Mereka juga dapat mencari pembangkang dalam pasukan musuh dan mempengaruhi mereka untuk membelot. Dalam masa krisis, perisik  juga boleh digunakan untuk mencuri teknologi dan mengsabotaj musuh dalam pelbagai cara. Selama berabad-abad lamanya wanita telah mempergunakan kelebihan mereka mereka dalam perisikan. Perisik-perisik yang disenaraikan disini adalah 7 perisik yang terdiri daripada wanita-wanita cantik yang terkenal di dunia. Jom Tengok.. 









1. MATA HARI (7 August 1876, Leeuwarden – 15 October 1917, Vincennes)




Wanita yang jelita ini merupakan seorang Ejen rahsia atau pengintip. Kisah hidupnya penuh liku dan pernah difilemkan dalam pelbagai versi, dari Mata Hari (1931), yang dibintangi oleh Greta Garbo, MataHari, Agent H21 (1964) versi Perancis oleh Jeanne Moreau, dan Mata Hari versi ketiga (1985). Mata Hari bukanlah nama asli perisik berdarah campuran Belanda-Jawa ini.
Dilahirkan di Belanda pada 7 Ogos 1876, nama asal Mata Hari ialah Margaretha Gertruida Zelle. Namun nama ini telah diubah kepada Mata Hari kerana beliau menginginkan kehidupan baru, sama dengan maksud “matahari” iaitu membuka lembaran baru dalam kehidupan.
Kisah hidup wanita yang berkahwin pada usia 18 tahun ini memang cukup menarik. Beliau pernah dibuang sekolah guru gara-gara berskandal dengan pengetua di sekolahnya. Anak lelakinya telah mati akibat keracunan dan beliau bercerai pada tahun 1906 dengan suaminya, seorang angkatan laut Belanda yang berusia 20 tahun lebih tua daripadanya. Sebelum terjun ke dunia perisikan, wanita yang memiliki kod rahsia H21 ini telah mempunyai kerjaya sebagai penari eksotik di Paris.
Dengan kemahiran tarian erotik yang dipelajari di India dan daya penariknya yang tinggi, beliau menjadi terkenal di mana-mana. Tidak hairanlah bila kemudian tawaran menari datang mencurah-curah dari kota kota besar di Eropah hingga ke Mesir. Keadaan inilah yang kemudian menyeretnya ke dalam dunia perisikan. Ketika menjadi penari bogel di Berlin, ejen rahsia Jerman merekrutnya.
Mata Hari kemudian sering berkelana baik di kota dan negeri-negeri kecil. Rekodnya yang sentiasa merantau dari satu negara ke negara lain membolehkan beliau bebas ke mana saja. Beliau tidak mempunyai kesulitan untuk menyusup, termasuk ketika Perang Dunia Pertama. Beliau menjalin hubungan cinta dengan ramai orang penting dan pernah ditawarkan sebagai perisik Perancis dengan tawaran 1 juta Franc pada saat itu.
Ejen rahsia Inggeris, MI5 mulai curiga dengan kegiatan Mata Hari lalu menyoal siasatnya. Namun dia tidak mampu memaksa Mata Hari untuk membuka mulut. Berkali-kali soal siasat dilakukan, namun hasilnya tetap gagal. Sehinggalah akhirnya ejen rahsia Perancis berjaya menangkap dan menyoal siasatnya ketika dia dalam perjalanan ke Perancis untuk mengunjungi salah seorang kekasihnya.
Ejen rahsia Perancis menangkap Mata Hari kerana yakin bahawa beliau adalah “Perisik Wanita Teragung” yang mesti bertanggungjawab keatas kematian beribu-ribu tentera akibat risikan yang diberikannya. Mata Hari kemudiannya diadili di pengadilan perang dan dihukum tembak sampai mati pada 15 Oktober 1917. Namun begitu, ramai yang mempersoalkan hukuman mati yang dilakukan kepada Mata Hari disebabkan statusnya sebagai perisik bermuka dua yang masih diperdebatkan. Namun hingga ke hari ini nama Mata Hari tetap tercatat sebagai ejen perisik wanita yang paling terkenal dalam catatan sejarah.



2. ANNA CHAPMAN (Dilahirkan pada 23 February 1982)




Anna Chapman seorang model terkenal dari Russia yang mendapat kerakyatan British tetapi menetap di AS telah diusir keluar dari AS kerana didapati bersalah mencuri info dari kerajaan AS untuk diberikan kepada kerajaan Rusia. Dengan kata lain Anna ni adalah merupakan perisik Rusia.
Anna Chapman bersama 9 orang lain yang disyaki perisik Rusia telah dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan Manhattan  dan telah dijatuhkan hukuman pengusiran keluar dari AS. AnnaChapman ataus dikenali sebagai ‘ Lady in Red’ telah mengaku bersalah diatas pertuduhan tersebut dan dijatuhkan hukuman penghantaran pulang ke Rusia dan sebagai pertukaran terhadap 4 ejen AS yang ditahan di Rusia. Anna juga seorang yang genius kerana telah mempunyai Master dalam bidang Ekonomi walaupun masih muda. Anna juga mempunyai bisnes sendiri iaitu Real Estate secara online dan dilaporkan mempunyai aset bernilai US$2 billion.
Kerajaan British telah melucutkan hak kerakyatan Anna setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Beliau yang telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan British memperolehi kerakyatannya pada tahun 2004.




3. NANCY WAKE (Dilahirkan pada 30 Ogos 1912)



Beliau dilantik sebagai ejen Inggeris ketika pada akhir Perang Dunia II. Beliau menjadi pemimpin kepada kumpulan Maquis iaitu Puak Pembebasan Perancis dan menjadi salah seorang pejuang wanita yang mendapat pengiktirafan tertinggi Tentera Bersekutu. Dilahirkan di Roseneath, Wellington, New Zealand, keluarganya kemudian berpindah ke Sydney, Australia pada tahun 1914. Beliau menjadi anak bongsu yang paling berdikari daripada enam orang adik beradik walaupun baru berusia 6 tahun. Kemudian, ayahnya meninggalkan keluarganya untuk kembali ke New Zealand, dan meninggalkan ibunya sendirian untuk membesarkan anak-anak. Kemudian pada tahun 1939, Nancy bertemu Pengurus Industrialis Perancis, Henri Edmond Fiocca, dan kemudiannya mereka berkahwin pada tarikh 30 November.
Dia tinggal di Marseille, Perancis ketika Jerman mula melancarkan peperangan. Setelah kejatuhan Perancis, beliau menjadi seorang penyampai maklumat kepada Puak Pembebasan Perancis dan kemudian bergabung dengan rangkaian melarikan diri yang diketuai Kapten Ian Garrow. Gestapo menggelarnya “Tikus Putih”. Pada tahun 1943, beliau menjadi orang yang paling dikehendaki Gestapo, dengan nilai harga 5 juta Franc untuk kepalanya.
Dari April tahun 1944 hingga kepada pembebasan lengkap Perancis, beliau bersama 7,000 pejuang Masquis menentang 22,000 tentera SS yang menyebabkan 1,400 tentera SS terbunuh manakala hanya 100 dari pihak Maquis sahaja yang terbunuh. Teman seperjuangan, terutamanya Henri Tardivat memuji semangat berjuang dan keberanian Nancy. Selepas perang, beliau menerima pingat George, pingat United States Presidential Medal of Freedom , M├ędaille de la R├ęsistance dan tiga kali mendapat pingat Croix de Guerre. Walaubagaimanapun beliau tidak diberikan sebarang dekorasi oleh negara Australia.
Yang menyedihkan,Gestapo telah menyeksa suaminya sampai mati pada tahun 1943 kerana enggan mendedahkan kewujudan Nancy. Setelah tamat perang, beliau berkerja untuk Jabatan Perisikan di British Air Ministry yang terletak di kedutaan Paris dan Prague. Setelah berkahwin dengan John Forward pada tahun 1957, beliau kemudiannya kembali ke Australia.

4. MARGARET KEMBLE GAGE (1734-1824)





Beliau merupakan isteri kepada Jeneral Thomas Gage, yang memimpin tentera Inggeris ketikaPerang Revolusi Amerika, dan dikatakan adalah pengintip kepada suaminya sendiri kerana simpati terhadap puak revolusi. Beliau dilahirkan di New Brunswick, New Jersey dan tinggal di Brunswick Township Timur.
Teks sejarah, terutamanya Paul Revere’s Ride menunjukkan bahawa beliau memberi Joseph Warren maklumat mengenai strategi serangan Thomas Gage di Lexington dan Concord. Semua bukti menunjukkan bahawa pemberi maklumat kepada Dr Warren memang adalah Margaret Kemble Gage, seorang wanita yang terpaksa membahagikan kesetiaan terhadap suami atau tanah tumpah darahnya. Akibatnya, Gage dihantar ke Inggeris dengan kapal Nancy Charming atas perintah suaminya pada musim panas 1775.



5. JOSEPHINE BAKER (June 3, 1906 – April 12, 1975)




Beliau merupakan seorang penari Perancis kelahiran Amerika, penyanyi, dan pelakon. Dikenali sebagai “Silver Venus”, ”Black Pearl”, dan “Kreol Dewi” di negara-negara Anglophone. Baker adalah perempuan Amerika pertama Afrika yang telah membintangi sebuah filem besar dan yang telah mengintegrasikan sebuah ruangan konsert di Amerika, beliau menjadi penghibur yang terkenal di dunia. Beliau juga terkenal kerana sumbangannya  keatas Gerakan Hak Sivil di Amerika Syarikat untuk membantu Puak Pembebasan Perancis semasa Perang Dunia Kedua.
Beliau menjadi wanita Amerika pertama yang menerima pingat penghormatan tentera Perancis, Croix de Guerre. Beliau pernah ditawarkan sebagai pemimpin rasmi gerakan oleh Coretta Scott King pada tahun 1968 selepas pembunuhan Martin Luther King Jr, namun beliau menolaknya.



6. VIOLETTE SZABO (26 June 1921 – 5 February 1945)


Beliau merupakan salah seorang ejen rahsia Inggeris ketika Perang Dunia Kedua. Beliau dilahirkan di Violette Reine Elizabeth Bushell di Paris, Perancis pada 26 Jun 1921. Merupakan anak kedua daripada seorang ibu berbangsa Perancis dan seorang ayah berketurunan Inggeris yang berkerja sebagai pemandu teksi yang telah bertemu jodoh semasa Perang Dunia Pertama. Keluarganya berpindah ke London dan dia belajar di sekolah di Brixton sehingga berumur 14 tahun. Pada awal Perang Dunia Kedua, dia bekerja di Department Store Bon Marche di Brixton di kaunter minyak wangi. Violette bertemu Etienne Szabo, seorang pegawai Perancis berketurunan Hungary, pada Hari Parade Bastille di London pada tahun 1940.
Mereka berkahwin pada 21 Ogos 1940. Violette ketika itu berusia 19, Etienne  pula 31. Tidak lama kemudian selepas kelahiran anak tunggal mereka, Tania, Etienne meninggal dunia akibat luka parah di dada ketika berlaku Pertempuran di El Alamein pada bulan Oktober 1942. Suaminya itu masih belum sempat untuk melihat anaknya. Kematian Etienne membuatkan Violette bersemangat untuk menyertai Auxiliary Territorial Service pada tahun 1941. dan beliau membuat keputusan untuk menawarkan perkhidmatannya kepada British Special Operational Executive (SEO).
Violette Szabo telah ditangkap dan dibunuh oleh pihak tentera Nazi pada sekitar tarikh 5 Februari 1945  di Kem Nazi Concentration dan tubuhnya dibuang ke dalam krematorium. Dia baru berusia 23 tahun pada ketika itu.



7. LIU HULAN (1932–1947)




Dia merupakan seorang perisik, perempuan muda yang cantik semasa Perang Sivil China diantara pihak Kuomintang dan Parti Komunis. Beliau dilahirkan di desa Yunzhouxi, di negeri Wenshui, wilayah Shanxi. Beliau bergabung dengan Parti Komunis pada tahun1946 dan kemudiannya bergabung dengan persatuan wanita yang terlibat bekerja dalam menyokong Tentera Pembebasan. Beliau terlibat secara aktif  dalam menyusun pergerakan rakyat-rakyat Yunzhouxi untuk menyokong Parti Komunis China.
Sumbangannya melibatkan pelbagai kegiatan seperti membekalkan makanan ke pihak Tentera Pembebasan Kelapan, menyampaikan mesej rahsia, dan merekabentuk kasut but dan seragam. Kehidupan dan kematian Liu Hulan telah menjadi simbol keberanian rakyat China, dan sering dijadikan teladan  kesetiaan mereka kepada Komunisme.
Kisahnya sering dijadikan sebagai sebuah penghormatan terhadap perjuangan dan pengorbanan yang telah dibuatnya, yang membolehkan China bebas berabad-abad lamanya daripada pemerintahan oleh kuasa asing.