Friday, March 18, 2011

Di Hina Kerana Nak Bertudung Oleh Bapa Sendiri.

Terkedu apabila aku membuka email hari ni. Nampak jer tajuk email tu membuatkan aku terdetik untuk membaca email tersebut yang ber tajuk "Di Hina Kerana Nak Bertudung Oleh Bapa Sendiri". Ni Email aku dapat daripada seorang Hamba Allah, nama dia Hafizah yang sedih kerana sikap ayah dia yang menegah dan menghalangnya daripada bertudung. Ntah di mana silapnya, smoga ceta ni menjadi iktibar untuk kita semua. Kalau nak bertudung tu biarlah kena ikhlas, bukan kerana fesyen2 terbaru atau buat kerana nak meng"USHA" seseorang atau yang sewaktu dengannya... 

INGAT YANG PENTING NIAT TU BILA NAK BERTUDUNG!!!

Ceritanya bgini....
Nama I, Hafizah. I adalah anak bongsu dalam keluarga I. Kalau you all biasa layan dramas, mesti you all akan kata anak bongsu paling best sebab dapat paling banyak kasih sayang. Tapi I tak. I lain. I tak pernah pun mendapat kasih sayang. Mak I meninggal sejak kecil. Daddy I pula selalu sibuk dengan kerja di penjabat. Adik beradik I pun semua buat hal masing-masig. So, I umpama tak berguna kepada keluarga I.

Actually, masalah yang I alami agak berat kerana Daddy I tak kasi I pakai tudung. I tak tahu kenapa. Mungkin kerana adik beradik I semuanya tak bertudung kot. Daddy I juga tak pernah ambil tahu akan perasaan I untuk bertudung. Daddy I tak concern kat I langsung. Dah la tak concern, hormat kat I pun tak.

I ingat lagi hari tu. Masa tu I tengah mandi. Daddy I tertingal dia punya spect mata kat dalam tandas tempat I mandi. So dia ketuk-ketuk pintu. I tak dengar sebab masa tu I tengah nyanyi. So, Daddy I ketuk sampai lock tu terbuka sendiri. I terkejut. I capai tuala untuk tutup badan I. Tapi I sempat tutup bahagian bawah je. Daddy I pulak dengan selamba je masuk. Dia amik spect mata dia dan blah sambil berkata "Eleh, macam la orang nak tengok sangat". Tapi I tau dia curi-curi tengok. I tau. Isk.

Pastu. Ada sekali tu, I nak mandi. So I masuk la dalam tandas. I ingatkan tak ada orang dalam tandas. Tapi rupa-rupanya ada anak kawan adik beradik I dalam tu. Dia baru lepas tumpang mandi. Lelaki. Hanya bertuala pulak tu. Ewww. Tak tahu malu langsung. Tak tahu ke dia yang iman I tergugat melihat dia topless?

Then sejak itu. I nekad untuk berubah. I nak tunjukkan kat mereka yang I ada maruah dan mereka perlu hormati I. I nak pakai tudung walaupun semua adik-beradik I tak bertudung. I tak kira. Kubur masing-masing kata En Syahidi.

Pagi tu. Cuaca amat indah. Tapi perut I lapar. I turun ke bawah. Baru jea I nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. I jenguk melalui tingkap dan nampak Daddy balik. 

I agak pelik dan tertanya-tanya kenapa Daddy balik awal. Dan dalam masa yang sama, I terfikir yang inilah masa yang terbaik untuk I desak Daddy I untuk benarkan I pakai tudung. Now or never!

Bila Daddy I buka jea pintu, I terus bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, I kata, "Daddy, Hafizah nak pakai tudung boleh tak? Boleh tak? Boleh kan? Boleh kan? Boleh laa"


Bila dengar je apa yang I cakap, Daddy I terus jegil kan mata dia sebesar besarnya. Macam ada api keluar. Tiba-tiba, "Panggg!" Tapak tangan Daddy I menghayun ke pipi gebu I. I terus jatuh. Manik-manik mutiara, berlian, permata dan kaca bertalu-talu menitik keluar dari mata I. Sakit aw.

Adik-beradik I yang lain hanya tersenyum sinis je. Kejam.


"Aduhhhhhhh! Sampai hati Daddy! Hafizah tau la Daddy rasa malu kalau Hafizah pakai tudung. Tapi salah ke kalau Hafizah nak tutup aurat Hafizah? Lagi pun Hafizah...."

Panggggg....! Daddy labuh pelempang ke muka I sekali lagi sebelum I abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi Daddy malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Besar kecik besar kecik je Daddy tengok hang! Lagi pun Daddy....!"

"Tak kira!" I membalas sebelum Daddy sempat sambung ayat dia. "Hafizah nak pakai tudung juga! Hafizah tau apa yang terbaik untuk Hafizah. Hafizah..." Belum sempat I nak habiskan ayat I, "Panggg!" Sekali lagi I kena pelempang.
  

"Hafizah? Hafizah your head! Daddy boh hang nama Hafiz. Tup tup lekat Hafizah apahal?! Hang nak pakai tudung buat apa? Dah 100 kali Daddy habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG. Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng. Adik beradik hang semua lelaki tulen. Yang hang separuh tulen apa cer?

I yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang, kena maki. Tudung pulak tak dapat.





15 comments:

  1. huhu..
    bguslah ctr nie..
    ahakkk..
    heeee..

    ReplyDelete
  2. patot ar bapa dia tak bagi... hehehehe :P

    ReplyDelete
  3. adoi .. hahahahah

    ReplyDelete
  4. hahahahah! sot... ;p

    ReplyDelete
  5. hehehe..nipun lawak ... apapun, i likes ur blog abang MulutBisul ... teruskan...mau tanya something, ble?

    ReplyDelete
  6. thanx... nak tanya ape ni?? bolehh jer...

    ReplyDelete
  7. wlcm... mmmm... napa nama abg MULUT BISUL? apa maknanya..? nama pena abg pelik tp unik? adakah sebb mulut abg ada bisul ni? hehehehe..:p

    ReplyDelete
  8. haahhaha... kata org buat nama yang pelik, senang org lain nak ingat nanti.. betul kan??? hehehhehehe... thanx yer for support this blog... heheheheh

    ReplyDelete
  9. oooo.. gitu.. nice name bro.. u r welcome syam..:)

    ReplyDelete
  10. I respect u bro. Keep up with the interesting weird funny article.

    ReplyDelete
  11. ces..ces...dan ces....hahahha....

    ReplyDelete
  12. ok its really funny!!! hhahaha mulut bisul ni mesti byk ulser kat mulut kan.hehehe cpt2 taruk bonjella.

    ReplyDelete

IKLAN UNTUK ANDA