PANGGGGGGGG.... mcm kne penampau padu maut rasenyer ngan tajuk entri kali ni... sebelum tu nak bagi kedit ngan blog putrigunungkinabalu.blogspot.com sebab dia kata tak kisah pun kalau nak share mende ni... hehehhehe..
Bebalik ngan tajuk di atas, ni kawe nak share sedikit pasal mende alah ni ngan korang... memang terasa yang teramat pedas sekali lah ngan entri putrigunungkinabalu ni buat.. hehehhehe.. pastu sedikit sebanyak menyedarkan aku, bila nak buat "STATUS" kat FB tu kne lah berhati-hati sebelum orang rasa menyampah sesampah sampahnya... hahahaha...
ni artikel yang dia tulis:- (TOLONGLAH HAYATI APA YANG INGIN DISAMPAIKANNYA)
Sekarang ni aku tak tau la napa aku makin jarang bukak pesbuk. Padahal aku tau dalam tu la kawan aku yg sedari jaman kanak-kanak lagi ada. Dulu aku suka buka pastu lihat cerita dan perkembangan member2 setiap hari. Siap komen dan like lagi setiap status. Tapi sekarang alahai..macam mual ja buka.
Kadang2 rasa annoying sangat, sick pun ada. Hari ke hari kawan2 aku ni makin menjadikan pesbuk sebagai tempat menunjuk2 la plak..kadang2 sebagai medium sindir menyindir,medium mengumpat tu tak usah cerita la..tatap punyala 2. Bagus-bagus buka tak dapat dosa, dapat free dosa lagi tiap2 hari. Kalu dulu aku rasa pesbuk ni sebagai medium perjumpaan semula dan mendekatkan yang jauh ngn yang dekat.
Banyak benda aku rasa epic betul tang kebanyakkan orang kat pesbuk ni. Memang annoying la..aku siap bole senarai lagi benda2 yang aku leh kira epic fail la dalam arena pesbuking ni..
1. Huhh, aku paling menyampah baca status orang yang menunjuk-nunjuk ni. Kadang-kadang dia tulis
“Welcome to my life AAA 0000”, “ DSLR akhirnya menjadi milikku”, “ dapat blackberry dari yang tersayang…yahooo”, “ yeahh, dapat laptop baru” bla..bla..bla..,
*Plis la..engko nak cakap apa sebenarnya? Ok. Tak salah nak kongsi kegembiraan kan bila dapat apa yang dimiliki..tapi tak paya kut nak post macam tu. Ia cuma menampakkan yang kau nak tunjukkan kau ada benda/barang tu kat suma orang, especially nak jeleskan member-member. Diam-diam suda, lama-lama orang akan tau juga tanpa perlu bagitau.. orang tak kisa pun kau ada atau takda benda2 macam tu
2. Part yang lain pula ialah bab cintan cintun. Kadang-kadang berbalas2 komen yang meloyakan. Macam dia sorang ada bf/gf.
Nobita: sayang..malam ni tido jangan lupa mimpikan abg tau..
Sizuka: alaa sayang ni..kita mestilah rindu mucuk2 ayg ni. Abg la penyeri hidup ayang siang dan malam, abg bagai matahari yg menyinari gelita ayg..bla, bla, bla..
Nobita: ok darlingku, tapi jangan mimpi basah tau nanti..abg mimpi takpa…tetttt
*Tak sala nak tunjukkan keromantikan dan kasih sayang tapi berpada-pada la sebab pesbuk ni kan umum. Suma orang bole baca. Cakap sajala benda-benda yang penting, yang lebih ‘dalam’ tu mesej sajala kat henpon..lagi selamat
3. Jangan post sesuatu yang berbunyi masalah dalaman/suami isteri/kekasih/kekeluargaan..dan lain-lain. Ini Cuma akan menampakkan keaiban anda, pasangan, dan orang-orang yg berkaitan. Lumrah kita manusia perlukan tempat untuk meluah, tapi yang sayangnya bila kita berjaya berkongsi masalah dalaman kita tetapi dalam masa yang sama membuka pekung di dada atau membuatkan orang lain tau masalah yang kita hadapi dan ini cukup memalukan. Contohnya:
“Mak ngn abah bergadu, abah ada pompuan lain..apa harus aku lakukan?aku buntu..”, “dah 3 hari tak bertegur dengan suami..selagi dia tak pujuk aku, aku akan buat bodo saja”, “saya tidak suka bila bf saya mula curang”..bla, bla, bla..
4. Jangan jadikan pesbuk medium sindiran. Ramai kita melepas geram macam tu, tapi hakikat sebenarnya kita cuma mau orang lain tau kita tak salah dan kita rasa puas ati kalu ada orang komen dan sokong tindakan kita, betul tidak?? Tolonglah..ni bagi aku cuma membuatkan anda kelihatan sebagai seorang yang penakut kerana cuma berani cakap belakang. Apa salahnya kalu tak puas hati cakap terus atau jumpa terus ngn orang yang berkenaan? Padahal anda sendiri pun sebenarnya takut nak cakap depan-depan. Paling lawak kalau status berbunyi begini..
“ Kau kalau tak puas hati ngan aku, cakap depan-depan la woii!!! Ingat aku takut kah dengan kau yang perangai macam ******??!!! “…
*Hahahaha…yang ni betul-betul rare la epic dia. Kau sendiri cabar dia cakap depan-depan dengan kau kalu tak puas hati, yang kau pula? Apa pasal tak pergi cakap depan-depan dia kalu kau sendiri memang tak puas hati? Napa nak tunggu orang lain datang dulu depan-depan kau sedangkan kau pun tak puas hati jugak dengan orang tu.. hurmm, aku gelak ja baca status macamni.
5. Janganla ajak orang sekali buat dosa kakak oi..kadang-kadang kita tak perasan kan yang status kita buat tu adala ‘mengumpat’ session sebenarnya. Kesian kat kawan-kawan yang lain, tak pasal-pasal dapat dosa free.
X: aku benci betul la ngn c M tu..muka macam apa ja da perasan cantik. Cantik lagi aku ni haa..
Y: a’ah kan..macam apa ja, da la jalan tergedik-gedik macam montot itik ja aku tengok..
Z: huh, loike the both statement..
*Mengadu ja la kat Allah SWT ek..tak payala bagitau orang perasaan benci kita. Biarlah itu menjadi rahsia kita. Tak pasal-pasal satu dunia tau si polan punya perangai yang teruk, padahal orang-orang yang membacanya tak kenal pun sangat tapi sebabkan mulut yang jahat ni, si polan pun difitnah dan pembaca-pembaca terus percaya bulat-bulat..
6. Part yang ni aku sick sikit..
“ Penatnya wat assignment ni..” , “ tak lama lagi presentation degree, master, bla, bla,bla..”
*Huk’aloh dear..alahai, memang kau epic betul la kalu post macamni. Mana tak epicnya, kau satu orang ja kat dunia ni yang ada assignment,presentation. Tak payala bagitau dear. Sekali gtau tu cukupla..kalu balik-balik, hurmm..kau nak bagitau kau sorang yg berpendidikan tinggi kut, orang lain manada sekolah tinggi macam kau kan..sebab tu kau sorang ja ada assignment. Ibarat kerja la..contohnya cleaner. Takdak pun dia nak gtau kat orang “alahai, penatnya vakum lantai ni setiap hari”, tak pun manager “ hurmm, penatnya kira bil bulanan ni”….
Macamnila dear, pendek kata orang cakap benda kalu kita da biasa buat, da jadi tanggungjawab, tak perlu bagitau kat orang yg kita tengah buat benda tu. Macam makan la, pelik kan kalu tiba-tiba orang post macamni “ tak lama lagi saya akan makan, penatlah asyik makan saja”. Kalu nak share macamni takpala juga “presentation will be coming soon, ada tips tak?” ini lagi molek rasanya.
7. Kalau kita dipanggil atau bakal menjalani temuduga, tak payala heboh kat orang.
“Menjalani intebiu nak jadi detektif..doakan saya ya”.. tak sala Cuma tak sesuai.
Yang ni lagi sesuai “esok saya bakal menjalani satu urusan yang penting, doakan segalanya berjalan lancar untk saya”..
*Lagi bagus kalu kita tak bagitau urusan kita tu. Yala,benda tak pastikan lagi..kan stress kalu orang asyik tanya “eh,amacam intebiu kau ari tu?dapat tak? Kalau konpiden dapat tak pala..kalau tak dapat kan malu. Kan lagi cantik kalu da dapat kerja tu baru bagitau kat suma orang “Alhamdulillah..berkat doa kalian, saya lulus intebiu dan telah mendapat pekerjaan tetap..terima kasih pada yg bagi sokongan”
8. Memasukkan terlalu banyak gambar pun akan membuatkan orang lain mengetahui keadaan diri kita sekarang ni. Saya suka juga melihat gambar member-member, tapi yang annoying tu kalu gambar yang ntah apa-apa ntah pun dimasukkan. Setiap masa,semuanya di upload. Nak bagi tengok baju yang cantik ke kak, ke pinggang yang ramping?tak pun nak bagi tengok yang anda cantik dan pandai pose? Banyak gambar-gambar yang di upload, baju dan tarikh ja beza..tempat dan pose sama juga. Ntah apa motip agaknya.
Sampai sini ja la aku tulis kali ni. Banyak lagi yang annoying ni tapi mata suda ngantuk. Apa pun, saya minta maaf kalu saya ada tersinggung sapa-sapa..terkasar bahasa atau seangkatan dengannya la. Pesbuk anda, wall anda, suka hati anda tapi jangan sampai menampakkan siapa diri anda yang sebenarnya. Terlalu mudah untuk menilai peribadi seseorang hanya dengan melihat apa yang anda post, dan memudahkan orang untuk mengetahui latar belakang kehidupan anda sepanjang hari..pikir sebelum post wokey.
p/s taubat dah nak post mende yang bukan2... heheheheheh... thanx ngan advice dia... :)
thumbs up! ;]
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenk mntk copy dan share yer...
ReplyDeletepliz pliz pliz.. :)
ssya sangat-sangat-sangat-sangat bersetuju dengan post diatas... saya pun naik meluat & sampah melihat apa yg orang dalm FB komen.. mmg lah orang kata FB tempat meluahkan sgala duka dan gembira kepada yang telah add menjadi sahabat tetapi kalau boleh janganlah post benda2 yang merepek..
ReplyDeleteade betul ade salah... at 1st.sy nk setuju.tp makin lama.. makin kurang plak.. terlalu byk xleh..jgn la begitu.. fb ni dh mcm 2nd life for everyone. kita sbnrnye yg kena positif.. biarla depa nk tulis pa.. fb depa .. cuma mcm suami isteri,abah mak tu..mmg la xleh dan wajar di tegur.tp yg lain2 tu..biarla. xsuka bace.remove post,kata2 saudari agak memperlekehkn org lain. xbaik kn begitu.. rs meluat +menyampah + geli actually comes from us. sama la mcm real life.. xsemua bende depan mata kita tu menyenangkn .. :) .fikir2kn ye. mana tahu mgkn suatu hari nnt.anda plak yg tertulis seperti salah satu dr perkara diatas..
ReplyDelete