Tuesday, October 11, 2011

Sifat Kaum Adam yang Awek nak???


MENINGGIKAN SUARATau la dikurniakan suara yg 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, x elokla. Ini antara kelemahan lelaki coz mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya x bersalah.

MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar.Walaupun dah ada kekasih, dorang sukar nak setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasih sendiri..


SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa awek cantik dan seksi mulalah mata tu cam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih kat sebekah, si dia xkan peduli.Bagi dorang x salah kalau sekadar mencuci mata tapi hati kekasih kenalah jaga gak cik abang!

MENGONGKONG
Itu xleh, ini xleh, sikit-sikit nak kontrol.Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau x mula la tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu.Tapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... camne 2?

EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.x salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

MENIPU
Masalah yg ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yg x munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yg mereka mempunyai masalah yg x dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada gak yg sudah berpunya tapi mengaku solo. Berterus- teranglah wahai kaum lelaki coz pompuan lebih menghormati mereka yg memiliki sifat berterus-terang ini.


PERASANAduh... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yg hensem.Dah 2 ngaku mereka la yg jadi lelaki idaman para WANITA. Tapi, mungkin pada pompuan mereka ini biasa je.. tapi mereka yg lebih2. Bukan semua pompuan memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih2 perasan 2... ada pompuan yg lebih suka mengutuk dari memuji...he3.. sedarlah!

MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah gak kalau dapat yg mementingkan diri sendiri nih. lelaki selalunya xmau mengalah
dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan pasangannya. Mereka gak suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan  perasaan kekasih... ego katakan! xsemestinya pendapat kaum pompuan ni xleh pakai.

KURANG MEMBERIKAN PERHATIANLelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang beri perhatian x kira dalam apajua urusan. Tapi kalau urusan yg berkaitan ngan dirinya sendiri, cepat nak buat.. Jika berkaitan teman wanita,alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tapi cukuplah sekadar pasangannya ambik tau tentang dirinya coz sifat semulajadi sorang pompuan ingin bermanja dan dimanjakan.

CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu x tentu pasal dan memanjang je, rasa xselesa gak.. Agaknya lelaki yg kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Kene ingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya.Jangan cemburu buta dahla..

MATA DUITANJangan xtau ada juga lelaki mata duitan ataupun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka x kisah nak kikis duit kekasih ngan 1001 macam alasan yg adakalanya x logik diterima dek akal. Kalau kisah pompuan mata duitan kita dah biasa dengar, tapi kalau lelaki lak yg mata duitan... apa cite ni??


KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yg terlalu komited ngan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yg menimbun. Bukanlah xleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah bahagikan masa bersama teman wanita.Paling xpun, seminggu sekali luangkan masa. Bukannya pompuan xleh memahami.

PANAS BARAN
Aduiii... masalah yg xleh menimbulkan fobia terhadap seseorang pompuan apabila dapat pakwe yg panas baran. Pantang silap sikit,mahu dihambur segala kemarahannya. Ada gak kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking leh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Cuba-cubalah kawal..

KAKI MEROKOKIni satu lagi sifat kaum lelaki yg melemaskan pompuan. Asyik berasap sana sini, naik lemas ngan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit ngan makan benda berfaedah epe gak.. ni x.. asyik menyedut asap yg xmenyihatkan. bukan tegur sebab pe.. tapi sebab kite sayang kat awak la.


PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yg pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali.xrasa segan ke?? Entahlah...hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini sajayang dapat menjawabnya.

GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh.Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tapi x sedar cara mereka makan yg  gelojoh melemaskan orang pompuan.Sepatutnya, samada lelaki mahupun pompuan patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

PENTINGKAN KAWAN-KAWANSanggup membatalkan temujanji semata-mata nak bermain bola sepak ataupun menonton WWF ngan kawan-kawan. Lelaki jugak selalu mementingkan kawan2 dalam banyak hal.Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata nak habiskan masa ngan kawan2. Apa guna bercinta kalau cam 2? Kalau ada masalah lak, kawan2 sebagai tempat mengadu ngan alasan x sesuai cite kat kekasih. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri kan? jadi xkan la selaluh nak berahsia?X elokla.. cam si dia tidak penting lak..


TIDAK TAHU MEGHARGAISukar nak jumpa lelaki yg tau menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yg berpura-pura x mengambil tau walaupun menyedarinya. Mereka seboleh2nya mahu si dia terang2 menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit2 atau sekadar kiasan 2 alamatnya mereka akan berpura-pura x menyedarinya. Apa salahnya sekali2 tunjukkan sikap anda yg menghargainya seperti bagi hadiah kecil. Xpun ucapkanlah terima kasih setiap kali dia buat sesuatu..

PUTAR BELITLelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya mereka yg bersalah. Bagi mereka, putar belit ni tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya benar2 menyintai pasangan, perkara ni seharusnyaxjadi coz apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah  yg dibuat suatu hari nanti.Jujurlah pada pasangan anda.

SUKA KONTROL MACHOPeh! Nak dikatakan macho, ada gak yg x. hancur je yg lebih kot! Terutama bab sikap,mau lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh2nya mereka nak menampakkan yg diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. X perlula nak merasakan diri 2 macho kerana pompuan saja yg layak membuat penilaian terhadap 2.Kalau rasa diri 2 macho, tapi pada mata pompuan tersebut sebenarnyah xla macho sangat pada hakikatnya.. ha3..


No comments:

Post a Comment

IKLAN UNTUK ANDA