Thursday, March 24, 2011

Perempuan cuba bunuh diri di KB Mall

Pada mulanya terasa sangat terkejut melihat entri post ini mengenai kes cubaan bunuh diri dari tingkat atas KB Mall. Namun begitu timbul pula isu kenapa dia mahu bunuh diri? Ternyata singkat sungguh fikirannya kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini. Ahh.. Celaru sungguh fikiran memikirkan gelagat remaja perempuan ini.

Ada banyak juga spekulasi yang dibuat oleh orang ramai mengenai cubaan bunuh diri di KB Mall ini. Antaranya ada yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini mungkin mengalami masalah dalam percintaan atau dalam bahasa lebih kasarnya ialah “putus cinta hingga nak bunuh diri”! Logikkah akal ini hingga sanggup bunuh diri kerana gagal dalam percintaan?
Namun, ada juga yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini sebenarnya telah gagal dalam peperiksaan SPM hingga tidak mahu teruskan hidup lagi. Benarkah SPM ialah segala-galanya hingga sanggup membunuh diri?

No comments:

Post a Comment

IKLAN UNTUK ANDA