Jangan jadi penjenayah, nanti membawah padah. Ada macam-macam jenis hukuman mati, ada yang tradisional dan ada yang modern. Tapi kat Malaysia ni, yang biasa kita guna hukum mati tali gantung je. Yang lain-lain tak pulak digunakan. Scary ooh, sila lihat gambar-gambar di bawah ! Hukuman mati paling menakutkan di dunia !
Bakar dia hidup hidup !
"Burning at the Stake" Hukuman mati yang agak mengerikan ok. Pesalah akan diikat kat kayu, dan kayu kayu api diletakkan disekililing pesalah tu. Lepas tu diorang nyalakan api pada kayu kayu tu. Dan mulalah acara membakar orang hidup hidup. Ngeri siot ! Tapi hukuman mati ni dah tak diamalkan dah, sebab ngeri sangat kot !Tembak dia sampai mati!
"Firing" Hukuman mati ni dilaksanakan dengan cara menembak pesalah. Pesalah tu akan di duduk kan dekat kerusi tu, dan pegawai pegawai yang bertanggungjawab akan ready tembak dekat bahagian dada. Tembakan kena tepat pada bahagian dada supaya jantung dapat ditembak. Kalau pesalah tak mati gak, pegawai akan tembak terus kat kepala.
Tapi hukum mati jenis "firing" ni dah tak digunakan dah...orang zaman dulu-dulu je guna ni. Zaman perang perang dulu...aku pun tak tahu kenapa dia tak guna cara ni. Cara ni bukan cara paling mudah ke ? Maybe orang penjara taknak basuh percikan darah kot...leceh.
Pancung pale dia sampai putus !
"Beheading Decapitation" Haaa yang ini kita selalu dengar kan, kalau masa zaman jepun dulu hukuman mati cara pancung kepala paling popular laaa ! Huhuhu very the scary ok. Terputus segala urat merih kau. Huhu...
Gantung dia sampai matiii !
"Hanging"Yang ni pulak hukuman paling popular di alam semesta, hukum gantung sampai mati. Pesalah dililit dengn tali dibahagian leher dan didirikan atas platform yang berlubang di bawahnya. Lubang tu ditutup dulu, bila dah sampai masa, baru lubang tu dibuka, dan pesalah akan tergantung di tali gantung...sampai kiok.
Suntik dia sampai kiok !Nak kena enjet tak ?
"Lethal Injection" Woah, yang ni cam best gak ni. Hukuman mati lethal injection! Pesalah akan dibaringkan di atas meja, diikat, dan disuntik dengan bahan kimia yang boleh membunuh. Ade tiga jenis bahan kimia yang biasa digunakan, iaitu Sodium Thiopental, Pancuronium Bromide, dan Potassium Chloride. Paling best ialah Sodium Thiopental, pesalah akan diberi ubat tidur dan akan tidur mati selama-lamanya. Pancuronium Bromide plak bahan kimia yang akan buat pesalah tu mati lemas sebab aliran udara tersekat. Potassium plak paling merbahaya sekali dan akan buat pesalah tu kena serangan jantung !
Kasi elektrik shock sama dia !
"Electric Chair" Kerusi elektrik. Pesalah akan didudukkan di atas kerusi khas yang bersambung dengan bekalan elektrik seribu volt. Hukuman mati kerusi elektrik ni pertama kali digunakan dekat New York, kali terakhir digunakan pada tahun 2003. Rasanya sekarang dah takde lagi dah hukum mati guna cari ni. Bikin busuk je kot !
Nak masuk dalam gas chamber?
Bersedia untuk menyedut udara gas yang beracun !
"Gas Chamber" Hukuman mati gas chamber ni macam agak mengerikan. Pesalah akan didudukkan dalam bilik kedap udara yang dipenuhi gas yang akan buat diorang mati dalam masa 5 minit. 5 minit tu satu jangka masa yang lama ok ! Gas chamber ni pertama kali digunakan di Nevada pada tahun 1924. Antara tempat yang pernah guna hukuman mati gas beracun ni ialah Arizona, California, Maryland, Mississippi, Missouri, dan North Carolina. Last time hukuman ni digunakan pada tahun 1999.
Gantung dia sampai matiii !
Kasi elektrik shock sama dia !
No comments:
Post a Comment