Sunday, May 8, 2011

Cerita seram budak pompuan melayu terakhir


Waktu ni aku tengah buat matrikulasi kat Petaling Jaya, Selangor. Aku rasa korang taulah kat mana..dalam pusat matriks tu ada satu masjid.Masjid ni pulak bersebelahan jer dengan asrama sister (pompuanlah). 

Bukan setakat benda2 seram, pelik @ aneh, flasher pun banyak kat situ. Tau flasher tu apa kan? Alah lelaki gila seks yg suka tunjuk anu dia tu! Sepatutnya asrama sister ni taklah seram sgt sbb terletak kat bandar jer tp kalau dah namanya asrama, aku rasa mmg takleh lari dari benda2 mistik ni.Cerita2 seram ni mmg banyak & boleh buat koleksi..takpe aku akan story satu persatu ok.

So, kalau yang nak tau mcm mana gambaran dalam matriks tu lebih kurang mcm ni. Matriks ni ada 3 pintu masuk, satu pintu masuk utama & dua lagi pintu masuk yg selalu sister guna, kira mcm shortcutlah. Yg 2 pintu masuk shortcut ni, satu masuk ikut tepi masjid & satu lagi ikut belakang asrama sisters. Kalau yg dah kantoi balik mlm2 lepas curfew tu slalunya kitaorg masuk ikut tepi masjid tu jer sbb gate dia tak pernah kunci..(bercakap dari pengalaman..ahaks).
So, hari tu rasanya hari sabtu malam ahad. Kawan aku Aida ni pun keluar dengan 2 lagi member dia, Niza & Suzi. Dalam agak2 lagi 5-10 minit sblm curfew abis (pkl 11 mlm)..dia pun baliklah. Mmg waktu mesti dimanfaatkan sepenuhnya especially kalu nak keluar dating..hehe.

So, minah bertiga ni pun ikutlah jalan yg tepi masjid tu sbb gate dia kan tak kunci.Jadinya mlm tu entah mcm mana, adalah pulak van yg bawak jenazah tu di park cantik jer kat tepi jalan yg diaorg lalu tu. Si Suzi ni tiba2 cakap "Hishh..seram pulak aku nengok van tu mlm2 cam gini" sambil menggosok2 lengan, mungkin agaknya bulu roma dia meremanglah tu. Aida ni pun reply "alahai engko ni takkan nengok van tu pun nak takut, aku setakat van mayat ni tak heranlah". Si Niza yg tadi diam tu mcm tak suka bila Aida ckp tu.Dia pun mcm buat mukalah kat si Aida supaya si Aida ni tak teruskan apa yg dia nak ckp.


Sebenarnya dari pintu masuk ikut tepi masjid tu nak ke asrama kitaorg bkn nyer jauh sgt. Dlm 5-10 minit dah boleh sampai. Tapi entah mcm mana bila lepas je dari masjid tu, Aida tiba2 rasa nak terkencing sangat2. Aku ulang SANGAT2. Waktu tu diaorg dah sampai kat depan pondok guard. Ada satu guard tengah jaga time tu. Guard tu mcm biasa tgh bercakap-cakap kat walkie talkie.


So, korang imagine k. Depan pondok guard tu ada satu hall (dewan), mmg besarlah hall tu. Dewan tu normally digunakan waktu ada exam jer. Dibelakang dewan ni ada toilet yg pun jarang2 digunakan. Mcm aku ckp tadi waktu exam jer baru ada manusia guna toilet tu. Mahkluk lain tu aku tak tau ler..

Jadinyer Aida pun cakap kat Suzi suruh tunggu dia kat postguard tu sbb dia nak guna toilet kat belakang dewan tu jer. Puas gak si Suzi memujuk ajak dia balik, buang air kat asrama jer tp Aida mmg dah tertahan nak terkucil.
"Ko duduk diam2 kat sini tunggu aku ok" kata Aida. Dia pun berlari ke toilet yg blkg hall tu. Bukan jauh sgt pun, depan pos guard tu jer. 

So, aku nak korang imagine pulak mcm mana rupa dlm tandas tu ok. Sorry korang terpaksa byk berimaginasi kalau baca cerita aku ni..hehe. Orait, bayangkan korang berdiri kat depan pintu masuk toilet, disebelah kanan adalah toilet (dalam 10 buah)& disebelah kiri ada cermin yang memanjang sampai kehujung dinding. Senang cerita ada 10 toilet kan, so cermin pun ada 10 jugak.

So Aida pun masuk ke dalam, waktu tu cuma ada satu je lampu yg hidup waktu tu. Itupun lampu tu betul2 bawah toilet yg no.5 (toilet yg tgh2). Memandangkan toilet tu je yg ada lampu Aida pun berlari ke toilet tu, tolak pintu tp yg peliknya berkunci mcm ada org tgh guna kat dlm. Dahlah tak tahan nak terkencing ni. Aida pun pegi toilet yg pertama, rosak paiplah pulak, yg ke-2 flush plak rosak..sampailah toilet yg no.10 barulah sempurna & boleh guna. Cepat2 Aida ni membuang apa2 yg patut. Betulkan apa2 yg patut & ready nak keluar. Bila dia selangkah je keluar dari toilet tu tiba2 dia ternampak dalam cermin toilet tu ada pompuan kat toilet yg tgh2 tadi. 

Aida pun masuk balik dlm toilet. Sambil garu2 kepala yg tak brp nak gatal Aida pun terfikir dalam hati, mcm2 bendalah yg dia fikir. Bila pompuan tu masuk, naper tak dgr dia masuk etc. Fikir punya fikir sampai botak pun dia kena jgk keluar dari toilet & kena lalu depan pompuan tu utk keluar dari tandas. Lepas tu, Si Aida pun keluar jalan perlahan2, tak pandang pun kiri kanan terus je pergi kat sink, konon2 nak basuh tangan. Aku pun tak paham pompuan tu boleh plak waktu genting mcm tu pikir nak basuh tgn. Mmg kalau syarikat dettol tu kenal Aida ni boleh ambik jadi duta Dettol..hehe

Jadinya Aida pun pelan2 basuh tangan tp mata dia pandang je pompuan yg tgh berdiri kat belakang dia. Ok korang imagine lagi ye..pompuan tu tgh BERGAYUT kat pintu toilet tp yg peliknya tak nampak pulak jari jemari dia memegang alang pintu..kot nampak boleh pengsan kat situ. Rambut dia kusut masai panjang sampai lantai. Kain dia warna putih2 kuning berkarat ngan tanah pun panjang sampai lantai. So, kaki tak nampak. Baju dia ni mcm org tgh berkemban sbb Aida boleh nampak ketiak dia. Yg bestnya warna kulit dia dari ketiak sampai muka satu warna jer..putih pucat. Mata dia tengah memandang ke lantai. Bawah mata dia warna lebam, bibir warna hitam.

Bila dah puas meneroka muka pompuan yg tgh bergayut tu, Aida pun dah cuak sbb nyer dah tahu mahkluk apa yg tgh berdiri kat blkg dia waktu tu. Waktu Aida ni terfikir je perkataan "HANTU" dlm hati dia, tiba2 je cik pon yg tgh berdiri tu angkat pandangan dia & pandang terus kat Aida dlm cermin tu. Dia mcm tau je apa yg bermain dlm hati Aida. 

Bila Aida terpnadang je bijik mata pompuan tu yg merah menyala tgh terjegil kat dia Aida terus terjelepuk atas lantai. Waktu tu jugak cik pon tu mengilai-ngilai dgn kuatnya mcm pasang amplifier. Suara hilaian tu bergema-gema dlm toilet tu. Aida pun merangkak-rangka keluar tp sempat menjeling kat pontianak yg tgh ketawa tak hengat. Yg peliknya kata Aida pontianak tu mengilai tp mulut dia statik jer.

Dlm merangkak2 tu akhirnya sampai kat dpn toilet. Niza ngan pak guard terkejut beruk tgk si Aida masuk normal tp keluar dah mcm org OKU. Bila keluar je Aida menangis meraung2 tp satu cerita pun tak keluar dari mulut dia.Si Niza pun pelik sbb dia pun tak dgr apa2 yg pelik dr dlm toilet tu. Maknanya yg pontianak tu ketawa sikit punya kuat Niza haram tak dgr.

Dipendekkan cerita (panjang dah sbnrnya..ngehngeh) Aida diberi cuti 2 mggu oleh Univeristi pegi berubat kat Kelantan. Lama2 dia ok tp sepanjang 2 thn kat situ kitaorg mmg tak tau cerita sebenar sampailah pd hari terakhir kitaorg kat matriks tu barulah Aida buka cerita. Dia tak nak kitaorg takut, lgpun dia dah tak nak ingat cerita tu lagi & terbayang2 kan muka pompuan tu.

No comments:

Post a Comment

IKLAN UNTUK ANDA