entry kali ni biar lah aku ceta sket pasal diri aku plak... Hari2 nak cari bahan pun susah gak, dah lah assignment berlambak lambak, tapi yang penting aku kne update blog dulu. duit tu baiii... hahhahahahha....
memang susah nak cakap slang org semenanjung ni, lagik2 bila aku ni 1st time bergaul ngan orang2 semenanjung. Yup, sebenarnya saya ni orang sabah, yang masanya selama 20 tahun bergaul dengan orang2 sabah sahaja, dan bila aku dah blajar kat semenanjung ni baru aku terkial-kial nak bercakap. Memang tidak banyak beza pun nak bercakap ala2 semenanjung ni, tapi lidah tu keras sangat sampai terkadang-kadang orang ingat aku ni dari Indonesia plak...huhuhuhu...
Selalunya org kat semenanjung bercakap banyak Huruf A ditukar kepada E, contohnyer, mana tukar jadi mane, siapa dah jadi sape... memang ar senang kan nak ubah ayat tu... tapi bila dah part nak cakap tu, ahhhhh... payah sket.. contoh ayat lah nak bagi:-
Ayat Bahasa Malaysia (standard buku)
-awak hendak ke mana??
orang semenanjung
-nak g ane??
sabahan:
-mau pigi mana ko ni??
nahhhhhhh... panjangnya lah bah ayat sabah tu becakap, padahal org semenanjung cakap simple jer, nak g ane???
teringat peristiwa bila 1st time aku blajar kat Melaka,
Masa tu aku masih ingat g, november 24, 2009. Hari aku mendaftar tuk menyambung pengajian for my bachelor degree… seingat aku, aku datang 2 hari awal dan stay di umah aunty ku di subang jaya… pendekkan cerita, aku bertolak ke Melaka di awal pagi daripada shah alam... dalam perjalanan dari shah alam ke Melaka tu otak aku asyik berfikir, macam mana lah keadaan di Melaka tu… best kew?? Takut lah nanti tggal cam di ulu-ulu kan, macam mana lah kawan2 aku nanti di sana, banyak lah dengar cerita2 yang budak2 semenanjung tak sekepala ngan budak sabah… aku asyik berpikir, harap2 budak sabah ramai lah belajar di sana nanti… asyik berfikir tu, tup.. tup.. sekejap jex dah sampai Melaka, rupanya tak jauh pown Melaka ni… turunlah aku kat Melaka Central…
Aku pun terpinga pinga, BAYANGKAN aku sorang2 jak!!! Sudahlah jalan satu haram pun aku tak tahu… pastu aku telepon kolej, sebab nanti ada van kolej datang amek aku di Melaka Central… Org kolej tu kata tggu jex kat bas negeri, nanti dia sampai amek… AKU pun terpinga-pinga, aiksss… bas negeri di mana plak ni??? Sudah lah aku 1st time sampai di Melaka ni, memandai jex suh aku tggu di area bas negeri… mau tak mau aku pun terpaksa lah meringankan mulut bertanya ngan org2 disitu.. Sudahlah 3 beg aku bawa dari Sabah sampai ke Melaka… lenguh badan wooo….
Mau jadikkan cerita, aku pun bertanya lah dengan orang2 di MC tu mana area bas negeri… Sebenarnya aku malu mau bertanya sebab utama, aku kena bercakap ala-ala semenanjung ni.. Aku mana lah reti!!! 1st time plak tu becakap slang semenanjung ngan org… Mau tak mahu, aku pun bertanya lah dengan org2 yang lalu lalang di situ…
Ø
Aku: tumpang tanyer yer, boleh kah bagitau di mane yer tempat.. anuuu pa niii…. (aku tergelak, sebab bahasa aku campur-campur sudah.. sabah + kL)
Ø Akak: ermmm… (trus berjalan meninggalkan aku)
Hahahhaha… aku boleh tergelak masa aku menanya soalan tu.. sah2 aku dibilang gilak!!! (sebenarnya aku memang tak reti cakap cam org kL ni, tu lah aku tergelak). Aku punya bodoh boleh pulak gelak2 masa bertanya area bas negeri tu di mana… pastu aku memang sesat, pak cik van tu balik2 sudah call aku, aku kata ngan pak cik tu aku tggu kat tepi A&W jex, last2 dia jumpa jugak aku akhirnya…
Fuhhhhh… memang kata org, malu bertanya sesat jalan… bukan malu untuk bertanya, masalahnya.. aku ada masalah berkomunikasi dengan org2 semenanjung masa tu… sekarang ni tak payah risau lah.. Expert sudah bahasa semenanjung ku walaupun terlebey lebey sudah kalau bercakap semenanjung kan… hahahahahhaa….
adeh... nda lps jg pktaan 'ANU' tu bah... siap ngn ketawa lae ba... hihihihihi... lucu ko ni shammm... ;p
ReplyDeletehehhehe... tu laitu... 1st time bah becakap lain dari yang lain.. hehehhehe
ReplyDeletehihihi.. nda pa ba.. skg pndi sdh ckp slang urg2 sn kan.. ok la tu.. pengalaman jg tu.. ;]
ReplyDelete-tapii sekarg nii ko lgg xped darii org semnjung kannnn...siap cmpurkan dialek lggg
ReplyDeleteMelaka+N9+Kl+Johor+Kelantan+Tregganu+Kedah...
apa kezzzz....
1Malaysia la katakn.. hihihihi.. ;]
ReplyDelete