Saturday, April 30, 2011

Misteri Lebuhraya Karak part 2

"Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni...".

"Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......"

"tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya......

"emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh.

Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung

"emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." tiba-tiba Azizn terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya " kou kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib......" namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya

"aaaarghhhh........ngarut jer...mana ader hantu .... sekarang ni zaman internet jer ....sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.." kata Aziz keseorang
mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran...

Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati,tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya...... "Argh...bukan" dikuatkan semangatnya. Semangkin hampir.......,dan
semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. "orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula.


Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... " segera Aziz membuka pintu disebelahnya......tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta...."terima kasih nak" kata permpuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........

"aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar......

"sebenarnya, mak cik pergi cuti darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz "apa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula.......

"yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir........"kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua
itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan
mukanya......


"burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!" tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut "maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh"
dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz.


"hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........."
mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....


ITULAH KELEBIHAN SABUN BREEZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!" HE HE HE

Misteri Lebuhraya Karak part 1

Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”
“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.

Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.

“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”
“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.

Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.
“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.
“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.

Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.

Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.

Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.

Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.

Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.

Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.

Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.  

click sini tuk part 2

Friday, April 29, 2011

Gambar Pasangan Burung yang Membuatkan Ramai Penduduk Eropah Menangis Melihatnya

image
Seekor burung betina terkapar di pelantaran dengan keadaan tubuh yang parah.

image
Pasangan jantannya membawakan makanan kepada burung betina dengan kasih sayang

image
Burung jantan sedang memberi makan kepadanya, tak lama kemudian burung betina itu mati terkulai. Burung jantan merasa terkejut dan cuba mengangkatnya.

image
Burung jantan akhirnya menyedari bahawa pasangan yang dicintainya telah mati. Ia kemudian “menangis” di hadapan kekasihnya yang telah mati kaku.

image
Sambil berdiri di samping tubuh kekasihnya sambil “berteriak” dengan suara yang sangat menyedihkan seolah-olah meratapi kematian kekasihnya.

image
Akhirnya ia menyedari bahawa pasangan yang dicintainya telah meninggalkannya dan tak akan boleh hidup kembali bersamanya. Ia berdiri disamping tubuhnya dengan sedih dan duka yang mendalam.(perhatikan wajahnya)

Gambar pasangan burung ini dikhabarkan diambil di suatu tempat di wilayah  Republik Ukraine, ketika burung jantan tersebut sedang berusaha menyelamatkan pasangan betinanya.
Jutaan orang di Amerika dan Eropah menitiskan air mata setelah menyaksikan gambar-gambar ini.

Manusia berkepala Aneh ...

Inilah manusia yang berkepala aneh...






PERGHH !!! Pencuri seluar dalam WANITA !!!

Pelik sungguh.Macam-macam cara digunakan untuk melepaskan hawa nafsu seperti lelaki ini sanggup menggadaikan nyawa semata-mata mencuri seluar dalam yang boleh melepaskan 'giannya'.......





sumber : http://www.sukasukaku.com/2010/09/parah-anak-kos-cowok-curi-pakaian-dalam.html


Wednesday, April 27, 2011

HANTU KARIPAP, ngeri siot !!!


Hari tu, mak talipon. Suruh ambil adik kat Stesen Komuter Seremban. Sekarang ni, rajin pula adik balik hujung minggu, hairan juga. Selidik punya selidik, rerupanya asrama tempat adik tu, sudah ada hantu. Aku tanya mak, ’Hantu apa yang ader kat situ?’. Mak pun jawap, ’Entah, kata nyer hantu karipap’. ’Apa??!! Hantu Karipap??!!’, hahaha. Lawak sungguh.

Masa aku ambil adik tu, berboraklah pasal hantu karipap ni. Adik cerita, hantu karipap ni, budak perempuan yang rambutnya panjang lurus dan sedang membawa bakul yang berisi karipap. Hantu karipap ni, muncul pada waktu malam je. Ada juga rakan adik yang terkena histeria kerana kekacauan yang dibuat oleh hantu karipap ni. Sepatutnya, hantu karipap ni kalau dibuat kawan baik, mesti tiap-tiap malam kenyang makan karipap hantu ni, hehehe.

Agaknya, kenapa dalam banyak-banyak kuih, hantu ni pilih untuk membawa karipap? Kalau ikut firasat aku yang untuk jadi bahan gelak ketawa ni, tak lain tak bukan ialah mesti masa dahulu, budak perempuan ni suka mengejek makcik jual karipap yang tak sedap. Lalu makcik karipap tu, sumpah budak perempuan ni jadi hantu karipap, hehehe. Tidak pun, budak perempuan ni dahulu, mati sebab tercekik makan karipap. Tak pun, mati dibaling dengan karipap, hahaha. Sudah, merepek jer aku ni, huhu.

Kalau masa aku kecil dahulu, ada juga kecoh pasal hantu ni tapi bukan hantu karipap. Hantu pada zaman aku ni, dikenali sebagai hantu tetek. Dengar cerita, hantu ni keluar pada waktu tengahari. Apabila sesiapa jumpa hantu ni, hantu ni akan tangkap mangsa dan masukan kedalam teteknya yang dengar cerita begitu besar teteknya. Ialah, kalau teteknya tak besar, macam mana dia nak simpan orang dalam tu, tul tak?? Hahaha.

Masa tu, memang aku seram ar. Balik sekolah pun, ramai-ramai dengan kawan. Tapi bila aku fikir balik sekarang, rugi aku tak jumpa hantu tetek. Ialah, hantu tetek, besar plak tu, giler best, hahaha. Layannnnnnnn!!

Tuesday, April 26, 2011

PENIPUAN WANG kertas !!!



Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.
“Apa itu wang kertas?” Wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.
Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910.
Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat .
Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.
Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran, Firmannya yang bermaksud:
“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76]
Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.
Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.
Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM20,000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.
Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.
Sumber : Milenia Muslim, Julai 2009

Cerita orang PEMALAS


Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari
seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki
mengaku,
Katanya : “saya adalah yang paling malas”
Raja pun bertanya : “apa tahap malas awak?”
Lalu jawab lelaki tersebut :”kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari
dia tuanku”.
Tuanku pun bertanya kepadanya : “sampai mana pulak tahap malas awak?”
maka jawabnya : “Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan”.
Maka raja pun terdiam…..
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki menghampirinya sambil berkata:
“saya adalah yang paling malas tuanku”.
Raja pun bertanya: “bagaimana pula tahap kemalasan awak?”
budak itu pun menjawab : “Nak cite pun malas”….
MMmmalaaaaaaaaaaaaaassss…….

Monday, April 18, 2011

Kisah Nyah ingin BERTAUBAT tapi tak diterima !!! mengapa????



Satu pagi hari ahad..... dua orang nyah sedang berbincang di hadapan serambi umah sewa..... nyah satu nie namanya sally dan sorang lagi nama dia abby...... tetiba..

  
sally: abby.... aku rasa dah jemu la jadi nyah nie... asyik kena tunggang jer... penat tau...
  
abby: alaaaa... takper laaa ... bez apa.. lagipun kita kan enjoy ngan life camnie...
  
sally:aku rasa nak berubah la abby.... aku tak nak camnie dah... aku nak berenti dari buat keja-keja camnie.... aku nak pulang ke pangkal lengan jalan.
abby:yer ker sally..... tapi pernah kau tepikir camner nak berubah..... kau tak tengok ker rupa paras kita nie.. bukannya lelaki lagi... dah berubah 100% perempuan...
  
sally: aku tahu tu abby.... tapi...
  
abby:tak payah tapi-tapi.... nie tetek ko yang saiz 30 berapa nie.... ko nak sembunyi mana.... kalau ko dressing lelaki pun leh nampak.... dah la muka dah jadi jambu.... tak payah berubah la sally... kita terus camnie jer.
  
sally: aku tak kira ... mulai esok aku akan berubah... aku dah tak nak seksi-seksi camnie lagi.... mulai esok aku akan bertudung ngan pakai baju kurung.... aku dah insaf
  

Steven Spielberg tumbuk pelancong Cina !!!


Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"

Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, korang semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem. 

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!" 

MENAKJUBKAN!!! Seorang LELAKI melahirkan seorang BAYI!!!!


Menakjubkan dan ajaib!seorang lelaki selamat melahirkan seorang bayi selepas tindakan membekukan spermanya selama 22 tahun membuahkan hasil

Chris Biblis yang membekukan spermanya sebelum menjalani radiotherapy membuatkannya steril pada usia 16 tahun.Selepas usahanya selama 22 tahun untuk mendapatkan bayi,akhirnya dia berjaya juga melahirkan bayi sihat yang diberi nama Stella

Bayi itu lahir setelah ilmuwan menginjeksikan sperma yang sudah dicairkan ke indung telur istrinya Melodie.


Menurut sumber,Penyimpanan sperma selama 22 tahun merupakan jangka masa yang paling lama dan telah dimasukkan didalam Buku World Record menurut klinik kesuburan AS yang melakukan prosedur terhadapat kelahiran bayi tersebut.

Perdana Menteri Kaki Pengampu !!!


Ada seorang perdana menteri yang sangat suka mengampu rajanya.
“Tuanku sangat hebat, lebih hebat daripada raja-raja yang lain.”

Raja tersenyum dengan pujian perdana menterinya. Perdana menteri itu memuji-muji lagi,

“Tuanku sangat gagah, lebih gagah daripada satu batalion askar. Kata-kata tuanku sangat tajam, lebih tajam daripada pedang dan pemikiran tuanku sangat genius, lebih genius daripada segala profesor.”

Raja tersenyum tidak henti-henti.
“Beta sangat gembira dengan kata-katamu.”
Perdana menteri itu meneruskan lagi pujiannya.
“Tuankulah raja yang paling hebat. Tidak pernah lagi patik jumpa dengan raja yang sehebat tuanku.”

Raja tersenyum lagi dan berkata kepada menteri kewangan,
“Berikan satu banglo yang besar kepada perdana menteri .”
Menteri kewangan menganggukkan kepala. Perdana menteri pula tersangat gembira.
“Betulkah, tuanku? Terima kasih banyak, tuanku. Patik sangat gembira.”
Raja bertanya,
“Kamu gembira dengan hadiah beta?”

Perdana menteri menjawab,
“Ya, tuanku. Patik sangat gembira.”
Raja berkata lagi kepada menteri kewangan,
“Berikan lagi sebuah kereta mewah kepada perdana menteri .”
Menteri kewangan menganggukkan kepala. Perdana menteri pula makin bertambah-tambah gembira.

“Betulkah, tuanku? Terima kasih banyak, tuanku. Hanya tuhanlah yang dapat membalas budi baik tuanku. Patik sangat gembira.”
Raja bertanya,
“Kamu gembira dengan hadiah beta?”

Perdana menteri menjawab,
“Ya, tuanku. Patik sangat gembira.”
Raja berkata lagi kepada menteri kewangan,
“Naikkan gaji perdana menteri dua kali ganda daripada gajinya sekarang.”

Menteri kewangan terkejut dan bertanya kepada raja,
“Ampun, tuanku. Betulkah, tuanku? Banglo sudah diberikan, kereta pun sudah dihadiahkan. Perlukah dinaikan gaji perdana menteri?”
Raja menjawab,
“Tidak perlu.”

Perdana menteri bertanya,
“Kenapa, tuanku? Apakah salah patik? Kenapa tuanku menarik balik hadiah tuanku?”
Raja menjawab,
“Kamu gembira dengan hadiah banglo?”

Perdana menteri menjawab,
“Ya, tuanku. Patik sangat gembira.”
Raja bertanya lagi,
“Kamu gembira dengan hadiah kereta?”
Perdana menteri menjawab,
“Ya, tuanku. Patik sangat gembira.”

Raja menjawab,
“Baguslah kalau kamu gembira. Kamu telah menggembirakan beta dengan puji-pujian kamu dan beta telah menggembirakan kamu dengan kata-kata beta. Pulanglah, pergi buat kerja kamu.”

Perdana menteri bertanya,
“Bagaimana dengan hadiah-hadiah tadi, tuanku?”

Raja menjawab,
“Tiada hadiah untuk kamu. Cukuplah kamu gembira dengan kata-kata beta. Kamu memuji beta dengan kata-kata, jadi beta pun menghadiahkan kamu dengan kata-kata beta. Adil, kan?”

Perdana menteri mengangguk lemah dan mukanya sedih. Menteri kewangan pula menutup mulut menahan ketawa.

IKLAN UNTUK ANDA