Saturday, February 26, 2011

MONA FENDI... Ingat lagi kah anda???


Mona Fandey
Masih ingat lagi Mona Fandey/Fendi yg terlibat dlm satu kes pembunuhan? Alah wanita yg penuh enigma itu? Berikut ialah beberapa fakta yg pernah didedahkan oleh akhbar2 tempatan mengenai beliau disepanjang perbicaraan kes pembunuhan bekas ADUN Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan:

* Nama sebenar beliau ialah Maznah Ismail, tidaklah seglamour Mona Fandey. Bagaimana boleh dapat Mona Fandey tidaklah diketahui dgn pasti. Tapi aku rasa pangkal nama Mona Fandey itu mungkin datang dari nama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman. Alah mcm Aida Razwil lar jugakkan? Mengambil nama suami sebagai sebahagian daripada nama dirinya.

* Mona Fandey mendakwa dirinya berketurunan raja, bekas penari ballet air, seorang usahawan, pengamal ilmu kebatinan, artis rakaman dan juga pengamal ilmu hitam. Wah, byk betul bakat makcik nih yek? Aku pun tak mampu nak buat semua sekali... Setakat, makan dan minum sambil tengok TV dan bernafas aku pernah buatlah.

* Sebagai pengamal ilmu kebatinan beliau pernah menawarkan khidmatnya melalui syarikat Ambang Kurnia Sdn Bhd di mana beliau menghasilkan produk perubatan tradisional yg dinamakan Cahaya Mona Fandey. Aku tak pasti apakah bentuk produk si Mona Fandey nih dan apakah faedahnya mengambil produknya? Rasa2 boleh teka tak berdasarkan nama produknya?

* Kehebatan Mona Fandey dlm ilmu2 hitam dikatakan melampaui amalan biasa. Dia boleh memukau, boleh terbang di udara, boleh bertukar rupa dan boleh hidup tanpa makanan. Jadi ada yg memberi amaran bahawa Mona Fandey akan sukar utk ditangkap apatah lagi utk menjalani hukuman. Yalah tuh. Semua yg disenaraikan tuh mcm silap mata je.

* Dipuncak kerjayanya sebagai usahawan dan pengamal ilmu kebatinan beliau dikatakan memiliki berderet kereta2 mewah: Mercedes Benze, BMW, Honda Prelude dan beberapa buah kereta pacuan empat roda. Kalau betul dakwaan ini, nak buat apa dgn kereta banyak2 tuh? Bukannya boleh pandu semua sekali pun serentak?

* Beliau juga dikatakan memiliki sebuah pulau berdekatan dgn Phuket yg dibeli pada harga RM 5.8 juta. Menurut Mona dia merancang utk menjadikan pulau itu sebagai kasino dgn bantuan rakan-rakan kongsinya dari Amerika dan Eropah. Geliga betul otak si Mona nih. Tapi apalah agaknya nama pulau tuh yea? Pulau Mona tak?

* Sebagai artis rakaman, beliau pernah merakam sebuah album, sembilan lagu, di bawah naungan syarikat rakamannya sendiri. Hebat! Tapi hairannya, tak pernah pulak dgr lagu nyanyiannya. Ada sesiapa yg pernah dengar? Entah2 ada yg memiliki album si Mona nih tak... Siapa tau...

* Beliau mendakwa pernah melakukan pembedahan plastik berulang kali utk mengekalkan keremajaan btk tubuhnya. Remaja lagi ke? Alah bukan tua sgt pun dia masa tuh, baru saja mencecah 38 tahun. Nasiblah, botox tak wujud lagi pada tahun 1993, kalau ada mesti dia buat suntikan juga.

* Di sepanjang perbicaraan, beliau dikatakan berlagak diva; kerap mengenakan baju berwarna kontras hitam-merah, dandanan wajah yg tebal dan tingkah laku yg dramatik. Alah apa nak hairannya, Mona Fandey kan artis. Jadi sebagai artis haruslah pandai tampil menarik. Tambah2 pula masuk dlm akhbar muka hadapan? Itu tak masuk lagi siaran2 berita TV utama?

* Kalau dah melaram, tak lengkaplah kalau tak senyumkan? Jadi tak hairanlah apabila sepanjang perbicaraan beliau dikatakan sentiasa murah dgn senyuman bila diacukan lensa kamera. Malah selepas dijatuhkan hukuman pun beliau tetap senyum dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia. Berterima kasih utk apa agaknya tuh yea? Agaknya kerana menjadikan impiannya popular dan diingati sampai kini tak? Seramnya...

Mungkin kita juga harus berterima kasih kepada Mona Fandey. Kalau bukan kerana pendedahannya mungkin kita tidak akan tahu bahawa ada ahli2 politik kita pergi kepada pengamal ilmu hitam utk berjaya dlm politik. Sungguhpun begitu, pendedahan yg dibuat Mona Fandey tidak membantu dirinya dan juga suami serta pembantu mereka Juraimi Husin melepaskan diri dari hukuman. Pada subuh, 2 November 2001, tamatlah riwayat Mona Fandey ditali gantung.

Mungkin ramai yang mengenali Siapakah Mona Fendi , tetapi lebih mengenali Mona Fendi dengan kes pembunuhan berprofile Tinggi . Tapi mungkin ramai tidak tahu bahawa Mona Fendi adalah seorang Penyanyi dan pernah muncul di TV3 dalam rancangan Muzik muzik suatu ketika dahulu . Jika anda meneliti setiap ayat dalam nyanyian beliau memang mengerunkan. Apatah lagi Mona sanggup membunuh dan mengerat mangsanya adalah sesuatu yang tidak dapat difikirkan dengan akal bagaimana seorang penyanyi boleh membuat pembunuhan seperti itu , Mona juga adalah seorang Bomoh dan mungkin itu adalah penyebabnya.

Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.
Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.

Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak.
Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.

Mari kita bersama - sama mendengar Lagu Daripada Mona .



No comments:

Post a Comment

IKLAN UNTUK ANDA