Friday, December 30, 2011

Kejam!!! Amalan Seterika Payu Dara (Breast Ironing)

Cameroon merupakan wilayah yang terletak di Afrika dan terkenal dengan amalan ritual dan tradisi etnik sesuatu kaum. Salah satu amalan dan budaya mereka yang sangat pelik dan aneh dan mampu mengejutkan sesiapa sahaja yang melihatnya adalah amalan tradisi mereka iaitu “breast ironing”.



Breast ironing adalah satu tradisi, yang menurut kepercayaan mereka, ahli keluarga akan cuba untuk mengempiskan payudara anak perempuan mereka. Tujuannya adalah untuk mencegah anak perempuan mereka daripada terlibat dalam hubungan seksual. Kerana mereka percaya, payudara adalah bahagian yang mampu menarik nafsu lelaki untuk melakukan aktiviti seks.
Sebaik sahaja anak perempuan mereka mencapai akil baligh dalam linkungan 9 tahun, payudara mereka akan diseterika dengan mengunakan batu arang yang dibakar di atas unggun api sehingga panas. Bayangkan betapa sakit dan terseksanya diseterika dengan batu yang panas.
Mereka terpaksa meraung dan menangis kesakitan tapi tiada sesiapa pun dapat membantu. Ini kerana, mereka berpegang teguh pada tradisi. Dipercayai, payudara kanak-kanak perempuan terbabit diseterika sebanyak dua kali sehari. Proses ini berlanjutan sehinggalah payudaya kanak-kanak tersebut menjadi tidak normal dan sangat teruk.Ibu ibu di Cameroon katanya melakukan amalan ritual ini kerana khuatir anak perempuan mereka menjadi mangsa rogol ataupun hamil anak luar nikah.

Flavien Ndonko, seorang ahli antropologi bersama program kesihatan GTZ’s German-Cameroon HIV/AIDS, berkata bahawa kesakitan ini bukan sahaja boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan kanak-kanak perempuan tersebut, tetapi juga satu bentuk sia-sia pendidikan seks.

“Ramai gadis-gadis Renata, yang menjadi ibu di usia muda, berkata dada mereka telah diseterika oleh keluarga, dan ini jelas membuktikan bahawa amalan ritual ini tidak berfungsi sebagai pencegah kehamilan dan ia merupakan satu perbuatan yang sia-sia dan mampu menyebabkan trauma”.

Oleh kerana itu, satu usaha untuk menghalang amalan ‘breast ironing’ telah dilakukan disana. Bagi Ndonko, kempen ini adalah perjuangan untuk menghormati intergriti kanak-kanak perempuan, dengan implikasi yang lebih luas untuk hak asasi manusia.

“Jika tiada sebarang tindakan yang diambil hari ini, mungkin ibu bapa akan bertindak menyerika hidung, mulut atau mana-mana bahagian lain anak gadis mareka yang mampu menarik perhatian lelaki.”



p/s Perempuan kat Malaysia nak tak breast ironing?? ble kurangkan kes2 rogol, hahahahahha terutama kat pompuan yang pakai tak cukup kain... 

Sunday, December 25, 2011

MB Meluat tngok ceter Sherlock Holmes 2!!!

Memang MB x puas hati ni!!! Al kisahnya cam ni, kitaowg plan ar nak g tngok wayang kat dataran pahlawan mall... Disebabkan tak der wayang yang best tadi, kitaowg nekad tngok cete sherlock holmes 2!!!

Perghhhh.. Kata owg melaka, HAWAUUUU!!! Ceter dah lah slow giler babeng!!! Punya boringgg cete tu... Dah tngok part sampai kete api tu, pastu member MB yang 2 owg tu apiz n syib g bla... Apa pun MB pun g lah bertahan nak tngok cete tu gak!!! Sayang beb tiket RM11.. ble beli double cheese burger dah ngan duit tu... MB, tam n farez teruskan pelayaran cerita yang hampehh tu...

Layan punya layan, MB tak tahan dah!!! $&?!/-#%*+^}<€ punyer cete!!!! MB nekad g kluar wayang!!! Lantak lah membazir, kitaowg akhirnya bla dari panggung!!! Alahaiii, buang masa dan ringgit malaysia jer, pas ni MB tekad kalau nak tngok wayang pastikan tngok trailer dia kat youtube dlu...

Buat member2 MB, nanti kita tngok wayang hantu kubur berasap plak!! Nak??? Hahahahahhaha

Saturday, December 24, 2011

Sajer Test

Bukan aper, MB try post something guna ipad2... Ni ipad MB pinjam ler member punyer, kot2 ader duit ble beli... Senang gak kalau ader ipad, ble update blog biler2 mase dan dimana juga, janji ada wifi... Hahhahaha...

Tak der citer ape pown, just nak try post entry guna ipad... Tu jerk, rasenyer kalau beli ipad rugi tak??? MB ni buta gadget2 ni, al maklumlah owg kampung... Korg ade pengalaman tak best ker pasal ipad ni?? Ble kongsi kongsi kan... MB tak berharap lah ade org yang bagi komen, sebab blog MB ni bukan popular pown.. Suam2 kuku jerk.. Huhuhuhu.. Tacing sudah...

Tapi memang beharap ler kalau ade kirenyer org kat sini memberi komen pasal ipad ni... :p

P/S ni kali ke 3 edit smula entry ni, ternyata guna ipad ni susah kowt bagi MB.. Ntah plak bagi blogers yang lain... Lemahnyer MB ni... -_-"

10 Tempat Misteri Dunia


1. Rapa Nui
Pulau ini berada di antara Tahiti dan Chile
Meraih populariti international kerana patung besar yg luar biasa dan berbentuk wajah manusia
Tiap patung tingginya 14 kaki (sekitar 4 meter), berat sekitar 14 tan dan terbuat dari batu vulkanis, dan merupakan hasil karya dari masyarakat Rapa Nui.
Sampai sekarang masih belum diketahui bagaimanakah patung ini dibuat dengan teknologi primitif yang dimiliki masyarakat tersebut.
Terdapat berbagai teori mengenai asal kewujudan patung tersebut, termasuk salah satunya adalah teori fantasi yang mengatakan bahawa patung ini hasil UFO. Tapi, sampai sekarang kebenaran dari semua teori yang ada belum terungkap.
2. Mesir
Berada di Afrika Utara, negara ini memiliki lebih dari 80 piramid yang di sepanjang sungai Nil
Masing2 tingginya hampir 100 meter, dan terbuat dari batu raksasa dengan berat masing-masing mencapai 100 ton
Sampai sekarang legenda mengenai piramid masih mengundang berbagai gosip baru, mitos dan kepercayaan baru juga muncul. Dari semua piramid, yang tertinggi adalah Piramida Cheops
Semua piramid yg dibangunkan hanyalah dengan timbunan satu batu diatas batu yg lainnya. Tidak ditemukan pelekat, paku atau apapun yg digunakan dalam pembuatan piramid
Semua batu entah bagaimana saling membenarkan, sehingga sangat susah ditemukan adanya retakan atau celah.Permasalahan mengenai teknik pembangunan yang digunakan juga belum terjawab sampai saat ini.
3. Bermuda
Terletak di Atlantik Barat Laut
Dalam segitiga ini terdapat 7 pulau besar dan 150 pulau kecil yang sebenarnya adalah gugusan karang.
Juga di sbeut sebagai segitiga seta- semua alat teknologi tinggi dan semua alat navigasi tidak mampu berfungsi dengan betul di tempat tersebut.Komunikasi dengan dunia diluar segitiga ini sering menjadi masalah.
Tidak ada yang tahu mengapa dan bagaimana merungkai hal ini.
4. Antartika
Antartika adalah tempat yang sangat tidak sesuai untuk dihuni
Begitu banyak perubahan dan fenomena yang sampai sekarang menjadi rahsia besar buat sebahagian besar dari kita
Memiliki banyak misteri, dari 14 juta kilometer benua tertutup salji dan ais dengan ketebalan antara 2000 sampai 4800 meter, tetapi ada juga pulau yang kering keseluruhannya, dan disebut “Lembah kering tanpa salju”.
5. Xinjian
Di kota ini, terdapat daerah terbengkalai yang disebut “Moguicheng” atau kota iblis.
Beberapa ‘istana’ di Moguicheng menimbulkan suara aneh yang tidak jelas darimana asalanya
Jika anda mendekati kota iblis ini di hari panas dengan angin sepoi-sepoi, anda akan mendengarkan ritma manis, seperti 10 juta loceng kecil atau 10 juta gitar bermain bersama dengan sungguh indahya.
Tapi jika angin kencang mendatang, maka suara yang timbul dari istan-istana itu di baratkan seperti raungan singa, tangis bayi atau lolongan serigala.
6. Stonehange
Stonehenge adalah susunan batu misteri di daerah pinggiran English
Masih tidak ada siapa yang tahu atas tujuan apakah dibangunnya, apakah ia istana, atau tempat pemujaan, atau kuil atau mungkin tanda adanya UFO?
7. Henan
Di Henan, Cina, anda akan menemukan daerah anomali geotermal yang disebut “bingbing bei” atau punggung ais.
Semua wilayah Cina memiliki perubahan musim yang normal, para penduduk di daerah barat Propinsi Liaoning, Cina, memiliki suhu hangat yang tetap.
Tetapi tibanya musim panas, maka mulaiah fenomena ajaib ini. Ketika suhu udara mencapai suhu 30 darjah Celsius dan matahari bersinar dengan cerahnya, perubahan besar-besaran terjadi, dan suhu satu meter dibawah tanah mencapai -12 darjah Celsius, sehingga tanah membeku dan semua air berubah menjadi ais.
8. Air Terjun Niagara
Air Terjun ini terkenal sebagai tempat persinggahan pelancong
Keajaiban alam ini terletak di perbatasan Kanada dan Amerika
Air terjun ini meliputi daerah seluas 250,000 batu persegi dan aliran airnya dapat mencapai 250,000 kaki kubik sejam.
9. Geyser
Geyser adalah aliran air panas yang menyembur dr permukaan tanah.
Geyser selalu tampak menarik dan misterius.
Salah satu tempat di Reykjavik, ibukota Iceland, terkenal dengan geysernya yang diameter-nya mencapai 20 meter dan ketika hujan, anda dapat menemukan pemandangan yang mengerikan iaitu aliran air yang menyembur begitu luar biasa sehingga mencapai ketinggian 70 meter
Jika anda mengunjungi Cina pula, dan menunggu di sekitaran Geyser di sungai Yangbo, Tibet. Geyser yang ada dapat saksikan menyembur dengan iringan suara yang mengejutkan setiap beberapa menit sekali. Diamter semburan air panas ini mencapai 2 meter dan ketinggian semburannya dapat mencapai 20 meter.
10. Pulau Arran dan Orkney
Dua pulau di Scotland ini adalah harta rahsia sejarah terpenting. Terletak di lautan Scotland yang dingin, kedua-dua pulau ini menarik pelancong dengan sejumlah bangunan/istana, runtuhan bangunan, lingkaran batu dan kuil-kuil kuno.

AWAS!!! Jangan Jilat Sampul Surat dan Setem Menggunakan Lidah


Ramai di antara kita yang suka menggunakan kaedah yang mudah iaitu menggunakan lidah untuk melekatkan setem dan untuk melekatkan sampul surat.. Tapi tahukah anda sebenarnya pebuatan ini boleh memudaratkan kepada kesihatan anda satu hari nanti.

Buktinya, ada seorang wanita yang bekerja di pejabat pos di California tidak menggunakan span untuk melekat sampul surat tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Selang beberapa jam, perempuan itu mendapati terdapat luka kecil pada lidahnya. Apabila luka itu makin lama makin membengkak, wanita tersebut terus mendapatkan rawatan di klinik. Tapi malangnya doktor tersebut hanya menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.

Walaupun tidak merasa sakit, perempuan itu mendapati luka di lidahnya semakin membengkak dan membesar. Akibat kerisauan, wanita tersebut terus berjumpa doktor dan memaksa doktor itu memeriksa dengan lebih teliti di bahagian lidahnya. Doktor menyuruh perempuan itu menjalani ujian X-ray dan hasilnya doktor itu mendapati terdapat satu benjolan pada lidah perempuan itu.

Akibat benjolan itu, doktor mengarahkan perempuan itu untuk menjalankan pembedahan kecil pada lidahnye. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah perempuan itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya tempoh hari dan telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menjelaskan :

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat pelekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”

Friday, December 23, 2011

Exam Nak Dekat

Sekali sekala MB nak post plak pasal MB... 4hb january 2012 MB akan menghadapi exam plak... Kirenyer ni last semester lah MB berhempas pulas ngan exam pastu praktikal n seminar...


Masa seminar nanti kne bertungkus lumus plak lah nantri wat research.. tapi tak per, lame agi.. heheheh.. Ni ngah tension nak study... study pown sebenarnya blom agi, MB risau ngan subject Principle of economics and subjet microeconomics. susah lah, MB sebenarnyer tak der basic langsung pasal subject ni... dulu amek sains tulen lerr, tapi .... (lu pikir lah sendiri).. :P

Ape pown doakan lah MB lulus ngan cemerlang, then bulan 10 tahun depan graduate... tak sabar rasenyer nak keje, sapa ader keje kosong tolong info MB k.. hakxx... 

buat semua member yang amek exam, tak kire lah member yang amek major matematik, kaunseling, english, and perdagangan... gud luck.. smoga impian anda menjadi guru akan tercapai.. AMIN... 

Thursday, December 22, 2011

Mengapa Ramai Perempuan Kat FB suka letak gambar bahagian muka diorang saje???

Jika anda seorang yang aktif dalam laman sosial, tentu perasan kebanyakkan gadis suka letak gambar bahagian 

muka diorang saje. Jarang sekali kita dapat lihat gadis tersebut tayangkan gambar keseluruhan badan mereka. 

Agak-agak korang kenape yer? Apa sebabnya...adakah kerana ruang yang diberikan tidak besar utk memuatkan

photo penuh?? atau apa sebabnya... Ini adalah antara komen2 orang ramai yang dapat dikumpulkan:-


  • memang realiti pun camtuh.... makeup tebal-tebal pastu amik gambo muka jer...  
  • x mletup..tp,mcm nk meletup..hehehe..
  • kalo yg kurus plak..rasa diri dia dah cntik sngt ..aku anti sangat nga pmpuan macam tu..tuan dah la macam cicak kubin..pastu pkai yg ketat2 plak..haha 
  • snap pic muke pas2 wat muncung bibir kunun2 nk nmpk kiut..
    tp sbnrnye nk kaver pipi tembam la tu..haha..
  • teknik photosyok ke pict tu.hurmm..amik gambar muka,cukup la.takat nak tnjuk camner rupa.rupa part badan tu,tatapan diri sendiri
  • sbb muka bleh make up2. pernah tgk x gurl muka putih tangan hitam.
    aku nya group klu nak ushar awek yg bawa moto x payah tgk muka. kitaorg tgk kaki je. klu putih kaki tumit cantik je ok la. klu kaki hitam berparut tgk muka putih ja berhati2 la. hehehe 
  • keh keh keh..
    ada jugak awek2 jenis macam tu kan..apa la..
    tak yakin dgn diri tul..tunjuk je la diri sbenar...kan lg baik..hehe

Wednesday, December 21, 2011

Comelnya Kucing Datuk Najib Razak


Datuk Najib Razak bersama kucing kesayangan beliau
WOW... comel giler Datuk Najib punya kucenk.... meowww.... dia pun sebenarnya peminat kucenk tegar... jom tngok gambar kucenk Datuk Najib... 






Uji Teman Wanita Anda, Materialistik atau TIDAK...

1. Adakah si dia materialistik?
Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah

Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.

Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu
Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.
3. Hubungan bekas teman lelaki



3. Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.
4. Mengukur tahap kesetiaan


4. Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:

Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

IKLAN UNTUK ANDA