Saturday, April 2, 2011

Senarai Ranking Universiti di Malaysia 2011


Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011:
  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor's University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University

Friday, April 1, 2011

10 Kumpulan Gangster terkenal...

wow... Gangster!!! korang ni gangster ker?? Mat rempit pun menjawap,ah.. lerrr.. gangster aper aku!!! tak cukup lagi apa aku dah buat kat sini ni... hari2 g race, hari2 wat stunt baru depan orang ramai!!! tak gangster ko kate??!!! 


gangster ker cam tu??? ahhhhh... ni jom kita tengok org lagi gangster dari rempit ni!!! 




Aryan Brotherhood:
Kumpulan ini juga dikenali dengan nama 'The Brand' dan 'AB'. Kumpulan gengster ini terdapat di penjara AS. Populasi kumpulan ini adalah 1% meliputi seluruh penjara As dan 26% kes di penjara adalah melibatkan pembunuhan banduan. Ahli kumpulan paling banyak ditemui di State Prison (California). Untuk join kumpulan ini, anda harus membunuh seorang banduan dan kepada setiap ahli yang meninggalkan kumpulan ini akan dibunuh oleh geng-geng dalam kumpulan tersebut.

La eMe (Mexican Mafia):
Kumpulan ini terdapat di penjara Mexico dan bermula pada tahun 1950 di Tracy California. Kumpulan ini terkenal kegiatan mengedar dadah, memeras ugut dan membunuh. Selain itu, kumpulan ini ada kaitan dengan kumpulan Aryan Brotherhood dan mempunyai undang-undang tersendiri iaitu pendedahan ahli kepada orang ramai, tidak ada hubungan Homoseksual dan tidak perlu ada sifat pengecut untuk membunuh orang awam. Kumpulan seperti ini tidak boleh mempratikkan agama kristian dan sekiranya salah seorang ahli kumpulan yang keluar dari penjara, beliau harus menghantarkan perbelanjaan kepada ketua mereka di penjara.

The Mungiki (Kenyan Mafia):
Geng ini hanya terdapat di Perkampungan Nairubi di Kenya dan ditubukan pada tahun 1980. Kumpulan ini menentang agama kristian dan juga pengaruh barat. Antara aktiviti kumpulan ini adalah menyerang musuh dengan memotong kepala, memotong kemaluan (perempuan), mecacatkan anggota badan dan sebanyak 50 orang mati sejak kumpulan ini ditubuhkan. 

Primiero Comando da Capital (PCC):
Kumpulan ini terdapat di Brazil dan merupakan kumpulan yang baru ditubuhkan oleh banduan Brazil. Ditubuhkan pada tahun 1993 oleh 8 orang ahli (paling sikit). Kumpulan ini menentang polisi kerajaan Brazil (sekarang) dan pada tahun 2006, sebanyak 300 serangan dilancarkan ke kemudahan awam. Bayaran juga akan dikenakan kepada ahli kumpulan iaitu sebanyak $27 di dalam penjara dan $270 di luar penjara. Untuk menyertai geng ini, anda harus diperkenalkan kepada seorang ahli geng biasa. Sumpah juga harus diterima.

Black Guellera Family:
Nama lain bagi kumpulan ini ialah 'Black family' atau 'Black Vanguard'. Kumpulan ini ditubuhkan oleh George Jackson pada tahun 1996 di Marin Country, California. Dianggotai oleh kaum American-African dan tujuan utamanya ialah membela maruah orang kulit hitam di penjara dan menjatuhkan kerajaan AS serta memperjuangkan falsafah ekonomi Marrxism. Pada hari ini, jumlah anggota meningkat ke 50 000 dan syarat untuk join adalah anda adalah seorang yang berkulit hitam.

La Nuestra Familia:
Logo kumpulan La Nuestra Familia
Kumpulan ini ditubuhkan pada 1968 oleh Mexican American yang terletak di penjara Northern California dan merupakan musuh ketat Mexican Mafia. Kegiatan yang dijalankan oleh kumpulan ini adalah mengedar dadah di penjara dan juga kegiatan pelacuran. Sekiranya ingin menjadi ahli, anda akan diberi masa 2 tahun dalam tempoh pemerhatian. Ahli kumpulan ini mestilah memberi lebih perhatian kepada kumpulan berbanding keluarga. Dan tiada ahli untuk wanita.

Texas Syndicate:
Kumpulan ini terdapat di California State Prison dan merupakan musuh ketat kepada Mexican Mafia dan Aryan Brotherhood. Orang bangsa Hispanic (orang yang berasal dari sepanyol) tidak dibenarkan menjadi ahli. Mereka anti Caucasian dan kebanyakkan ahlinya dari Mexico. Pada tahun 2000, kumpulan ini mempunyai ahli sebanyak 1000 di dalam penjara dan 830 di luar penjara. Kegiatan yang selalu dilakukan adalah lebih kepada kontrak pembunuhan, perjudian, peras ugut, dan mengedarkan dadah. Kebanyakan pemimpin kumpulan ini dipenjara kerana kes dadah.

Crips:

Kumpulan ini bermula pada tahun 1969 oleh 2 budak berkulit hitam bernama Stanley Wiliam dan Raymond Washington. Kumpulan ini berasaskan kumpulan Black Panther dan antara kumpulan yang berkuasa di AS pada hari ini. Keahliannya sebanyak 30 000 yang terdapat di dalam dan di luar penjara dan antara kegiatan yang mereka lakukan adalah membunuh, merompak dan menjual dadah. Warna pakai kumpulan ini adalah biru dan merupakan musuh kepada kumpulan Blood (kadang2 sesama kumpulan pun mereka bergaduh). Kumpulan ini terlalu besar dan sekarang sudah merebak ke Kanada.

Bloods:
Bertapak di Los Angeles dan musuh kepada Crips. Warna pakaian adalah merah bermula pada tahun 1972 bergerak secara perlahan dan kini telah menguasai seluruh bandar L.A. Mempunyai organisasi dan taktik tersusun. Kegiatan jenayah hanya tertumpu pada mengedarkan dadah

Mara Salvatrucha:

Kumpulan ini dianggotai oleh rakyat Guatemala, Honduras, Salvador dan negara di Amerika Syarikat Tengah. Ditubuhkan pada tahun 1980 untuk melindungi imigrasi dari ancaman kumpulan jahat. Kumpulan ini juga tersebar ke Sepanyol, Amerika Syarikat, Great Britain, Jerman dan Kanada. Bergiat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api mencuri, dan juga kontrak pembunuhan. Terdapat 10000 keahlian di AS. Kumpulan ini berani membunuh sesiapa sahaja sekiranya kegiatan mereka di dedahkan kepada pihak kerajaan. Rekod jenayah yang paling baru adalah meletupkan sebuah bas yang menyebabkan kematian 28 kanak-kanak termasuk wanita

p/s gangster dah anda?? kan aku dah kate, korang tak cukup gangster lagik!!! hahahahha

IKLAN UNTUK ANDA