Sunday, March 6, 2011

Tahukah anda siapa itu Botak Chin???

Kelmarin semalam saye ada baca paper tentang Kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, saje nak isi masa lapang kan.. Entah paper tu paper bila, disebabkan oleh kebosanan yang amat sangat aku try lah baca2 untuk mengisi mase lapang. Tujuan sini bukan nak cerita pasal kes liwat ni pulak, tapi tertarik dengan ayat dato seri Anwar ibrahim tentang statement yang dia keluarkan, sedikit sebanyak berbunyi cam ni lah:-

KUALA LUMPUR: Opposition Leader Anwar Ibrahim today testified in the trial-within-a-trial of his sodomy hearing, and related how he was treated like the notorious criminal Botak Chin.

Pastu terpikir sekejap... BOTAK CHIN??? benda ape tu??? Sebelum ni tak pernah dengar pun... Pastu aku g lah buat research2 sket kat internet pasal Botak Chin ni. 

NI CETE PASAL BOTAK CHIN

Pada 22 November 1975 ketika malam mula berlabuh sekumpulan lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah kereta Datsun hijau. Sebaik enjin dihidupkan, mereka memandu menyusuri jalan penuh liku di ibu kota Kuala Lumpur.

Perjalanan mereka pada malam itu hanya untuk satu tujuan ‘gila’. Daripada situlah bermulanya satu kisah besar dalam sejarah negara dicatatkan. Sasaran mereka adalah sebuah kereta dinaiki pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam.


Sebaik menjumpai kereta dinaiki pegawai polis itu, mereka mengekori rapat sambil mengintip peluang yang sesuai untuk melaksanakan tindakan mereka. Warga kota sekitar Jalan Davis-Jalan Pekeliling, masih meneruskan kegiatan masing-masing tanpa mengesyaki satu kejadian menggemparkan pada malam itu.

Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun ber kenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. Sebaik merapati kenderaan dinaiki pegawai kanan polis itu dan melihat peluang yang dinanti terbuka luas, 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ Kulasingam.
Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam.
Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu.

Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, yang mengepalai rancangan itu naik angin apabila mengetahui musuh ketatnya hanya cedera.

Amarahnya memuncak mengingatkan kehadiran polis kerap mendatangkan masalah kepada aktiviti haramnya. Kegiatan mengutip wang perlindungan daripada tempat perjudian haram sekitar Kuala Lumpur yang dikuasainya cuba dilumpuhkan pasukan itu.

Kegiatan rompakan bersenjata dan pembunuhan yang dilakukan menyebabkan dia dan ahli kumpulan menjadi buruan. Banglo di Bukit Kenny yang disewa dengan bayaran RM1,200 sebagai tempat persembunyian hanya bertahan selama tiga hari sebelum polis berjaya menghidu markas baru mereka itu.

Malah, dia sendiri nyaris ditahan polis pada September tahun itu apabila kereta curi yang dinaikinya bersama beberapa anggota dikesan pihak berkuasa itu. Selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti di Segambut Dalam dan Botak Chin segera menyelinap ke kawasan setinggan. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk revolver .38.

Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya meloloskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank. Pada bulan sama juga, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi kematian tidak menakutkannya, dia terus melakukan rompakan.

Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Lelaki itu berbahaya terhadap negara. Usianya baru pada awal 20-an tetapi dalam usia smuda itu, namanya sudah tercatat dalam sejarah jenayah negara sebagai penjenayah ganas paling dikehendaki. Tindak-tanduknya sentiasa mendatangkan bahaya yang besar kepada ke amanan negara.

Lalu satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin, tempat yang sering dikunjungi dan sarang persembunyian.

16 Februari 1976. Selepas beberapa bulan menjejak penjenayah kejam dan paling dikehendaki itu, akhirnya episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Operasi besar diatur dan pelan dirangka sebaik mungkin. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan dalam kegelapan malam, mereka menunggu kemunculan Botak Chin. Detik demi detik berlalu dengan penuh debaran.

Akhirnya, sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan. Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Botak Chin tidak menyedari bahawa kawasan itu sudah dikepung.

Beberapa pengikut penjenayah itu yang ditugaskan mengawal kawasan kilang berkenaan masih leka dan selesa dengan aktiviti masing-masing seolah-olah ketenangan malam itu akan terus dinikmati dengan aman.

Ketika itulah polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang menyebabkan pengawal leka yang diharap menjadi mata dan telinga Botak Chin lari lintang pukang meninggalkan ketua mereka dan tempat persembunyian itu.

Daripada dalam pejabatnya, Botak Chin dan dua orang kanannya iaitu Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Hiew Foo Khen (Ah Keong) yang berasa ‘sesuatu yang tidak kena’ berlaku di luar mula menyedari mereka sudah dikepung polis. Beberapa ketika kemudian, berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis dengan masing-masing melepaskan tembakan. Polis melepaskan kira-kira 500 das tembakan selain gas pemedih mata dalam drama tembak menembak itu.

Pangkor Chai dan Ah Keong membalas tembakan selain melemparkan sebutir bom tangan ke arah polis. Pertempuran begitu sengit dan meruncing. Dalam kelam-kabut itu, Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Dalam kesakitan, dia merangkak mencari dua pengikut kanannya itu tetapi mendapati kedua-dua mereka sudah kaku tidak bernyawa.

Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu. Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.

Disebabkan peguamnya membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Privy Council, Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 tetapi dia tetap didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan ditolak.


Botak Chin

Ketika menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali.

11 Jun 1981, kepalanya disarung dengan kain hitam. Dalam kegelapan, dia dibawa menuju ke satu lokasi dalam Penjara Pudu itu. Botak Chin diminta berdiri di atas platform dan beberapa ketika kemudian kedengaran gear ditarik.

Platform di bawah kakinya terbuka, tubuhnya terjatuh ke bawah, tali gantung menjerut lehernya sehingga patah dan riwayatnya selaku penjenayah muda yang ganas dan paling dikehendaki polis akhirnya tamat.



1 comment:

IKLAN UNTUK ANDA