Monday, February 28, 2011

TIPS LAWAK: cara nak reject awek yang bukan taste ko

 

Korang mesti pernah ada secret admire kan??? kadang2 sampai boleh giler peminat tu nak kan kita (kalau lawa tak pew). Siap beli Hadiah, apa kita nak mesti dapat. tapi part kalau dia dah luahkan perasaan tu paling susah, yer lah kadang2 hati mane ble men pakse2 kan kalau kite dah memang tak der prasaan langsung ngan org tu. bukan aper, kadang2 lelaki ni terlampau baik gak sampai nak reject pun susah, terpakse bagi alasan "standard" nak blajar lah, apelah, tapi sebenarnya pompuan tu bukan taste dia ar senang ceta. Oleh tu ni adalah tips berguna cara nak reject pompuan tu dengan cara yang baik, supaya pompuan tu tak der lah frust menonggeng sampai nak bunuh diri kan... :-

1) Semalam I check dengan doktor, dia kata I HIV positif...


2) Kat telinga I ni ada suara suruh I bunuh diri..


3) U nampak tak mamat tu... (padahal takda orang pun kat situ)


4) Adik beradik I ada 10 orang, semua belajar lagi, I kena sara diorang sebab parents I dah meninggal...


5) I dah keje kat 20 company, tapi paling lama tahan pun 2 bulan je...


6) Hari-hari along cari I, hutang dengan diorang dah mencecah 100 ribu...


7) Tiap2 hari I mel*nc*p, sehari sampai 10 kali....


8) Errr, sori, terpegang pulak....


9) Lupa nak bagi tau u, I ni duda anak 10


10) Ish, kalau nak kawin dengan U, I kena ceraikan bini I yang ke 4 tu, sian dia....

Laughing Again !!!

Saturday, February 26, 2011

PETANDA DIA ADALAH JODOH KITA



Assalamualaikum, :) Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Surah Muhammad, ayat 7)


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

MONA FENDI... Ingat lagi kah anda???


Mona Fandey
Masih ingat lagi Mona Fandey/Fendi yg terlibat dlm satu kes pembunuhan? Alah wanita yg penuh enigma itu? Berikut ialah beberapa fakta yg pernah didedahkan oleh akhbar2 tempatan mengenai beliau disepanjang perbicaraan kes pembunuhan bekas ADUN Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan:

* Nama sebenar beliau ialah Maznah Ismail, tidaklah seglamour Mona Fandey. Bagaimana boleh dapat Mona Fandey tidaklah diketahui dgn pasti. Tapi aku rasa pangkal nama Mona Fandey itu mungkin datang dari nama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman. Alah mcm Aida Razwil lar jugakkan? Mengambil nama suami sebagai sebahagian daripada nama dirinya.

* Mona Fandey mendakwa dirinya berketurunan raja, bekas penari ballet air, seorang usahawan, pengamal ilmu kebatinan, artis rakaman dan juga pengamal ilmu hitam. Wah, byk betul bakat makcik nih yek? Aku pun tak mampu nak buat semua sekali... Setakat, makan dan minum sambil tengok TV dan bernafas aku pernah buatlah.

* Sebagai pengamal ilmu kebatinan beliau pernah menawarkan khidmatnya melalui syarikat Ambang Kurnia Sdn Bhd di mana beliau menghasilkan produk perubatan tradisional yg dinamakan Cahaya Mona Fandey. Aku tak pasti apakah bentuk produk si Mona Fandey nih dan apakah faedahnya mengambil produknya? Rasa2 boleh teka tak berdasarkan nama produknya?

* Kehebatan Mona Fandey dlm ilmu2 hitam dikatakan melampaui amalan biasa. Dia boleh memukau, boleh terbang di udara, boleh bertukar rupa dan boleh hidup tanpa makanan. Jadi ada yg memberi amaran bahawa Mona Fandey akan sukar utk ditangkap apatah lagi utk menjalani hukuman. Yalah tuh. Semua yg disenaraikan tuh mcm silap mata je.

* Dipuncak kerjayanya sebagai usahawan dan pengamal ilmu kebatinan beliau dikatakan memiliki berderet kereta2 mewah: Mercedes Benze, BMW, Honda Prelude dan beberapa buah kereta pacuan empat roda. Kalau betul dakwaan ini, nak buat apa dgn kereta banyak2 tuh? Bukannya boleh pandu semua sekali pun serentak?

* Beliau juga dikatakan memiliki sebuah pulau berdekatan dgn Phuket yg dibeli pada harga RM 5.8 juta. Menurut Mona dia merancang utk menjadikan pulau itu sebagai kasino dgn bantuan rakan-rakan kongsinya dari Amerika dan Eropah. Geliga betul otak si Mona nih. Tapi apalah agaknya nama pulau tuh yea? Pulau Mona tak?

* Sebagai artis rakaman, beliau pernah merakam sebuah album, sembilan lagu, di bawah naungan syarikat rakamannya sendiri. Hebat! Tapi hairannya, tak pernah pulak dgr lagu nyanyiannya. Ada sesiapa yg pernah dengar? Entah2 ada yg memiliki album si Mona nih tak... Siapa tau...

* Beliau mendakwa pernah melakukan pembedahan plastik berulang kali utk mengekalkan keremajaan btk tubuhnya. Remaja lagi ke? Alah bukan tua sgt pun dia masa tuh, baru saja mencecah 38 tahun. Nasiblah, botox tak wujud lagi pada tahun 1993, kalau ada mesti dia buat suntikan juga.

* Di sepanjang perbicaraan, beliau dikatakan berlagak diva; kerap mengenakan baju berwarna kontras hitam-merah, dandanan wajah yg tebal dan tingkah laku yg dramatik. Alah apa nak hairannya, Mona Fandey kan artis. Jadi sebagai artis haruslah pandai tampil menarik. Tambah2 pula masuk dlm akhbar muka hadapan? Itu tak masuk lagi siaran2 berita TV utama?

* Kalau dah melaram, tak lengkaplah kalau tak senyumkan? Jadi tak hairanlah apabila sepanjang perbicaraan beliau dikatakan sentiasa murah dgn senyuman bila diacukan lensa kamera. Malah selepas dijatuhkan hukuman pun beliau tetap senyum dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia. Berterima kasih utk apa agaknya tuh yea? Agaknya kerana menjadikan impiannya popular dan diingati sampai kini tak? Seramnya...

Mungkin kita juga harus berterima kasih kepada Mona Fandey. Kalau bukan kerana pendedahannya mungkin kita tidak akan tahu bahawa ada ahli2 politik kita pergi kepada pengamal ilmu hitam utk berjaya dlm politik. Sungguhpun begitu, pendedahan yg dibuat Mona Fandey tidak membantu dirinya dan juga suami serta pembantu mereka Juraimi Husin melepaskan diri dari hukuman. Pada subuh, 2 November 2001, tamatlah riwayat Mona Fandey ditali gantung.

Mungkin ramai yang mengenali Siapakah Mona Fendi , tetapi lebih mengenali Mona Fendi dengan kes pembunuhan berprofile Tinggi . Tapi mungkin ramai tidak tahu bahawa Mona Fendi adalah seorang Penyanyi dan pernah muncul di TV3 dalam rancangan Muzik muzik suatu ketika dahulu . Jika anda meneliti setiap ayat dalam nyanyian beliau memang mengerunkan. Apatah lagi Mona sanggup membunuh dan mengerat mangsanya adalah sesuatu yang tidak dapat difikirkan dengan akal bagaimana seorang penyanyi boleh membuat pembunuhan seperti itu , Mona juga adalah seorang Bomoh dan mungkin itu adalah penyebabnya.

Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.
Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.

Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak.
Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.

Mari kita bersama - sama mendengar Lagu Daripada Mona .



Friday, February 25, 2011

KHURAFAT (with english subtitle) (THE BEST HORROR MOVIE 2011)



Trailer:

Film:

Khurafat

Director:

Syamsul Yusof

Penerbit:

Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios Sdn Bhd

In cinema:

13 Januari 2011

Actors and Actresses:

Syamsul Yusof
Liyana Jasmay
Sabrina Ali
Md Eyzendy
Fauziah Nawi
Nur Huda binti Ismail
Mariani
Latiff Borgiba

Review:- 
The first Malay horror movie of 2011. The first one I watched anyway. Wait, it is the first Malay horror movie. In fact, it is the first Malay movie of 2011. Damping Malam and Janin both came out end December last year.

So the story goes like this... Johan (Shamsul Yusuf) and Aishah (Liyana Jasmay) came back to Johan's hometown to visit his sick mother. During which, one villager died due to his usage of the black arts, which Johan witnessed. The death itself. The night before they left for KL, both of them got haunted.



Meanwhile, back in KL, Johan's ex-girlfriend Anna, who can't get over Johan marrying someone else and is hell bent on getting Johan back, one way or another.

Once the newly-weds are in KL, the haunting started to escalate...

Pretty nifty story here. There are a couple of red herrings in the plot. Actually three. Which served to mislead us until the final revelation. I could not figure out, for the life of me, what the twist was. Actually, I knew there was a twist somewhere and that one of the misleading subplots is in fact misleading. So I guess this movie manages to keep the red herrings intact and distract me from figuring out the movie until after the revelation occurred.



So good job to Syamsul Yusuf for weaving an intricate and kinda complex storylines together. Using the makcik for expositionary purposes? Quite nice. I'd expected him to go to the Imam.



The dialogue was not bad. It's quite natural and real, like us normal folks talking, especially the scenes between Johan and his friend from the hospital.



Acting-wise, the movie's pretty solid. Liyana Jasmay, FFM Best Actress for Papadom, sleepwalks through the movie as her role is not exactly a challenge. Syamsul Yusuf was not bad, although at times, he may seem a bit wooden and stoic but that maybe how the character was written. His crying scenes were pretty good. Sabrina Ali, playing the crazy ex Anna, is also pretty good but I wish she (and indirectly Syamsul as the director) would make Anna out to be a little more subtle. Subtle crazy is far scarier than freaky crazy.



Other than that, it was an enjoyable horror movie. Oh wait, scratch that horror part. It was an enjoyable movie. The usage of loud music to shock us was minimal. There are several scenes where the ghost would show up but there was no music to set the mood. It was silence and then, bam! Girly Ghost in your face! Hahha...
Ready to download:-


credit to : http://akupunyastyle.blogspot.com/

Thursday, February 24, 2011

RAHSIA TAHI LALAT



OK, kali ni kita akan lihat plak rahsia tahi lalat. Sebelum tu g lah check dulu tahi lalat anda tu kat area mane.. yerlah, kadang2 anda tak perasaan kan tahi lalat anda ada kat mane, melainkan kalau tahi lalat anda besar terbonjol cam jerawat atau bisul.. heheheh... ok g lah salin dulu kat buku kat mane area tahi lalat tu berada, pastu buat rujukan perangai anda sama ade betul ker tak.. Jangan nak tipu erkk...


TandaFirasat Tahi Lalat
Bibir atas kananBanyak rezeki, pandai
Bibir atas kiriRamai kawan, baik hati
Bibir bawah kananDisegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiriPandai bicara, tak mudah kalah
Leher kananCerdas, jujur, berani menderita
Leher kiriCerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengahTercapai cita-cita
Biji mata kananSuka serong dan pembohong
Biji mata kiriPembohong tetapi baik hati
Hujung mata kananBaik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiriBaik budi, murah rezeki
Punggung kananAgak mengalami kesulitan
Punggung kiriMalas dan suka duduk
Betis kananSuka berhibur, boros
Betis kiriRajin, tidak suka menganggur
Lutut kananBersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiriKurang kuat berusaha
Kepala sebelah kananTerkabul cita-cita
Kepala sebelah kiriSering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakangJujur, sabar dan tekun
Kening kananCerdas dan cekap
Kening kiriCerdas dan sopan santun
Tengah keningKeras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kananKecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiriSuka berpoya-poya
Ketiak kananDapat menyimpan rahsia
Ketiak kiriJujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kananSuka keluar rumah
Pergelangan kaki kiriKehendak kuat
Batang hidungBanyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidungBanyak rezeki
Dagu bawah kananJujur dan baik hati
Dagu bawah kiriBijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiriBaik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki)Bakal beristeri dua
Tumit kananJujur dan banyak kawan
Tumit kiriBaik budi
Alis kananSuka menolong dan baik hati
Alis kiriRamai yang suka
Pangkal peha kananKemahuan kuat
Pangkal peha kiriSuka kerja apa pun
Telapak kaki kananTak mudah mengeluh
Jari kaki kananSuka menolong
Jari kaki kiriBerbudi, suka berbuat baik
Bahu kananCermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiriSuka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kananBaik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiriRamai kawan, setia pada pasangan
Lengan kananSetia dan taat pada atasan
Lengan kiriMenepati janji dan rajin
Pipi kananRamai teman
Tengah-tengah pipi kananRamai yang suka
Tengah-tengah pipi kriRamai teman
Ubun-ubunKurang jujur
PusatCerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kananSejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiriBeroleh kemuliaan
Pinggang kananSayang pada pasangan hidup
Pinggang kiriDisayang pasangan hidup
Dada kananDapat mengatasi masalah
Dada kiriBerani, jujur dan sabar
Telapak kaki kananTidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiriBaik budi pekertinya
Siku tangan kananKuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiriBaik hati, suka menolong
Jari tangan kananSerba beroleh keuntungan
Jari tangan kiriSerba baik bekerja
Jari telapak tangan kananBanyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiriBanyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kananBoros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiriDapat berpangkat
Perut bawah kananBanyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiriBaik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalamDisayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalamTidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luarBaik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiriMurah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kananSerba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atasBaik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atasBaik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawahAgak malas 
Kelopak mata kiri bawahAgak bodoh, kurang bijaksana  


Anda juga mungkin meminati artikel ini:-

Jom Blajar cakap Sabah...


Melayu (Bahasa Malaysia) adalah bahasa kebangsaan yang diucapkan di seluruh etnik, walaupun dialek Sabahan  berbeza banyak dalam infleksi dan intonasi dari versi Semenanjung Malaysia. Sabahan aksen Bahasa Melayu adalah sebenarnya apa yang 'Dewan Bahasa & Pustaka' menyokong,iaitu Baku, . Sabah juga mempunyai bahasa gaul yang unik untuk banyak kata dalam bahasa Melayu, sebahagian besar berasal dari kata pribumi atau Indonesia. Inggeris, Mandarin dan Hakka dan Kantonis secara meluas difahami. Selain itu, bahasa asli seperti Kadazan, Dusun, Murut Bajau dan mempunyai segmen sendiri pada siaran radio negara. (translated from wikipedia) (Pelikkan di dengar lepas di translate ke BM... hehehehhehe)

Nah.. lau gitu ckp sabah jak lah bah aku ni hari, tapi jangan risau lah ndak jugak sia (saya) guna bahasa dalam2 sana... (bahasa yang sukar di fahami). 

Kata kawanku, ainnaaa, sandi sua koinie ndak sudah ko tu pndai ckp urang sbh, bagagar nti tambuni muitue di parit  sana..
 (kawan saye kate, alamak sengsare dah engkau ni.. hilang dah cakap sabah mu sampai begegar tembuni mu kat kampung tu).. hehhehehe..

ok straight forward:-
Penggunaan Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh penggunaan Bahasa Melayu Indonesia serta Brunei, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Inggeris dan terdapat juga pengaruh Cina Hakka. Beberapa contoh:

1. Limpas = Tumpang lalu

2. Hari Satu = Hari Isnin

3. Hari Dua = Hari Selasa

4. Hari Tiga = Hari Rabu

5. Hari Empat = Hari Khamis

6. Hari Lima = Hari Jumaat

7. Hari Anam = Hari Sabtu

8. Hari Minggu = Hari Ahad (mesti korang ingat HARI TUJUH kan??)

9. Bida = buruk, tidak lawa, tidak Cantik

10. Nda/inda/ndak = tidak

11. Palui = Bladi ful, Buduh **kawan-kawan... tidak elok guna perkataan ni ok..

12. Tapuk = Sembunyi .. **biasanya masa kecik-kecik dulu main tapuk-tapuk.. ala2 Hide n seek la.. hehehe...

13. Geng Karas(keras) = hardcore punya kawan.. kawan sehidup semati la lebey kurang..

14. Aramai Tih!! = Meriah.. happening..

15. Tingu/tinguk = tengok

16. Pigi = pergi

17. Sikul = sekolah/school **ada persamaan kan?

18. Buk = buku **adaptasi dari bahasa inggeris-seperti #17 (dlu atuk nenek kita kan masuk skolah orang puteeh...)

19. Bilang - cakap, kata - *Siapa bilang?

20. Limpang - baring

21. Lugai-lugai - tak tentu arah

22. Aisboks - peti sejuk

23. Bubut - kejar

24. Sot - gila

25. Ngam-ngam - sesuai/cukup2

26. Silaka - Celaka

27. Mem - ibu/mak/mummy

28. Bos - bapa/ayah/daddy **Kadang2 kaum bapak juga dipanggil BELIAU (cth: Mana beliau kau? maksudnya "ayah awak mana?")

29. Mangkali - barangkali

30. Tembirang = temberang, bohong, tipu

31. Karabau = kerbau **kalau istilah 'karabau kaki pendek' tu biasanya bermaksud anjing.

32. Andang-andang = that's how it is.. memang begitu

33. bahai = plastic bag

banyak lagi lah, tapi susah mau fikir nak letak ape agi..  

Penggunaan Kata tambah -bah
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:

Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata

Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa mesra orang tersebut secara ringkas. **Contoh ayat:
Orang yg menegur: "Bah..." Sambil senyum, angguk kepala atau angkat tangan.
Orang yg ditegur: " Bah..." Sambil senyum, angguk kepala atau angkat tangan

Perbualan biasa:
1."aku lapar sudah bah ni" = "Saya dah lapar ni"
2."sejuk bah ni air..." = "Sejuknya air ni.."
3."awal lagi bah ni" = "Awal lagi ni...."
 
Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:
1. "apa kabar bah?"
2. "suda makan ka bah?"
3. "bila balik bah?"
4. "boleh jumpa ka bah?"

Sepatutnya perkataan "bah" di atas TIDAK perlu digunakan. Oleh Itu Marilah Bersama-sama Menggunakan Bahasa Sabah Dengan Betul...
hehehehe... 

 Last lah bagi contoh ceta2 lucu org sabah:-

cerita 1;
ni bapa br blk dr SM(semenanjung)..dia npk ank2 dia main lumpur la..trs dia blg..
"nak sume jgn main kat sane,licin tu bahaye"
ank2 dia x pduli..kli kedua..
"naik sini..jgn lg main kat saneee.."
selamba jaa ank2 dia x dgr..kli ketiga mrh suda diaaa...
"kada kou pamain hino kangku diii!!!!!!!!"..
bertempiaran ank2 dia..

cerita 2;
ni org Tambunan knun lama tgl d SM..c gaman p mbli sna Kim Sin(skg xda suda 2 kadai)..dia ckp sama 2 pekerja 
"ade ke jual kacang ijau cni?"
trs 2 pekerja ckp ada la..jd dblg nedi c gaman..
"ok beri pak cik kasang ijau yg warna merah aa"..

IKLAN UNTUK ANDA