Monday, January 31, 2011

Halatuju graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) UniRazak.

Pendidikan merupakan aset penting dalam kehidupan. Justeru itu ramai pelajar memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, institut kemahiran, kolej, politeknik ataupun universiti baik di IPTA ataupun di IPTS.
Baru-baru ini UniRazak telah mengadakan Majlis Konvokesyen ke 10 pada tarikh 30 Oktober 2010 di Pusat Konvenkesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Konvokesyan tersebut menyaksikan seramai 1,753 orang termasuk 74 graduan pasca siswazah menerima ijazah masing-masing dalam majlis konvokesyen tersebut (Berita Harian, 31/10/2010).
Manakala seramai 335 (jumlah dikira dalam buku LIST of Graduates) graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) dalam pelbagai major.
UniRazak menawarkan 6 major dan minor dalam bidang “Language and Literature”, “Matematic”, “Commerce’, “Information Technology ”, Counseling, dan “Economic” . (http://www.unirazak.edu.my/prospective_students/prospective.htm?tr_prog_offer.htm)
Namun agak menyedihkan kerana sehingga beberapa tahun pelajar UniRazak Sarawak tidak mendapat tempat/posting daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Sehingga ke saat ini pelajar UniRazak bersabar menunggu berita mendapat posting ke sekolah-sekolah yang ditetapkan.
Peristiwa menggembirakan adalah posting yang pertama Guru Sandaran Terlatih UniRazak Sarawak ialah pada bulan August 2010. (Kejayaan posting dipaparkan di “The Borneo Post congratulation”)
Namun jumlah yang mendapat posting masih lagi menghampakan graduan lain lebih-lebih lagi bagi graduan Bedu Major dalam Matematik kerana tidak seorang pun yang terpilih dalam “posting” tersebut.
Baru-baru ini laman web Permohonan Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPT Secara Dalam Talian. Pada E-panduan, Universiti Tun Abdul Razak(UNITAR) tersenarai dalam pilihan institusi pengajian. Tetapi, pada ruangan mengisi permohonan, UNITAR tidak tersenarai dalam pilihan.
Ikuti maklum balas salah seorang pelajar UniRazak Pusat Wilayah Sarawak kepada KPM.
Namun besusah payah kebanyakkan pelajar UniRazak menghantar borang permohan seperti yang disarankan pihak MOE membalas dengan menghantar surat mengatakan permohonan e-GST hanya untuk IPTA dan IPG sahaja.
Jika begitu pertanyaan saya secara peribadi, (Maaf jika agak kasar) Bagaimana dengan graduan IPTS seperti UniRazak, UNISEL, OUM, Wawasan Open University, Open University Malaysia, Asian e Univesity (AEU), Program Kerjasama Unitar – Kolej Yayasan Melaka dan IPTS yang lain yang menawarkan Ijazah dalam pendidikan mendapat tempat/posting di sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia? Mengapa pula pihak MOE tidak memberitahu melalui media massa ataupun melalui laman webnya cara-cara permohonan e-GST IPTS adalah sekian-sekian. Ini tidak MOE hanya memberitahu secara perseorangan melalui email maklum maklum balas.
Adakah email maklum balas tersebut hanya memenuhi budaya kerja?
Birokrasi JELAS.Sikap tidak adil serta tidak mengambil tahu/mengabaikan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPTS begitu ketara. (Abaikan jika kurang bersetuju)
Awalnya lawan web MOE memberitahu tiada sebarang pengambilan KPLI pada tahun ini (2010) , tetapi lihatlah sendiri kepincangan dan Birokrasi yang terjadi sehingga MOE mengabaikan bakal guru graduan IPTS. (Abaikan jika kurang bersetuju)
Di sana-sini heboh media memberitakan Malaysia kekurangan guru, kosongan, guru yang ramai, Kekurangan guru Bahasa Inggeris serta berita pembaharuan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran Malaysia bagi memantapkan lagi system Pendidikan Negara. Ya saya mengakui kebenarannya bahkan masih banyak sekolah menerima Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
Berita mengembirakan GSTT boleh dilantik ke jawatan tetap setelah memenuhi syarat-syarat lantikan skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG 41 (Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia). Mengapa tidak memilih dan melatik saja graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) sedangkan mereka berkorban tenaga, usaha dan wang ringgit untuk mendapat Ijazah tersebut?
Saya memohon kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang pernah berkata, kajian khusus mengenai penyerapan GSTT yang sedang dijalankan dan ia dijangka dapat disiapkan dalam masa terdekat supaya melibatkan graduan UniRazak serta IPTS yang dilatih selama 4 tahun untuk mendisplinkan diri, berpengetahuan dan mengalami bidang keguruan. Berita ini saya petik daripada berita Utusan Malaysia bertarikh 21 Oktober 2010 yang mana beliau menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang meminta kementerian menyatakan sama ada wujud dasar menyerap semua GSTT ke jawatan tetap setelah mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).Sementara itu, Mohd. Puad menjelaskan, kementeriannya masih meneruskan program KDC dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) bagi menyerap GSTT ke jawatan tetap.
Agaknya berapa wang ringgit yang telah dilaburkan oleh graduan ini? Jawablah jika anda rakyat Malaysia yang perihatin terhadap graduan ini. Tidak hairanlah saya sehingga kini graduan UniRazak masih belum dapat membayar PTPTN dan sukar mendapat pekerjaan.
Bidang Pendidikan kemanalah hendak mencari simpati? Kenapa tidak menjadi Cikgu? Hanya kami sendiri tahu permasalahannya, sukar untuk kami jelaskan.
Berita yang sangat menyedihkan terdapat beberapa buah sekolah & PPD tidak menerima graduan UniRazak atas alasan mempunyai Ijazah dalam Pendidikan dan akan mendapat posting. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kesabaran dan perasaan kami sehingga ke hari ini. Ibubapa/Penjaga kami juga terlalu mengharapkan kejayaan kami sehingga hari ini masih memberi sokongan kuat untuk kami hidup.
Beikut pula email yang dihantar kepada Prof Dekan oleh salah seorang pelajar UniRazak. (“Email ini dipetik daripada perbincangan tertutup sekumpulan pelajar UniRazak sangat banyak berharap agar isu ini mendapat penyelesaian secara baik melalui kerjasama yang professional”)
Akhir sekali izinkan saya membawa kita merenung kembali Berita Utusan Borneo, 29 September 2010 “UniRazak sentiasa komited menjaga kebajikan penuntut”. Melalui rencana berujukan sumber bernas ini saya memohon maaf jika penulisan saya di blog ini sekiranya tidak wajar dan berkemungkinan keterlaluan lebih-lebih lagi kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE), Pengerusi Eksekutif Pe-ngurusan Dinamik Sdn Bhd Prof. Dr Mornie Kambrie serta warga UniRazak yang bertanggungjawab.
Di atas kesempatan ini juga saya mengucapkan ribuan terima kasih yang ternilai kepadaTuan Hj Marzuki Bin Haji Umi, semua warga kerja UniRazak lebih-lebih lagi kepada tenaga pengajar bermula dari subjek teras, major,minor sehinggalah ke Seminar In Education. Terlalu banyak jasa kalian yang hensem-hensem dan baik-baik mencurahkan Ilmu sehingga kami berjaya. (Tidak perlu saya senaraikan nama, kamu juga tahu hehehe…)
Sehingga kini saya tidak membuat sebarang Aduan ke MOE, ppd berdekatan, warga kerja kampus UniRazak Sarawak, kenalan media serta kenalan penjawat awam yang lain kecuali di blog persendirian saya ini.
Semoga penulisan saya ini mendapat prihatin daripada pihak yang yang bertanggungjawab. Saya juga memohon agar isu ini tidak di politikkan kerana pribadi saya sendiri bersama blog ini adalah memaparkan berita yang mempunyai pelbagai sumber dan kesahihannya adalah melalui rujukan berita yang benar serta mempunyai bukti yang kukuh.
"PENYELESAIAN adalah JAWAPAN" yang terbaik dan jangan sekali menyalahkan kerajaan semata-mata dan cuba mempolitikkan isu-isu ini lebih-lebih lagi memancing undi melalui pilihan raya yang akan datang.
Saya percaya, kerajaan mengambil berat serta berusaha membantu graduan mendapat pekerjaan. Oleh itu melalui rencana ini juga saya memohon agar graduan UniRazak serta graduan IPTS Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang lain dibantu. Mereka sangat-sangat berharap dan menanti. Jika terdapat individu/badan yang menyalahi saya, saya memohon beribu keampuanan dan kemaafan. Apa yang penting bagi saya, bantulah rakan-rakan saya, Ikhlas, dengan rendah hati saya ucapkan Terima Kasih kepada semua pembaca dan secara peribadi turut serta ingin membantu graduan ini. Sekali lagi saya tinggalkan dengan berita ini sebagai renungan kita bersama.
Utusan Borneo, 29 September 2010.
KUCHING: Institut Peng-urusan Dinamik, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) Pusat Wilayah Sarawak komited dalam memelihara kebajikan dan keperluan para penuntutnya, sejajar dengan aspirasinya untuk melahirkan generasi cemerlang.
Pengerusi Eksekutif Pe-ngurusan Dinamik Sdn Bhd Prof. Dr Mornie Kambrie berkata konsep terbuka tersebut yang menjalinkan kerjasama antara pihak pengurusan dengan para penuntut akan membantu menangani gejala negatif dalam kalangan penuntut.
“Mungkin (penuntut) ada yang berjinak dengan pengambilan pil khayal, atau ada yang mengandung dan sebagainya, namun sebagai rakan baik, laporlah kepada kami dan kami akan membantu mereka.
“Melalui kerjasama sebegini, kita akan dapat menangani gejala negatif ini daripada berleluasa dan seterusnya melahirkan ramai graduan yang cemerlang,” katanya berucap sempena majlis ikrar pelajar baru UNIRAZAK, Pusat Wilayah Sarawak di sini semalam.
Sehubungan itu, beliau berkata ramai di kalangan ibu bapa telah menyuarakan keyakinan untuk membenarkan anak-anak mereka menuntut di UNIRAZAK.
Justeru, Mornie memberitahu UNIRAZAK kini telah melahirkan ramai graduan cemerlang, yang kini telah menempa nama di agensi-agensi kerajaan mahupun swasta dengan jawatan yang tinggi.
Sementara itu, majlis ikrar tersebut melibatkan seramai 560 orang penuntut yang telah mendaftar di UNIRAZAK Pusat Wilayah Sarawak.
Dengan itu, menjadikan jumlah penuntut aktif di UNITAR Pusat Wilayah Sarawak pada semester ini melebihi 1,000 orang.
Hadir menyempurnakan perasmian majlis tersebut ialah Naib Presiden (Akademik dan Penyelidikan) UNIRAZAKProf. Dato Dr Mohamed Mah-yuddin.
Rujukan
Kegigihan Hussamuddin diiktiraf, Sinar Harian, 31 Oktober 2010
Hishammuddin terima anugerah, Berita Minggu Nasioanl, 31 Oct 2010
Karnival Kerjaya UniRazak 2010, Harian Metro, 12 Oktober 2010
Buku Senarai Graduan Konvokesyen ke 10 UniRazak 2010
Utusan Borneo, 29 September 2010
GSTT Diserap ke Jawatan Tetap, Utusan Malaysia, 21 Oktober 2010
Email Wahida ke KPM , , 24 June, 2010
Artikel berkaitan ;
10. (http://www.namaberita.com/2010/12/unirazak-berusaha-melahirkan-guru.html )

8 comments:

  1. saya definitely tidak sgt berpuas hati juge dengan perlaksanaan oleh kpm yang mana GSTT diserap sbg guru tetap dg41, hala tuju untuk kite yg terlatih kemana sbenarnya. untuk memohon gst hanya graduan lepasan ipta sahaja yg layak. www.spp.com.my .. kite bagaikan melukut di tepian gantang sedangkan kite juge merupakan quality yg bagus untuk mendidik anak bangsa kite sendiri.

    ReplyDelete
  2. tau tak pew... harap tiada pilih kasih dari pihak kerajaan

    ReplyDelete
  3. klw gitu jd gstt pn ok pe..hehe
    at least xdela menganggur..huhu

    ReplyDelete
  4. menyuarakan perasaan dalam blog pun tak guna...Pokoknya,pihak atasan nak baca ke blog nie??Ada masa ke diorang nak baca blog nie ??
    Kalau korang nak tunjuk feeling kat media massa seperti TV1 ke..TV3 ke...Biasanya masok TV mudah dapat kerja...Tu pun kalau korang berani la ..:-)

    ReplyDelete
  5. a'a la...buktinya,macam kes tahun lepas 2009,sorang pelajar pompuan gemok,yg pada awalnya gagal dalam interview gara2 dia gemok..Pastue,dia pergi jumpa TV3 dan menyuarakan perasaan die kat TV 3 secara show/life plak tue..Baru la pihak Menteri berpusu2 berebut2 ambil dia kerja jadi chekgu tetap..Huh...dasyat,..Beginilah sikap manusia di dunia fana ini , kalau kita tak menonjol di muka bumi ini,pasti org tak tau kita hidup ataupun mati...

    ReplyDelete
  6. Jika betul-betul graduan unitar mahu mendapatkan hak, ingat HAK posting, maka kamu semua perlu berjuang habis-habisan. Beberapa tip akan saya berikan yang mana semua tindakan ini adalah sah di sisi undang-undang. 1) Membina ruang perjuangan graduan unirazak di semua forum-forum pendidikan yang ada di muka bumi malaysia ini walaupun di forum-forum bukan pendidikan yang menyatakan hujah2 anda. Pernahkah anda terfikir dalam sesebuah mahkamah, yang menjadi terimanya sesuatu itu bukan kuat atau tidak sesuatu bukti tapi kekuatan bicara peguam2nya. 2) Berikan tekanan kepada keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli politik terutamanya bila melibatkan isu pendidikan, contohnya baru-baru ini 13ribu gstt disambung semula. Secara terang-terangan hak kamu semua telah dinafikan. Tempat kamu telah diambil oleh guru tidak terlatih yang kononnya lebih pandai mengajar daripada guru-guru pendidikan berijazah seperti kamu semua. 3) Buatkan kesatuan2 online seperti blog2, forum2, web2 yang memperjuangkan isu ini. Bayangkanlah gstt yang berapa ratus sahaja orang yang hentam kerajaan itupun akhirnya berjaya menundukkan kementerian pelajaran, inikan kamu semua unisel unirazak yang beribu-ribu orang. Cadangan sahaja.

    ReplyDelete
  7. nice comment... nanti akan di usulkan... terima kasih muhammad sufi ahmad

    ReplyDelete
  8. Terima Kasih kerana share berita kami. Kami sentiasa mengemaskini berita ini dari semasa ke semasa dan untuk sambungan isu ini bolehlah di baca di http://www.namaberita.com/2011/03/halatuju-graduan-pendidikan-ipts-fight.html. Terima Kasih juga kerana memberi komen & kritikan yang membina. Terima Kasih.

    ReplyDelete

IKLAN UNTUK ANDA