Saturday, February 12, 2011

RESEPI COTO MAKASSAR

Coto makassar?? Pernah rasa?? Di Malaysia terutamanya di Sabah, makanan ini tidak asing lagi bagi penduduk di sana. Rahsia keenakan coto makasar ini adalah keunikan rasa kuah nya yang sangat sedap. Kepekatan kuah memainkan peranan yang penting kerana kuah yang cair akan mengurangkan rasa keenakan coto makassar ini. Tahu kah anda cara untuk membuatnya?? di sini saya merungkai rahsia cara untuk membuatnya. Untuk pengetahuan anda, harga semangkuk coto makasar ini adalah RM4.00-5.00.


500 gr daging dan jeroan (organ daging yang tertentu) sapi, bersih dan siap pakai
Air untuk merebus
½ sendok teh garam
4 sendok makan minyak goreng, untuk menumis
3 batang serai, memarkan
2 sendok teh air jeruk nipis
1 sendok makan daun bawang iris
1 sendok makan seledri iris
Bumbu halus :
½ sendok makan ketumbar sangria
¼ sendok teh jintan
1 sendok teh merica
1 cm. lengkuas
3 siung bawang putih
2 sendok teh garam
2 sendok makan kacang tanah kupas, sangrai
Sambal taoco: (untuk sambal)
2 biji ladabesar merah (ikut citarasa anda)
6 biji  lada rawit
4 butir bawang merah
4 sendok makan taoco
2 sendok makan minyak goreng, untuk menumis
100 ml. air
2 sendok gula pasir
Cara Membuat:
1. Rebus daging dan jeroan (organ daging yang tertentu) secara terpisah dalam air secukupnya, bubuhkan garam. Setelah bahan empuk, angkat jeroan, buang kaldu jeroan. Angkat daging dari air perebusnya, lalu ukur kaldu daging sebanyak 1500 ml.
2. Potong-potong daging dan jeroan bentuk dadu ukuran 1 ½ cm, masukkan kembali ke dalam kaldu daging. Jerang diatas api.
3. Panaskan minyak goreng dalam wajan, tumis bumbu halus, masukkan serai, aduk hingga harum, angkat. Masukkan bumbu tumis ke dalam panci kaldu. Didihkan dan masak di atas api hingga kuah tinggal ± 1000 ml. dan bau langu bumbu hilang, angkat atau matikan api. Masukkan air jeruk nipis, aduk.
4. Sambal taoco: gerus cabe, bawang merah hingga halus, masukkan taoco, gerus kasar. Tumis hingga harum, masukkan air dan gula, masak hingga kental, angkat.
5. Penyajian: Taruh coto dalam mangkuk saji beserta daging dan jeroannya. Taburi bawang goreng, daun bawang, dan seledri iris. Hidangkan selagi hangat dengan dengan sambal taoco dan burasa.

1 comment:

IKLAN UNTUK ANDA