi kenal lah sape mamat ni kan... kalau korang tak tahu, aku pun tak tahu lah nak cakap ape.. hahahahhaha.. korang mesti tepikir berapa lah duit mamat ni ada?? men badminton sah2 selaru juara.. selalu gak lah, sebab ratu badminton China Pon Dan aikss silap Lin Dan malas nak join tournament2x ni... 

korang selidik jer lah betul ker tak artikel ni, tak caya sudah:-



TAHUKAH anda jaguh badminton, Lee Chong Wei adalah atlit terkaya Malaysia dengan pendapatan antara RM2 juta hingga RM3 juta, tahun lalu.

Walaupun pendapatannya itu tidak sehebat Tiger Woods yang muncul atlit dunia yang memperoleh pendapatan tertinggi 53 juta euro (RM222.6 juta), tetapi jumlah yang diraihnya itu berbaloi dengan pengorbanan dan kerja kerasnya selama ini. 

Bagaimana Chong Wei mengumpul pendapatan sebanyak itu? Ia diperoleh berdasarkan sembilan kejohanan antarabangsa yang dimenangi, selain pingat emas Sukan Komanwel dan perak Sukan Asia, yang membolehkannya mengumpul hampir RM700,000.
Jumlah itu belum termasuk elaun latihan RM4,000 sebulan, elaun ranking pemain nombor satu dunia RM15,000 sebulan, elaun program Road To London, bonus kemenangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pencen RM3,000 sebulan hasil meraih perak di Sukan Olimpik 2008.

Jumlah itu juga belum termasuk pendapatan daripada penajaan yang diterimanya dengan kontrak tertinggi daripada Yonex, Maxis, Samsung, Kaspersky, 100plus dan Astro Arena yang membolehkan ‘nilai’ Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta.

Setakat lima kejohanan tahun ini - Grand Prix Master Final, Terbuka Malaysia, Korea, Seluruh England dan Terbuka India - pemain nombor satu dunia itu sudah memungut koleksi hadiah kemenangan hampir RM500,000.

Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong tidak menafikan anggaran pendapatan Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta, tetapi tidak mempunyai angka yang tepat.
“Kita hanya tahu jumlah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) yang dimenangi atlit, tetapi berapa nilai tajaan yang diterima mereka, kita tidak mempunyai maklumat kerana penaja terus berurusan dengan atlit tanpa melalu kita,” katanya.



No comments:

Post a Comment

IKLAN UNTUK ANDA