Sunday, January 22, 2012

Mencintai bukan bererti memiliki

Sedang jari-jemariku menari dengan rancaknya menekan  bebutang keyboard di atas meja belajarku, tersentak jiwa bagai dihiris sembilu tatkala orang yang aku pujai kini di miliki insan yang lain. Entah bagaimana epilog cintaku bersemi tatkala hati yang rentung dan pilu di ketuk oleh seorang insan yang sudah aku tinggalkan. Bukan aku  lelaki dayus yang hanya mementingkan paras dan harta si pujangga hati, tetapi pergolakan jiwa yang tidak berkesudahan merintih jiwa sanubari. 

Ya, aku tahu dia pasti melupakan aku, tetapi ayat manis bicaranya tidak pernah aku lupakan walaupun hampir 3 tahun kau ungkapkan ayat keramat itu.. "abg... Mencintai bukan bererti memiliki", jauh di sudut hati aku hanya tersenyum tatkala ayat kau ucapkan itu amat memberi makna kepadaku. Aku tahu aku telah mengkhianati perasaan cinta mu padanya, tapi sedarkah kau pujaan hati. Sedarkah? ayat yang kau ungkapkan kepadaku itu di saksikan oleh masa. Ya MASA di kala engkau dan si dia masih berada di atas garis-garis cinta, ibarat aku orang ketiga yang mengumpan  masa untuk meruntuhkan mahligai cinta istana mu kepadanya. 

Tapi apakan daya, aku hanya insan biasa yang hanya memikirkan kebahagiaan diriku, amat jauh untuk melihat kebahagiaan orang lain, lagi-lagi kebahagiaan kekasihmu. Kejamnnya aku pada kekasihmu, sanggup ku menjadi orang ketiga untuk menghancurkan mahligaimu. Tapi Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ayat yang kau lafazkan itu semakin lama semakin pudar dek kemanisan cintamu padanya. 

Aku semakin pilu, jauh penuh pengharapan. aku berjalan, aku merangkak untuk mendapatkan cahaya cintamu itu kembali, tapi semakin langkahku kehadapan semakin malap cahaya cinta itu, dan semakin lama ku berharap, semakin pudar harapan itu. Kini aku pasrah, andai takdir itu tidak memihak kepadaku, kau kekalkan lah cinta abadimu itu kepadanya, kerana aku tahu dan aku yakin, melihat kebahagiaanmu merupakan satu pengorbananku untukmu.

Wednesday, January 11, 2012

10 perkara perihal wanita yg tidak difahami jejaka



Kamu menganggap lelaki makhluk sukar difahami?

Wanita hakikatnya lebih membingungkan.




Sukarnya memahami wanita! Ada saja karenah yang perlu ditangani dan dilayan. Silap haribulan, semuanya tak kena dan ada saja yang boleh membuat si dia naik angin. Bagaimanapun, jika kamu mampu melakukanya, hubungan kalian pasti akan lebih teguh dah harmoni. Sebagai panduan, di sini dipaparkan 10 misteri klasik wanita.




1-DOMPET PEMBAWA MASALAH

Mengapa wanita gemar membawa beg bersaiz kecil? Sudahnya kamu juga terpaksa memegang dompetnya yang sarat berisi pelbagai resit, selain documen peribadi. Jika berlaku perkara tidak di ingini, tidakkah ia membahayakan?



2-BERTANYA SOALAN CEPUMAS

Mengapa wanita selalu bertanya soalan yang mereka tidak mahu mendengar jawapannya? Contohnya, bertanyakan komen sama ada teman baiknya tampak menggoda. Jika kamu menjawab “tidak”, jawapan itu akan dipersoalkan dengan hujah panjang lebar, tetapi sebaliknya jika kamu menjawab “ya” mereka pasti naik berang umpama taufan melanda.



3-JEANS WANITA

Wanita memiliki berpuluh pasang jeans berlainan potongan, seni reka - malah jika boleh hampir segala warna ingin dimiliki mereka. Berbeza dengan lelaki, semuanya nampak serupa.



4-SALAH OH SALAD

Lelaki tidak faham mengapa wanita hanya memesan salad dengan alasan tidak lapar selepas lama membelek menu dan kemudian nya menghabiskan separuh daripada makanan pasangan.



5-KONSEP MASA BERKUALITI

Selepas menemani pasangan sehari suntuk keluar membeli belah, wanita masih merungut kepada pasangan masing-masing. “Kita tidak meluangkan cukup masa bersama”.



6-JENGKEL FOBIA SERANGGA

Wanita kini rata-ratanya lebih berani dan lebih tegas berhadapan cabaran hidup tetapi bab membunuh lipas, mereka pasti mahu bantuan lelaki.



7-DILEMA “LELAKI BAIK”

Wanita sering bersungut mengenai sikap lelaki yang suka bertangguh. Tetapi jika jejaka menelefon sebaik tamat date pertama, mereka dicap “gelojoh” pula.



8-BERTEMAN KE TANDAS

Lelaki memang tak faham mengapa setiap kali ke tandas, wanita perlu ditemani segerombolan rakan rakan! Kesannya, mereka akan menghabiskan banyak masa berbual dan bermesyuarat di depan cermin bilik kecil itu sambil membelek solekan dan melihat sulaman di baju masing-masing.



9-MISTERI “MUSIM DINGIN”

Tidak kira berapa sekalipun suhu cuaca di persekitaran, wanita sering bersikap “dingin” dan merajuk tanpa sebab. Semakin dipujuk semakin panjang pula rajuk, tetapi bila tidak diendah, bertambah teruk pula jadinya. Alahai wanita, apa lagi nak kena buat ni!!!!!!!!!



10-RAMBUT BANGUN TIDUR

Mengapa wanita sanggup bangun awal mengadap cermin mendandan rambutnya sedangkan rambut mereka juga sudahnya tidak ubah seperti baru bangun daripada tidur!!!

Friday, January 6, 2012

17 Ikatan Tali Kasut yang Menarik


Sebenarnya banyak cara gak kan nak ikat tali kasut ni, 
macam2 fesyen!!!  Pada yang tak reti2 agi nak ikat tali kasut tu, 
meh sini MB ajar care nak ikat tali kasut anda supaya lebih bergaya ag...
 hakxx... mesti ramai makwe pengsan tngok anda di sebabkan
 kehenseman + cara ikatan tali kaut anda.. :P

Ada 17 cara, perhatikan betul2 k... MB pun sebenarnya pening gak!!! 
cam susah jer.. pas exam MB nak try buat lah.. pilih lah
 mana satu ikatan yang anda paling minati...











Sunday, January 1, 2012

Tragedi Berdarah Tahun Baru 2012 di UPSI


SHAH ALAM – Demonstrasi sekumpulan mahasiswa menuntut pembebasan Adam Adli Abdul Halim, yang dikaitkan dengan isu menurunkan ‘bendera’ Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lalu dan kebebasan akademik di pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pagi tadi bertukar  menjadi peristiwa berdarah.
Polis bersama pasukan FRU menahan ketua demostrasi sehingga timbul kekecohan dengan adengan tolak-menolak, termasuk kecederaan serius terhadap Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang.
Safwan terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River.
Kumpulan itu mengadakan perhimpunan di ibu negara pertengahan bulan lalu bagi menyerahkan memorandum kepada Suhakam dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. Adam dilaporkan menurunkan banting berupa bendera itu selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula di pekarangan Menara Dato’ Onn yang menempatkan ibu pejabat Umno.
Pelajar Upsi itu berhadapan dengan tekanan agar meminta maaf dan siasatan pihak berkuasa.
Difahamkan kumpulan itu cuba membawa Safwan untuk mendapatkan rawatan di klinik berdekatan dengan didakwa memecahkan pintu pusat perubatan 20 jam itu.
Namun ketiadaan doktor memaksa mereka membawanya ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim sebelum membawanya ke Hospital Slim River.
Lebih 100 pelajar yang menyertai demonstrasi ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Difahamkan, antara 55 ditahan termasuk 30 wanita telah dibebaskan.
Antara yang ditahan ialah Adam, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional Mohd Syahid Mohd Zaini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Ahmad Shukri Razab.
Kekecohan tercetus kira-kira pukul 2.25 pagi tadi apabila amaran polis untuk bersurai tidak diendahkan.
Penunjuk perasaan yang cedera dipercayai akibat ditumbuk dan ditendang. Keadaan kembali tenang sekitar 5 pagi tadi.
Usaha mendapatkan pengesahan Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Md Tahir Kasim belum berhasil.
Dalam pada itu, Jingga 13 mengecam dan menyifatkannya sebagai tindakan keras polis terhadap mahasiswa.
Ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya brutaliti dan  tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan oleh pasukan FRU yang menangkap, membelasah dan mencederakan kumpulan aktivis dan mahasiswa di Upsi malam tadi.
“Tindakan biadap di luar kewarasan manusia ini langsung tidak dapat diterima oleh mana-mana manusia yang berakal dan ia jelas sekali melampaui batas.
“Pihak Polis yang sepatutnya menjadi tempat mahasiswa kerdil bergantung harap, meminta pertolongan dan perlindungan tergamak menjadi alat penguasa bertindak zalim,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kata beliau, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan  Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar wajib bertangungjawab atas insiden ini.
“Jingga 13 juga mendesak agar kesemua 17 aktivis dan mahasiswa termasuk Setiausaha Jingga 13 Saifuddin Shafi Muhammad yang ditahan dibebaskan dengan segera tanpa syarat manakala mereka yang cedera wajib diberikan pampasan yang selayaknya,” katanya lagi.
Sumber : Sinarharian

Derita Buah Zakar Besar

LAS VEGAS: Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.



Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa. Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram.

Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.
Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai. Katanya, bukan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaannya begitu.

Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka Masuk Islam???


Heboh didalam facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkenal nih telah memeluk agama islam,Tak silap aku gambar nih diambil pada 26./12 baru-baru nih di sebuah masjid di Dubai.
Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid nih.Kalau berita nih benar alhamdulillah.Bertambah lagi umat islam didunia nih.Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa..
Semoga tahun baru 2012 ini membawa lebih banyak makna dan kebaikan kepada kita semua. Jagalah kesucian agama Islam, dan martabatkan maruah bangsa di mata dunia.

Cerita Sam and Dol

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh
bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah
minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6
ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas?
Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati
dalam air!
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam ja...
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light
dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik,
api rumah aku dah kena potong!
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada
aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau
orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang
merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang
signboard "SILA DATANG LAGI"

IKLAN UNTUK ANDA