Wednesday, July 6, 2011

Surat GF tuk Pakwenyer Yang Merajuk



ni kisah sorang cik awek yang menulis surat untuk encik bf kesayangan yang mula sedar betapa pentingnya encik bf kesayangan dia tu. Sebelum ni dia tak pernah amik endah pun pasal encik bf. Apa yang encik bf buat, semuanya tak kena. Kesian encik bf. Tapi sejak akhir2 ni, cik awek mula sedar yg encik bf dia tak sama macam lelaki-lelaki lain..

ke hadapan awak, bf ku yang tercinta..

 saya tau, saya silap. Saya layan awak teruk. Merajuk tak tentu pasal. Kesian awak kan.. sekarang ni, awak pulak merajuk. Then, baru la saya sedar, awak buat semua tu ada sebab..

 1-      Bila saya merajuk, awak tak pernah pujuk. Saya geram sebab awak biarkan saya macam tu je. Huhh. Tak romantic langsung awak ni. Akhirnya saya sedar, awak tak pujuk saya sebab awak nak saya redakan marah saya dulu. Awak takut kalau awak pujuk saya awal-awal, nanti saya marah awak pulak. Tak pasal2 je ada pinggan mangkuk kena baling. Hee.. terima kasih awak..

2-      Awak selalu tanya saya, awak sayang saya tak? huhh. Bosan la soalan tu. Hari-hari awak tanya. Lain la kalau awak tanya, awak, nak pergi paris tak? takde la bosan.. tapi saya tau, awak tanya macam tu sebab awak nak saya ingat sebab saya dah ada awak. Terima kasih awak..

3-      Awak.. saya jeles bila awak cerita pasal perempuan lain kat saya.. ish, tapi awak tak pernah nak amik tau kan betapa geram dan bengang nye saya kat awak bila awak cakap pasal kawan awak yang cun tu. Tapi akhirnya saya tau.. awak selalu cerita pasal saya kat diorang kan? Terima kasih awak..

4-      Saya ajak awak keluar makan. Tapi awak selalu mengelak. Geram betul saya kat awak. Kalau saya ajak keluar makan, awak tolak. Kalau member2 awak ajak, awak boleh pulak keluar dengan diorang. Huhh. Tapi saya tau, awak tak nak membazir. Yelaa, tiap kali keluar makan, saya order banyak, tapi saya makan tak habis pun. Awak jugak yang habiskan makanan saya tu kan. Terima kasih awak..

5-      Saya mintak kat awak macam-macam. Beli kasut, beli baju, beli cincin. Tapi awak tak nak pun belikan untuk saya. Kedekut taik hidung masing betul dia ni. Jeles tengok kawan saya bila bf dia belikan macam-macam untuk dia. Tapi saya tau, awak tak nak belikan macam-macam untuk saya sebab awak tak nak bazirkan duit awak kat situ, sebab awak nak simpan duit untuk kita kahwin nanti. Terima kasih awak..

6-      Awak selalu tak reply msg saya. Busy sangat ke? Sampai msg gf sendiri awak liat sangat nak reply. Eiii.. nyesal je rasa dapat bf yang macam ni. Hari-hari awak buat macam tu. Lepas 2 jam, baru nak reply. bila saya online, bukak facebook, saya tengok awak boleh pulak online. Busy ke tu? Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya buang masa bila tengah study. Focus kan? Terima kasih awak..

7-      Awak, bila saya sedih, awak tak pernah nak dengar masalah saya kan. Awak biarkan saya sorang-sorang. Sedihnya hati saya. Sampai hati awak buat saya macam ni. Huhh. Bertambah lagi rasa sedih saya. Tapi saya tau, salah saya jugak.. mana la awak nak tau saya sedih ke tak. Bila happy saya cari orang lain. Terima kasih awak..

8-      Bila saya try masak untuk awak, awak kata saya masak tak sedap. Ciss! Penat je saya masak ayam masak merah kesukaan awak tu. Awak bukan nak appreciate, kutuk saya lagi adalah. Sampaikan awak cakap, kalau lauk simple macam ni pun awak tak reti masak, apa lagi lauk-lauk yang lain. Huhh. Best betul awak perli saya. Tapi saya tau, awak sengaja cakap macam tu, sebab awak nak saya belajar masak mulai sekarang. Nanti takde la mak awak cakap macam awak cakap tu kan. Terima kasih awak..

9-      Bila saya bagi nasihat kat awak, awak sikit pun tak nak dengar. Awak cakap, saya bukan budak-budak lagi laa. Tapi, bila awak membebel-bebel kat saya tu takpe pulak. Haishh. Susah nak faham awak ni.. nanti kalau saya tak nasihatkan, awak kata saya tak amik berat pasal awak pulak. Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya risau sangat pasal awak. Terima kasih awak..

10-  Err.. banyak sangat dah ni.Saja tambah no 10. Haa.. terima kasih awak..

Awak, terima kasih untuk semuanya. Saya tau, saya yang tak faham awak selama ni. Saya asyik marah-marah sampai tak tau nak jaga hati awak. Saya selalu je kutuk awak belakang-belakang. Hishh. Mintak maaf la ye. Awak kena faham saya ni perempuan. Jadi bab-bab kutuk mengutuk ni memang hebat la kalau ada yang tak puas dalam hati ni.

 Awak, terima kasih. Mintak maaf la. Saya tak seromantik awak nak tulis ayat-ayat jiwang ni. Saya tau, saya tak pandai berpuitis, tapi kalau dah sampai saya tulis surat untuk awak ni dah kira sweet jugak kan? Hee..


8 Sekawan Menyiasat Banglo Berhantu


BUKIT TUNKU, KUALA LUMPUR: BERBEKALKAN sifat ingin tahu yang mendalam terhadap kewujudan makhluk halus, lapan sekawan yang berumur dari 19 hingga 30 tahun telah memberanikan diri untuk menyelongkar sebuah banglo usang yang dikatakan dihuni oleh makhluk ghaib.
 
Banglo tersebut dikatakan mula 'keras' setelah kematian seorang datin yang dibunuh oleh beberapa perompak yang datang menyamun di rumahnya lama dahulu. Segalanya bermula ketika Dato terpaksa ke luar negara atas urusan pekerjaan sementara datin ditinggalkan keseorangan di rumah kerana anak mereka juga sedang menuntut dan tinggal berasingan. 

Dari sumber yang dipercayai, sekawan perompak berkenaan menyangkakan banglo tersebut kosong kerana mendapat maklumat bahawa mereka semua telah ke luar negara bersama. Namun malang tidak berbau apabila datin didapati ada di rumah berseorangan ketika mereka sedang merompak. Akibat daripada identiti mereka yang sudah terdedah menyebabkan mereka mengambil keputusan membunuh datin dengan menikam menggunakan pisau yang dimiliki mereka di tingkat dua banglo tersebut serta mengheret mayatnya turun ke bawah lalu dibuang ke dalam kolam renang. Sejak dari hari itu, banglo tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa didiami kerana dikatakan ada kelibat aneh yang menyeramkan menganggu sesiapa sahaja yang berada di banglo berkenaan.  

Dengan maklumat tersebutlah membuatkan lapan sekawan dari sekitar Lembah Klang ini bertekad untuk merasai apakah yang dikatakan 'ketakutan' banglo tersebut yang sering dihebohkan penduduk setempat. 

Muhammad Fikry Fazil, 20, atau lebih mesra dengan panggilan Fikri merupakan salah seorang yang terlibat pada malam tersebut.  "Kami berlapan tapi ada 'kepala' yang 'handle', sekurang-kurangnya tidaklah kami risau sangat kalau berlaku apa-apa. Memang dah lama kami 'mark' banglo tersebut akhirnya malam itu kami berjaya juga merasai apa yang dikatakan pernah dialami oleh setiap yang pernah menghuni di situ. "Jam sepuluh malam kami tiba di sana. Setelah buat sedikit doa pembuka jalan kami mula meneruskan dengan memasuki kawasan banglo itu. 

Banglo tersebut memang besar siap dengan kolam renang dan sebagainya tetapi airnya sudah kotor kerana tidak berjaga rapi. Anehnya kolam tersebut tidak kering, mungkin air hujan pada pengamatan kami pada mulanya. "Sebenarnya sejak kami masuk melalui pintu depan tadi lagi perasaan ni sudah seram sejuk. Tetapi sebab tidak mahu jatuhkan air muka depan kawan terpaksalah buat macam biasa saja. Ketika itu sudah tiada yang berani bercakap banyak. Masing-masing lebih bersikap mendiamkan diri dan bersedia untuk mengalami sebarang kemungkinan. "Banyak bilik di tingkat dua banglo tersebut sudah dipalang mungkin kerana itu tempat datin tersebut dibunuh pada fikiran kami. 

Apa yang memelikkan kami semua barang, perabot dan sebagainya masih tersusun dan tidak di alih. Dari apa yang saya tahu, barang-barang tersebut memang tidak boleh diubah kedudukannya sejak datin itu meninggal. Dengar cerita ia tidak di ubah kerana datin akan marah. Entahlah, tak pasti pula saya betul atau tidak dakwaan orang itu. "Kerana banyak pintu sudah dipalang di tingkat atas menyebabkan kami membuat keputusan untuk turun sahaja. Pada ketika kami sudah di tingkat bawah inilah tiba-tiba kami dapat dengar bunyi ada orang sedang mandi di tingkat atas. "Pada ketika ini masing-masing masih buat bersahaja. Kami meneruskan perjalanan untuk keluar dari banglo tersebut. 

Ketika sedang berjalan itu kawan saya mengatakan dia di cuit dari belakang sedangkan dia yang paling belakang sekali pada waktu itu.  "Ketika kami sedang melalui kolam renang pula kami dikejutkan lagi dengan keadaan air dalam kolam tersebut yang berkocok tanpa sebab seperti ada seseorang terjun ke dalam kolam tersebut. Pada masa itu juga rakan saya memberitahu dia ternampak ada sesuatu memerhatikan kami dari tingkat atas.  "Kami diarah supaya meneruskan perjalanan oleh 'kepala' tanpa mempedulikan semua itu. Akhirnya kami tiba ke tempat 'parking' kereta. 

Masing-masing kelihatan tak sabar-sabar nak masuk kereta agar cepat meninggalkan banglo berkenaan," kata Fikri sambil menunjukkan lengannya yang sudah meremang sebaik menceritakan kembali peristiwa ini kepada wartawan Media Terkini (MT). "Pada ketika ini kami masih ingin di'tunjuk'. Lampu tingkat atas banglo tersebut tiba-tiba terbuka. Masa itu saya memang sudah tidak boleh tahan sehingga gugup dibuatnya. Tidak tidur beberapa malam juga dibuatnya. 

Apa yang pasti rakan-rakan saya juga dalam ketakutan pada malam tersebut dan sejak itu kami sudah tidak berani melakukan kerja bodoh ini lagi," sambung Fikri lagi mengakhiri perbualan

IKLAN UNTUK ANDA