Wednesday, July 6, 2011

Hantu Kem PLKN



aku bekerje sebagai jurulatih PLKN di sebuah kem yg boleh la dikatekan terperok nun di pedalaman...ceritanya terjadi semasa tahun 2009 . lepas korang bace cerite nie harap dapat bersabor ye..



kem ni terletak di sebelah pantai timur negeri johor. (better aku tak payah sebut name kem ni) dan kebetulan pula kem plkn ni terletak betul2 berhampiran dengan sebuah pulau yg ade banyak cerite misteri. samada dari orang2 kampung mahupun dari staf2 dan jurulatih yang dah lama duduk di kem ni, kalau sebut nama kem ni sure orang akan tahu pulau tu tempat orang buang ancak, buang hantu, tmpat memuja dan pelbagai lagi bende2 khurafat. lagipun kalau dah nama duduk tepi laut ni, macam2 makhluk halus korang leh jumpe...hehehehe...

aku ingat lagi...hari pertama aku melapor kat kem tu, malam tu dah kene dah salam perkenalan. angin takde, ribut rakde tapi pintu bilik berdentam dentum macam orang hempas daun pintu. kecot perot aku. ade la dekat 5 kali aku terjage. tapi takpe...demi mencarik rezeki, aku tabahkan hati.

dari hari ke hari aku mula dengar cerita seram kat kem ni. tapi aku malas nak ambil pusing sangat. masa kumpulan satu, tak berapa banyak pengalaman misteri aku jumpa. kalau histeria tu, normallah. tapi ape yg aku dengar j.l perempuan selalu cerite nampak seorang nenek duduk di tepi wakaf kalau dah dekat nak maghrib dan dieorang selalu nampak perempuan berbaju putih lalu depan dorm diorang. untuk pengetahuan korang, aku mmg tak pernah jumpa or tersampang lagi dngan bende2 dari alam lain ni. cuma aku biasa tngok orang kena histeria mase kat asrama sekolah dulu.

nak dijadikan cerite, akhirnya turn aku pun tiba...so satu hari tu, buddy bilik aku nie balik weekend ke melake. tinggal lah aku terkontang kanting kat bilik  warden sorang2. bilik aku ni pulak bilik hujung sekali, dorm PL15. tapi aku tak takot sangat sebab bilik aku satu blok dengan bilik pelatih. mase tu ade la dalam 20 orang pelatih kat dorm aku. malam tu, pukul 3 pagi aku terbangun sebab angin kuat sangat. aku bangun tutup tingkap than hati aku tergerak nak bukak lampu. pastu aku pun baring la balik kat katil. mase aku baru nak terlelap tu, tah macamana depan bijik mate aku sendiri kerusi study aku leh bergerak pegi ketengah ruang bilik aku. 

Perghhh cuak siot!! aku rase cam nak lari keluar bilik je. bayangkan dari tepi katil aku, kerusi tu leh jalan sendiri pegi tengah2 bilik. luar logik akal tu. tah berape puluh kali aku bace ayat kursi sampai aku tertido aku pun tak tau. sebelum kejadian pukul 3 tu, aku dah berpesan pada sorang pelatih ni (imam kompani alpha) untuk kejut aku bangun sebelum subuh. sedar2 esk pg aku terbangun pukul 630. nasib baik tak subuh gajah aku pagi tu. aku pun malas nak marah pelatih tu sebab mungkin aku pengsan lepas kene kacau dengan penuggu kerusi bilik aku. so mase sarapan pagi aku pun carik la imam kompani alpha ni dan tanye kenape tak kejutkan aku. die pulak dengan konfiden cakap aku dah bangun sebab bilik aku dah terang. pastu mase die lalu kat tepi bilik aku, die dengar aku berborak dengan buddy aku dan mase die nak patah balik ke bilik die pulak, die ternampak dari celah tingkap bilik aku ade orang urutkan kaki aku.

terbeliak mate aku dengar cerite pelatih ni. korang paham2 la sendiri kenape aku terdiam. pagi tu hilang selera aku nak makan sarapan.

cerita kedua yang aku tak dapat lupa semasa kumpulan dua siri 6. masa tu aku  baru saja sampai di kem sebab baru habis cuti kawen. sampai je kat kem, pelatih aku kecoh wira kompani aku kene histeria. aku dengan member baik aku ali terus pg jengok budak tu. mmg betol dah meracau. tapi yang aku hairan macam2 pelatih aku yang lain buat kat kawan die yg kene sampok ni. ade yg bersilat lah, ade yg azan lah, ade yg bace tah hape2 n ade gak yg tindih mamat ni kononnye taknak die lari keluar bilik. 

so aku dengan ali suruh dieorang nie lepaskan budak tu. bile keadaan dah terkawal, ali pun memulakan sesi berdialog dengan jin ni. pergh hebat jugak si ali ni rupenye. setelah ditanye ape yg die tak puas hati, makhluk dalam badan pelatih aku nie pun cakaplah die marah sebab budak ni dah ambil barang mainan anak die mase joging kat tepi laut. so die nak barang tu dipulangkan kat tepi laut sekarang jugak. setelah berunding dan buat beberapa perjanjian MOU, member aku si ali ni pun pergilah pulangkan kulit kerang yg makhluk ni cakap barang mainan anak die....

kalau tak silap aku, dua kali si ali ni pegi letak kulit kerang tu sebab salah tempat. ngade2 tol la. yang bestnye, bende tu suke tersenyum tapi mate pejam. pelikkan? selalunye klu kene rasuk die suke menderam n meracau. (pastu budak yg kene sampok nie dapat gelaran "maknyum")

nak dijadikan cerite.......mase kali kedua kawan baik aku ni pegi ltk kulit kerang tu, timbullah idea gile aku..

aku : kau mmg duduk kat sini ke?
jin : ye...memang aku duduk di kawasan ni.
aku : jadi ko selalu la ye masuk bilik ni
jin : (angguk kepala sambil senyum)
aku : kalaw cam tu....aku nak tanye ko satu soalan
jin : tanyelah..................
aku : ko tunjuk kat aku sekarang, sape budak kat dalam bilik ni yang hisap rokok, jual rokok, main judi dengan yang selalu pecah loker? boleh?

mase tu aku perasan ade pelatih yang lain berdesup lari tinggalkan bilik...yg jin dlm badan budak nie pulak diamkan diri je. hampehla..

4 comments:

IKLAN UNTUK ANDA