Thursday, February 10, 2011

Pentingkah dara bagi seorang lelaki??



Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu.


Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.



Bagi aku, aku lebih cenderung melihat dari sudut harga diri seorang gadis. Terus terang aku nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita.



Kadang kadang kita terdengar di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.



Kadang kadang kita tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’.



Isu sosialnya ialah apabila generasi muda mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting.



Dalam masyarakat kita, seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia.



Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita.



Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?



Rasanya kita semua sedia maklum. 

1 comment:

  1. siapa yang salah?? mesti perempuan lah kan. persepsi masyarakat. perempuan mmg lemat imannya kerna lemah akalnya. lelaki patutnya yg memimpin patutnya lebih proative utk mengelak perkara seperti ini berlaku. ini tak lg digoda. kononya hendak menguji kekuatan diri. x salah klu ko seorg yg baik mahu kn yang lebih baik. tp bile asyik perempuan yg dipandang rendah buat aku tertanya, mana salahnya lelaki itu, bila sama-sama yg terut serta????

    ReplyDelete

IKLAN UNTUK ANDA