Cameroon merupakan wilayah yang terletak di Afrika dan terkenal dengan amalan ritual dan tradisi etnik sesuatu kaum. Salah satu amalan dan budaya mereka yang sangat pelik dan aneh dan mampu mengejutkan sesiapa sahaja yang melihatnya adalah amalan tradisi mereka iaitu “breast ironing”.
Breast ironing adalah satu tradisi, yang menurut kepercayaan mereka, ahli keluarga akan cuba untuk mengempiskan payudara anak perempuan mereka. Tujuannya adalah untuk mencegah anak perempuan mereka daripada terlibat dalam hubungan seksual. Kerana mereka percaya, payudara adalah bahagian yang mampu menarik nafsu lelaki untuk melakukan aktiviti seks.
Sebaik sahaja anak perempuan mereka mencapai akil baligh dalam linkungan 9 tahun, payudara mereka akan diseterika dengan mengunakan batu arang yang dibakar di atas unggun api sehingga panas. Bayangkan betapa sakit dan terseksanya diseterika dengan batu yang panas.
Mereka terpaksa meraung dan menangis kesakitan tapi tiada sesiapa pun dapat membantu. Ini kerana, mereka berpegang teguh pada tradisi. Dipercayai, payudara kanak-kanak perempuan terbabit diseterika sebanyak dua kali sehari. Proses ini berlanjutan sehinggalah payudaya kanak-kanak tersebut menjadi tidak normal dan sangat teruk.Ibu ibu di Cameroon katanya melakukan amalan ritual ini kerana khuatir anak perempuan mereka menjadi mangsa rogol ataupun hamil anak luar nikah.
Flavien Ndonko, seorang ahli antropologi bersama program kesihatan GTZ’s German-Cameroon HIV/AIDS, berkata bahawa kesakitan ini bukan sahaja boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan kanak-kanak perempuan tersebut, tetapi juga satu bentuk sia-sia pendidikan seks.
“Ramai gadis-gadis Renata, yang menjadi ibu di usia muda, berkata dada mereka telah diseterika oleh keluarga, dan ini jelas membuktikan bahawa amalan ritual ini tidak berfungsi sebagai pencegah kehamilan dan ia merupakan satu perbuatan yang sia-sia dan mampu menyebabkan trauma”.
Oleh kerana itu, satu usaha untuk menghalang amalan ‘breast ironing’ telah dilakukan disana. Bagi Ndonko, kempen ini adalah perjuangan untuk menghormati intergriti kanak-kanak perempuan, dengan implikasi yang lebih luas untuk hak asasi manusia.
“Jika tiada sebarang tindakan yang diambil hari ini, mungkin ibu bapa akan bertindak menyerika hidung, mulut atau mana-mana bahagian lain anak gadis mareka yang mampu menarik perhatian lelaki.”
No comments:
Post a Comment