Thursday, March 31, 2011

Jangan telan PANADOL??? Cam mengarut jer??? YER LAH TU...


NI aku dapat dari Facebook... Nak gak kongsi kan ngan korang... ntah ler, kalau ia merosakkan organ hati naper Kementerian Kesihatan bagi lulus jual ubat ni??? aku kalau sakit kpale ker, selseme ker, sakit tulang ker, konpom aku amek panadol.. Biler bace ni cam rase takut lah plak... huhuhuhuhu.. Pastu aku suka cari artikel pasal bende yang sebaliknyer??? betul tak?? yer lah, betul tak panadol ni ble bawa kesan sampingan??? aku masukkan sekali gak artikel pasal "orang yang kirenyer menyokong penggunaan panadol ni lah"... kita renung2 kan lah bersama yer... kalau nak komen, sila2 lah bagi komen kat bawah ni nanti... 

Cete keburukan dulu yer (pastu cete orang yang menyokong plak)

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

<span>Alternative Treatment ( Tips )</span>
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.

Cete orang yang support plak

Assalamualaikum sedikit perkongsian based on pengalaman + pengetahuan (mohon maaf jika ada fakta yg salah sy masih dlm proses pembelajaran) 1st pengamalan ubat-ubatan cina. Sy tidak menafikan effectiveness ubat2 cina @ traditional medicines tp pengalaman datuk sy membuatkan sy lebih berhati2 dgn ubatan tradisional. Datuk sy seorg berdarah cina dan merupakan pengguna ubatan cina. Januari yg lepas beliau telah kembali ke rahmatullah selepas seminggu dimasokkan ke hospital. Report menunjukkan beliau mengalami severe intestine damage. 2 days after dikebumikan mak cik sy memberi ubat cina kegemaran datuk sy sebagai pain killer untuk lututnya. Berdasarkan kaji selidik kami sekeluarga, ubat tersebut mengandungi hidden drug yg sepatutnya didaftarkan sebagai controlled medicine tp malangnya tidak dibuat demikian. setahu sy traditional medicine tidak mempunyai dose yg perlu diikuti dan datuk sy mungkin telah mengambil ubat tersebut berlebihan. jadi pada pandangan sy ubatan cina mungkin ada kebaikannya tp berhati2 dan bertanya lah kpd doc2 sebelum mencuba. 2nd pros n cons paracetamol. sedikit pandangan sy mungkin btol mungkin salah. mohon teguran jika salah. Paracetamol tidak dinafikan akan merosakkan hati (rare adverse effect) tp hal ini mungkin berlaku jika pengambilan paracetamol yg amat berlebihan dalam satu masa. Secara peribadi sy amat suka menasihati sahabat2 mengikuti dose yg telah ditetapkan dan cuba mengikuti guidelines tersebut. Normal tablet selalunya mengandungi 500 mg paracetamol. oral controlled release / sustained release mungkin mengandungi 665mg paracetamol. Therapeutic Max daily dose = 4g. Toxic dose = 10 - 15 g 500mg paracetamol (normal tablet) 1-2 tablets every 4-6 hours (bermakna perlu untuk kita cuba spacekan masa pengambilan ubat. pada sy jika kita berasa sakit btween doses, kalu mampu cuba elakkan n tunggu masa yg btol for next dose). utk 665mg paracetamol 2 tablets every 6-8 hours. Jika mengambil ubat2 lain dalam satu2 masa (ubat utk cold n flu mungkin mengandungi paracetamol), cuba identify jika ubat2 tersebut mengandungi paracetamol n total daily paracetamol intake regardless in any medicines seharusnya tidak boleh melebihi 4g. Based on pengalaman kawan sy, beliau menggunakan paracetamol continuously up to 3 weeks 2 tablets per intake 4 g daily (termasok ketika di hospital), alhamdulillah setakat nh blom ada tanda2 toxicity n beliau amatlah menitik beratkan spacing btween doses even nurse kasi awal pon beliau tunggu sampai masa yg btol for next dose. masa di hospital, nurse menghormati pendiriannya dan membantu mengejutnya di waktu malam utk mengabil ubat tersebot. rationalnya? paracetamol metabolised by liver dan memerlukan several body components utk membantu metabolism and excretion via kidney. jika kita perlu memberi masa pada liver utk melaksanakan tugasnya dan liver mumpunyai limit dan kapasiti tertentu utk melaksanakan tugasnya dlm satu2 masa. jadi mengambil dose yg tinggi dlm satu2 masa mmg akan menyebabkan kerosakkan hati tp jika mengambil dlm dose n masa yg btol insyaAllah toxicity ini dikurangkan. <detail about paracetamol metabolism boleh google bg yg berminat> sy xpasti data utk paracetamol akan tinggal dlm badan selama 5 tahun tp pada sy tidak selama itu kerana untuk max dose badan memerlukan masa lebih kurang 4 -8 jam shja untuk mengurang kandungan (plasma concentration) paracetamol menjadi separuh (plasma half life). kebiasaannya kita memerlukan 4-5 plasma half life utk clearkan drug dr badan. Mohon pandangan. 3rd pengunaan paracetamol utk post operative pain spt lps bersalin. Paracetamol based on pharmacology knowledge tidak mampu utk mengurangkan rasa sakit selepas bersalin. Sy rasa kebykan docs akan menggunakan morphine ( n opioid yg lain spt codeine, pethidine etc) utk max effect for post operative pain. Morphine yg digunakan bukanlah dadah yg merbahya in clinical setting sbb therapeutic dose telah dikira sebelum dibenarkan penggunaannya. Dan sy tidak pasti akan isu memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami kerana paracetamol setahu sy bukan lah sejenis ubat yg menyebabkan kita tolerance kpdnya. 4th sedikit cadangan buat saudari haalanara. mungkin saudari boleh mencuba ibuprofen n naproxen. ubat2 nh rasanya over the counter dan tidak memerlukan prescription. mungkin jugak boleh berbincang dgn pharmacist untuk mendapatkan pandangan dan nasihat sebelom menggunakan ubat2 tersebut. Jika tidak berkesan, mungkin memerlukan ubat yg lebih kuat utk abort migraine seperti sumatriptan n ergotamine (boleh google utk tahu lebih lanjut). rasanya memrlukan prescription. ada jugak ubat utk prevent recurrent migraine attack. sy amat menasihati saudari mendapatkan padangan doc. Beberapa senior sy penah menggunakan homeopathy n kebanykannya mengakui kebersanannya. selamat mencuba! 

p/s Pandangan saya yang hina  ni, rasenyer boleh amek panadol kot... tapi ikutlah sukatan yang ditentukan oleh doktor.Yer lah, kita g hospital pun doktor kan suggest ubat paracetamol kalau kita demam kan.. ntah lah, terpulang lah ngan korang smua.. kalau nak cakap bawa penyakit, makanan harian kita smua pun  cam daging, burger, kentang goreng kalau makan berlebihan pun ble bawa penyakit. janji pandai kawal, atau makan ikut "DOS" yang sesuai ngan badan kita tak der lah penyakit datang... kan kan kan.... hehehhe... TEPUK DADA TANYA SELERA!!! :)

No comments:

Post a Comment

IKLAN UNTUK ANDA