Sunday, January 22, 2012

Mencintai bukan bererti memiliki

Sedang jari-jemariku menari dengan rancaknya menekan  bebutang keyboard di atas meja belajarku, tersentak jiwa bagai dihiris sembilu tatkala orang yang aku pujai kini di miliki insan yang lain. Entah bagaimana epilog cintaku bersemi tatkala hati yang rentung dan pilu di ketuk oleh seorang insan yang sudah aku tinggalkan. Bukan aku  lelaki dayus yang hanya mementingkan paras dan harta si pujangga hati, tetapi pergolakan jiwa yang tidak berkesudahan merintih jiwa sanubari. 

Ya, aku tahu dia pasti melupakan aku, tetapi ayat manis bicaranya tidak pernah aku lupakan walaupun hampir 3 tahun kau ungkapkan ayat keramat itu.. "abg... Mencintai bukan bererti memiliki", jauh di sudut hati aku hanya tersenyum tatkala ayat kau ucapkan itu amat memberi makna kepadaku. Aku tahu aku telah mengkhianati perasaan cinta mu padanya, tapi sedarkah kau pujaan hati. Sedarkah? ayat yang kau ungkapkan kepadaku itu di saksikan oleh masa. Ya MASA di kala engkau dan si dia masih berada di atas garis-garis cinta, ibarat aku orang ketiga yang mengumpan  masa untuk meruntuhkan mahligai cinta istana mu kepadanya. 

Tapi apakan daya, aku hanya insan biasa yang hanya memikirkan kebahagiaan diriku, amat jauh untuk melihat kebahagiaan orang lain, lagi-lagi kebahagiaan kekasihmu. Kejamnnya aku pada kekasihmu, sanggup ku menjadi orang ketiga untuk menghancurkan mahligaimu. Tapi Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ayat yang kau lafazkan itu semakin lama semakin pudar dek kemanisan cintamu padanya. 

Aku semakin pilu, jauh penuh pengharapan. aku berjalan, aku merangkak untuk mendapatkan cahaya cintamu itu kembali, tapi semakin langkahku kehadapan semakin malap cahaya cinta itu, dan semakin lama ku berharap, semakin pudar harapan itu. Kini aku pasrah, andai takdir itu tidak memihak kepadaku, kau kekalkan lah cinta abadimu itu kepadanya, kerana aku tahu dan aku yakin, melihat kebahagiaanmu merupakan satu pengorbananku untukmu.

Wednesday, January 11, 2012

10 perkara perihal wanita yg tidak difahami jejaka



Kamu menganggap lelaki makhluk sukar difahami?

Wanita hakikatnya lebih membingungkan.




Sukarnya memahami wanita! Ada saja karenah yang perlu ditangani dan dilayan. Silap haribulan, semuanya tak kena dan ada saja yang boleh membuat si dia naik angin. Bagaimanapun, jika kamu mampu melakukanya, hubungan kalian pasti akan lebih teguh dah harmoni. Sebagai panduan, di sini dipaparkan 10 misteri klasik wanita.




1-DOMPET PEMBAWA MASALAH

Mengapa wanita gemar membawa beg bersaiz kecil? Sudahnya kamu juga terpaksa memegang dompetnya yang sarat berisi pelbagai resit, selain documen peribadi. Jika berlaku perkara tidak di ingini, tidakkah ia membahayakan?



2-BERTANYA SOALAN CEPUMAS

Mengapa wanita selalu bertanya soalan yang mereka tidak mahu mendengar jawapannya? Contohnya, bertanyakan komen sama ada teman baiknya tampak menggoda. Jika kamu menjawab “tidak”, jawapan itu akan dipersoalkan dengan hujah panjang lebar, tetapi sebaliknya jika kamu menjawab “ya” mereka pasti naik berang umpama taufan melanda.



3-JEANS WANITA

Wanita memiliki berpuluh pasang jeans berlainan potongan, seni reka - malah jika boleh hampir segala warna ingin dimiliki mereka. Berbeza dengan lelaki, semuanya nampak serupa.



4-SALAH OH SALAD

Lelaki tidak faham mengapa wanita hanya memesan salad dengan alasan tidak lapar selepas lama membelek menu dan kemudian nya menghabiskan separuh daripada makanan pasangan.



5-KONSEP MASA BERKUALITI

Selepas menemani pasangan sehari suntuk keluar membeli belah, wanita masih merungut kepada pasangan masing-masing. “Kita tidak meluangkan cukup masa bersama”.



6-JENGKEL FOBIA SERANGGA

Wanita kini rata-ratanya lebih berani dan lebih tegas berhadapan cabaran hidup tetapi bab membunuh lipas, mereka pasti mahu bantuan lelaki.



7-DILEMA “LELAKI BAIK”

Wanita sering bersungut mengenai sikap lelaki yang suka bertangguh. Tetapi jika jejaka menelefon sebaik tamat date pertama, mereka dicap “gelojoh” pula.



8-BERTEMAN KE TANDAS

Lelaki memang tak faham mengapa setiap kali ke tandas, wanita perlu ditemani segerombolan rakan rakan! Kesannya, mereka akan menghabiskan banyak masa berbual dan bermesyuarat di depan cermin bilik kecil itu sambil membelek solekan dan melihat sulaman di baju masing-masing.



9-MISTERI “MUSIM DINGIN”

Tidak kira berapa sekalipun suhu cuaca di persekitaran, wanita sering bersikap “dingin” dan merajuk tanpa sebab. Semakin dipujuk semakin panjang pula rajuk, tetapi bila tidak diendah, bertambah teruk pula jadinya. Alahai wanita, apa lagi nak kena buat ni!!!!!!!!!



10-RAMBUT BANGUN TIDUR

Mengapa wanita sanggup bangun awal mengadap cermin mendandan rambutnya sedangkan rambut mereka juga sudahnya tidak ubah seperti baru bangun daripada tidur!!!

IKLAN UNTUK ANDA