KUALA LUMPUR: Awas,30 lokasi hantu di sekeliling anda! Demikianlah didedahkan oleh Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham, mengulas mengenai lokasi hantu yang pernah di temuinya. Antara di lokasi utama, di Bandaraya Kuala Lumpur, yang dikenal pasti sebagai sarang lokasi hantu.
Menurut Jamie, lokasi yang disenaraikan, memang mempunyai cerita tersendiri yang terjadi kepada mangsa kejadian.Kekerapan kejadian dikaitkan juga dengan peristiwa semasa terutama menjelang perayaan.
Menurut pihak polis, menjelang perayaan,pihak berkuasa akan menghebahkan kepada orang ramai megenai lokasi-lokasi maut di seluruh negara yang sering mengundang kemalangan jalanraya sebagai tanda peringatan agar pengguna jalan raya berhati-hati.
Namun tidak ramai yang tahu, terdapat juga lokasi-lokasi yang dikenal pasti berhantu diseluruh negara dan hasil soal selidik Perdana dengan beberapa pihak setakat ini terdapat 30 lokasi di Semenanjung Malaysia dan hampir separuh daripada lokasi itu terdapat di Kuala Lumpur.
Bagi mengesahkan lokasi terbabit, Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham berkata,memang terdapat banyak tempat berhantu yag pernah mereka jalankan kajian di sekitar Kuala Lumpur.
“Di Bukit Tunku sahaja terdapat empat buah banglo yang kami buat kajian didapati aktif dengan aktiviti paranormal,”katanya.
Katanya, ramai penghuninya terdiri daripada golongan elit, kawasan yang redup dengan pokok-pokok tinggi menjulang, menjadi lokasi menyeramkan setiap kali pemandu kereta menempuh jalan tersebut.
Sementara itu, Ketua Kumpulan PSI yang dikenali sebagai ‘Uncle Seekers’ berkata kumpulannya pernah membuat lebih 16 kali kajian di Highland Tower yang terkenal dengan kejadian kondominium runtuh suatu ketika dahulu.
“Dulu kawasan tersebut memang aktif berhantu tetapi sejak akhir-akhir ini,kajian kami mendapati kawasan terbabit sudah tidak aktif lagi,”
Antara lain tempat yang memang aktif berhantu ialah kawasan Jirat Cina Ampang, Jirat Cina Brickfield, Perkuburan Islam Jalan Ampang dan Hospital Lady Templer.
Di senaraikan kawasan-kawasan berhantu di seluruh Semenanjung Malaysia:

1. Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur
2. Institut Victoria, Kuala Lumpur
3. Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur
4. Jirat Cina Ampang, Kuala Lumpur
5. Jirat Cina Brickfield, Kuala Lumpur
6. Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
7. Hospital Lady Templer.
8. Kawasan Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
9. Berhampiran Poliklinik Cheras.
10. Jalan Kuala Lumpur ke Genting Highland Resort
11. Pejara Pudu, Kuala Lumpur
12. Sekitar Puchong, Kuala Lumpur
13. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang
14. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Kubu
Bharu, Selangor
15. Kawasan Bukit Damansara, Selangor
16. Kellies Castle, Perak
17. Kawasan berhampiran Tambun Inn,Perak
18. Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jambatan Sungai
Perak, Perak
19. Jalan Simpang Masuk dua hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
20. Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran
Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang.
21. Kawasan Lorong Petani, Alor Star, Kedah
22. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Star Kedah.
23. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Star, Kedah.
24. Kawasan Kubur Panjang, Pendang.
25. Tobiar, Pendang.
26. Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan Pahang.
27. Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang
28. Kawasan Kota Lama, Melaka
(Malaysia Ghost Talk's)
oh i think u should add Utara Pulau Pangkor and seluruh daerah Rembau
ReplyDeletewell kalau Rembau, orang yang ta pernah nampak hantu pun kadang2 senang je terserempak benda ni, tambah2 yang cakap besar
and pangkor, cuba naik teluk dalam ikut jalan naik bukit dari hujung kelawai ke teluk dalam, even bawa moto naik jalan itu aje da rasa mcm out of this world
sound interesting.... jalan highway g johor pun seram gak.. baru2 ni ada member post video pontianak kat FB pasal mende ni... seram.... hantu tu siap terbang agi, pastu trun smule.. meremang seyhh bulu roma tengok...
ReplyDeletekarak highway? i guess situ pun byk 'cerita'~
ReplyDeletesetuju kalau kat highway karak...especially berhampiran terowong tuh...
ReplyDeletekt pagoh pon bnyk gak,sye pegi umah sedara nmpk bola api melayang wktu drive
ReplyDeletebullshit...aku membesar keliling pokok getah kat ujung2 kampong x penah nampak pn benda2 hantu ni..mostly org cite & then someone more stupid will believe..i do believe there is satan & djinn though..but ghost, pocong puntianak that is really bullshit..
ReplyDeleteHantu & jin mmg wujud di dunia ni.. Dalam al quran pn ada disebut kan.. Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillahi rabbil aalamin (maksud ayat ini).. Selagi kita yakin pada perlindunganNYA, makhluk2 itu tidak akan mendekati kita.. Wallahualam
ReplyDelete