Lagi 2 hari nak menyambut hari raya, semasa balik dari solat tarawih Wak Sumardi dan Pancis lalu depan rumah Ajoi yang gelap dan nampaknya sedang bersiap nak balik ke kampung kerana barang-barangnya dah dimasukkan dalam kereta dengan pintu rumah terbuka luas.
Atas sifat kejiranan, mereka berdua menjengah dalam rumah Ajoi kononnya nak bersalam-salaman. Tapi Ajoi nampak sedang sibuk seperti mencari-cari sesuatu.
Wak Sumardi: Assalamuaikum JoiAjoi: Walaikumsalam .. oo nasib baik korang datang boleh tolong akuPancis: Tolong aper bro?
Ajoi: Kunci kereta aku jatuh, dah la nak balik Kuantan nih. Kata Ajoi sambil mencungap-cungap dan peluh menyimbah di dahi.
Wak Sumardi dan Pancis pun turut sama mencari kunci tersebut, habis rumah Ajoi diselongkarnya.
Nak dekat 2 jam diaorang mencari masih tak jumpa juga. Last-last Wak Sumardi bertanya.
Wak Sumardi: Ajoi sebenarnya kunci ko jatuh kat mana?Ajoi : Hmm kat luar!Pancis: Eh budak ni dah jatuh kat luar pesal ko cari dalam rumah?
Ajoi: Kat luar tu gelap, sini terang aku carilah kat sini. Kalau kat luar mesti tak nampak.
Wak Sumardi dan Pancis tak boleh tahan geram terus slam dunk Ajoi kat situ juga.
No comments:
Post a Comment