Wednesday, April 13, 2011

Guru DILARANG MEMPUNYAI BLOG Sendiri???














Kredit to blog http://www.silampuneon.com sebab utarakan isu ni... saya amek entri dia and share ngan korang sal mende ni... cian cikgu2 sekalian kan... sapa cikgu dia ada blog kita report, lagik2 guru disiplin korang kan!!! huahauhauhaua

Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia !

Gempar ! Guru dilarang mempunyai laman blog ? Korang tau tak sebenarnya seorang guru dilarang mempunyai laman blog ? Sama ada korang sebenarnya tak tahu atau tahu tapi buat buat tak tahu. Anyway, biarlah aku menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

Semasa aku berada di Kursus Pendedahan Pendidikan Khas aritu, aku mengikuti satu slot ceramah dari orang jabatan pelajaran berkenaan tatatertib dan salah laku penjawat awam. Banyak salah laku yang boleh dikenakan tindakan kepada guru guru yang melanggar peraturan yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002  tu.

Masa pegawai pelajaran tu terangkan pasal peraturan peraturan tu, pegawai tu ade sebut yang "seorang guru tidak boleh mempunyai laman blog".Siap tertulis dalam slide presentation tu lagi. Sumpah aku terkedu beb...Rasional nya ialah, guru ni tak boleh buat sebarang pernyataan secara bertulis atau lisan dekat public. Untuk maklumat lanjut, korang baca petikan bawah ni :
Untuk Perhatian : Semua Pegawai Awam


Terkejut kan ? Anyway, jangan risau.. korang boleh mempunyai laman blog tetapi bersyarat. Syarat dia ... korang kena minta kebenaran dengan mengisi borang permohonan yang boleh diambil dari jabatan pelajaran negeri.

Update : Berdasarkan komen yang korang beri...aku tahu ramai yang tak berpuas hati atau terkejut dengan isu ni. Peraturan ni bukan hanya untuk guru guru sahaja, tapi semua yang bergelar penjawat awam. Aku juga tak pasti sama ada blog personal perlu mendaftar ke tak. Untuk mengambil langkah selamat, korang yang bergelar penjawat awam tu (tak kira lah cikgu ke tak) kena lah jaga jaga dengan content korang dalam blog tu ok. Jangan menyentuh atau buat ulasan tentang apa apa dasar atau keputusan kerajaan. Silap silap nanti korang boleh dikenakan tindakan tata tertib. 

No comments:

Post a Comment

IKLAN UNTUK ANDA